23 Mei 2013

couch mode print story

Cukup Sampai Disini......

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini aku ada buat satu entri bila mana blog ini diterima masuk ke dalam rangkaian pengiklanan Komli, salah satu company pengiklanan terkenal di dunia maya. Jadi bila dapat email dari mereka, aku diberi kod iklan untuk dipasang di blog ini, dengan pantas aku pasang iklan mereka. Manalah tahu, mungkin kali ini rezeki aku dengan Komli, dapat juga tambah income blog ini.


Aku harap income dari blog akan lebih meriah dengan kehadiran Komli ini, sebelum ini blog aku sudah pun mendapat perhatian pengiklan dari nuffnang bila blog ini berjaya dapat BE dari mereka, kira adalah juga income dari pelbagai sumber. Namun....ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan beserta ribut di tengah hari. Tidak sampai beberapa hari letak iklan dari Komli, Nuffnang telah mula menunjukkan sifat cemburunya apabila status Gliteri aku ditarik balik. Perghhhh..... bukan main laju lagi bila bab-bab macam ini, kan bagus kalau  bab nak bagi BE pun Nuffnang laju macam ini, seronok rasa hati. 

Tidaklah pula aku tahu yang status gliteri Nuffnang itu akan ditarik balik bila letak iklan Komli. Itulah, lain kali rajin-rajin sikit buat blogwalking, baru tahu. Aku sebenarnya bukan apa, takut nanti effect pada blog-blog lain pula bila status Non Gliteri itu kekal macam itu sahaja, tipis peluang nak dapat BE dari mereka lagi. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini aku dengan rasa rendah diri mengumumkan bahawa hari raya puasa jatuh pada esok hari blog ini bebas dari sebarang iklan dari Nuffnang, biarlah ianya menjadi sejarah di blog ini.......aku rela.......ah sudah, dah macam karangan surat cinta pula aku rasa, kalau dilayan karang makin menjadi pulak, sekian.............



p/s : berapa ramai yang dah jadi mangsa cemburu nuffnang ye??





2 ulasan :

  1. Izzuddin Fauzi (sukasedap.com)Khamis, 23 Mei, 2013

    Semoga berjaya dengan pengiklanan baru... Saya sendiri tak ada iklan.. :)

    BalasPadam
  2. itulah nuffnang...mmg cemburu..hehe


    pernah kena jugak tp mmg dah tahu akan hilang status geli2 tu..


    takpe bro, kasi test benda lain bagus jugak

    BalasPadam