Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Pada waktu kini, semakin ramai yang menjadikan blogging sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan. Ada juga yang cakap blogging ini hanya sekadar hobi sahaja, tetapi bohonglah kalau ada yang kata blogging bukan untuk duit. Ramai sekarang yang menulis blog kerana duit, itu fakta!! Terpulanglah pada mereka, tidak salah blogging untuk duit tetapi haruslah seimbangkan pengisian blog agar ianya tidak hanya tumpukan buat duit sahaja. Kalau betul-betul nak buat duit dengan blog, binalah blog niche, kemudian cari satu program pengiklanan yang sesuai seperti
ReviewMe,
Sponsored Reviews,
PayPerPost dan sebagainya. Program-program sebegini membayar anda melalui tugasan yang telah disiapkan oleh anda. Mudah, duit terus masuk, barulah nampak hasilnya bila cakap nak buat duit dari blog. Jika nak tunggu program PPC memang lambatlah merasa hasilnya, silap-silap terus berhenti blogging,
give up sebab susah sangat nak dapat duit dari blog. Ini pendapat aku sahaja ok, janganlah ada yang melenting pula bila aku cakap macam ini, pendapat..............
Pelbagai bentuk dan ciri penulisan yang kita boleh lihat jika singgah di blog-blog lain, kalau blog itu pemiliknya perempuan, kebanyakkan entri yang di tulis dalam blog mereka lebih berkisar kepada kehidupan seharian, gambar roti sekeping pun dijadikan sumber untuk buat entri. Kalau nak sentuh tentang warna jangan cakaplah, macam-macam dah yang aku pernah jumpa, serius, ada yang aku rasa cantik, meriah lagi. Paling best siap ada
effect khas dekat blog, salji turun, bling-blinglah, kalau dekat cursor itu jangan cakap, macam-macam
pattern ada, tetapi macam yang aku cakap tadi, terpulang pada anda, itu semua hak anda sebagai tuan blog, suka hatilah nak buat apa ye tak?? belum tentu lagi blog yang smart, kemas, tersusun itu lebih hebat dari blog mereka.
Setiap dari pemilik blog ada citarasanya yang tersendiri, ikutlah kehendak masing-masing, kita berblogging bukan sebab nak ikut orang itu dan orang ini, kita berblogging untuk kepuasan diri sendiri, betul ke?? hehehe... Kalau ikutkan aku, mula-mula itu memang aku menulis sebab minat, tetapi lama kelamaan aku dah sibuk pula nak buat duit dari blog, mana tidaknya, hari-hari dengar cerita si itu dapat duit dari menulis blog, si ini dapat beli kereta hasil duit dari blog, memang rasa cemburulah bila dengar semua itu, itu yang pernah gila sangat nak buat duit dari blog sampailah satu saat yang membuat aku berfikir.. "inikah apa yang aku inginkan dulu semasa mula-mula tulis blog?" mana hasilnya? ingat senang ke nak buat duit dari blog? jangan haraplah ianya semudah yang disangka. Contoh terdekat, jujur aku katakan yang sampai sekarang aku belum dapat merasa lagi duit dari program Nuffnang walaupun sudah dua tahun lebih join Nuffnang, dah dapat BE dari mereka tetapi
still tak cukup nak
cashout earning Nuffnang. Masa daftar punyalah senang, ingat senang jugalah nak dapat duit tapi.............tak perlu sebut rasanya, aku tahu anda juga rasa apa yang aku rasa kan?.............hehehehe.......
Itu semua membuat kita
survival dalam dunia blogging, jangan fikirkan sangat pasal duit, teruskanlah menulis blog walaupun tiada income yang masuk, InsyaAllah rezeki kita tetap ada cuma ianya datang dalam waktu yang cepat mahupun lambat. Biar lambat asalkan ianya berpanjangan. Nak tanya pada rakan-rakan diluar sana, anda berblogging untuk apa ya??