Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Kebebasan bersuara melalui media sosial nampaknya semakin menjadi-jadi dengan pelbagai kenyataan dikeluarkan tanpa memikir kesan buruk melalui kenyataan yang dibuat. Terbaru, Sally Yen secara terang-terangan mengutuk dan menghina agama Islam melalui akaun Facebook miliknya. Isu yang dikeluarkan bukan boleh dipandang remeh kerana ianya membabitkan agama.
Dibawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Sally Yen di akaun facebook miliknya.
Aku kurang pasti apa tujuan sebenar disebalik kenyataan yang dikeluarkan oleh Sally Yen. Seharusnya dia lebih peka dengan isu yang bagi aku sangat sensitif kerana ini adalah Malaysia dan agama rasmi kita adalah Islam. kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti itu yang boleh dilihat oleh semua individu?
Sebelum ini pun, ada beberapa isu menghina agama yang dikeluarkan oleh individu-individu lain. Aku harap akan ada tindakan ke atas individu tersebut memandangkan ianya isu yang membabitkan agama Islam, jangan sesekali kita berlembut terhadap mereka kerana pasti akan ada lagi kenyataan sebegini yang keluar dari individu lain pula.
In Islam , Terkini , Umum
Hina agung cepat tindakan. Heboh semalaya. Tapi bila hina Islam, hina Rasulallah SAW, sampai sekarang masih sunyi dari sebarang tindakan. Negara islam kah Malaysia??? Semua pihak pejam mata.
BalasPadam