19 Jun 2013

couch mode print story

Jom Sertai Contest SEO Melayu Boleh

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Contest SEO Melayu Boleh yang dianjurkan oleh blog BeritaKaki nampaknya telah bermula beberapa hari yang lepas, aku lihat sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan blogger juga amat baik. Tujuan utama contest ini ialah untuk membelakangkan keyword lucah Melayu Boleh yang menjadi carian utama di internet. Kebanyakkan keyword Melayu Boleh sekarang semuanya berkisarkan entri, video dan gambar lucah yang bagi aku menjatuhkan martabat melayu itu sendiri. Jadi dengan adanya contest sebegini, diharapkan entri-entri yang lebih baik dapat ditampilkan di muka hadapan Google.


Aku menyokong penuh contest ini dijalankan, mujur ada rakan blogger kita yang prihatin dengan masalah yang kita sendiri kurang peka. Aku harap contest ini akan terus mendapat penyertaan dari blogger-blogger lain. Pada yang berminat untuk menyertai contest tersebut, berikut aku sertakan syarat-syarat untuk menyertai Contest SEO Melayu Boleh yang aku ambil dari blog penganjur.

Syarat-Syarat PENYERTAAN :

  • Warganegara Malaysia
  • Blogger Blogspot/Wordpress/Joomla dan semua jenis medium Penulisan
  • Tulis Satu ENTRI dengan Keyword "Melayu Boleh"
  • Entri hendaklah tiada unsur-unsur perkauman, politik, lucah dan perkara seumpama
  • Entri tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek
  • Hendaklah ditulis dalam BAHASA MELAYU/INGGERIS (ikut kesesuaian)
  • Buat dengan kreatif dan bercirikan SEO. 
  • Jangan meniru entri orang lain. 
  • PENAJA DILARANG KERAS MENYERTAI CONTEST INI
  • Pemenang ditentukan menggunakan Google.Com.My
  • TEKAN NI ENTRI CONTOH : {KLIK SINI}
  • LIKE PAGE BERITAKAKI ONLINE - {Like Page}

Aku juga berminat untuk join contest ini, menang atau kalah lain cerita, yang penting dapat membantu dalam menghapuskan laman-laman lucah berdasarkan keyword Melayu Boleh ini. Jadi apa kata kita ramai-ramai sokong contest ini, semoga segala usaha baik yang dijalankan akan mendapat kejayaan di akhirnya kelak.

Aku?? tengah memerah idea entri yang bagaimana patut aku tulis, pening juga nak buat entri berdasarkan keyword Melayu Boleh ini. InsyaAllah, entri untuk contest ini akan aku siapkan dalam minggu ini juga. Pada rakan-rakan yang sudah menyertai, aku ucapkan tahniah dan semoga maju jaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai contest ini, boleh singgah di blog penganjur di Blog BeritaKaki.




p/s : perasan tak header blog ini sudah berubah? saja cari pembaharuan kat blog nie.. : )





2 ulasan :