28 Mei 2013

couch mode print story

Bagaimana Memaksimumkan Pendapatan Adsense

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Bila sebut sahaja Google Adsense, mesti ramai di kalangan kita yang mengeluh kerana sukar di terima masuk ke dalam program mereka. Anda harus menerima hakikat bahawa blog berbahasa melayu tidak akan diterima masuk ke dalam program mereka. Untuk memiliki akaun Adsense, anda mestilah menggunakan blog bahasa Inggeris sewaktu submit blog pada mereka. Kalau nak tunggu mereka luluskan blog bahasa melayu, entah bila aku pun tak pasti. Apa yang aku tahu, hanya blog Denaihati dan blog Abang Nara sahaja yang mendapat layanan istimewa dari Adsense apabila mereka sendiri menawarkan program ini pada blogger-blogger hebat ini. Pada mereka yang telah memiliki akaun Adsense, itu aku ucapkan tahniah dan pastikan mengikut segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh mereka, kalau dah kena banned nanti memang takkan dapat baliklah akaun Adsense itu.


Semasa aku blogwalking pagi tadi, blogger ini ada membuat satu entri bila mana beliau berjaya mendapatkan akaun Adsense setelah beberapa kali mencuba. Jadi untuk entri kali ini, aku saja nak refresh balik benda-benda lama yang mungkin ada di antara pemain-pemain Adsense ini terlepas pandang. 

Bagaimana memaksimumkan pendapatan Adsense

Mungkin ada di antara tip-tip ini kelihatan biasa sahaj, tetapi ianya mampu membawa perubahan yang besar kepada pendapatan Adsense anda. Harap anda mendapat manfaat dari tip-tip ini.

1 - Pilih Format Iklan Yang Betul

Google Adsense menawarkan pelbagai jenis format iklan yang boleh anda gunakan di blog anda. Format iklan terbaik adalah iklan banner 728x90 dan 336x280 yang mana mengikut Google, iklan jenis ini mampu menarik pelawat blog untuk klik pada iklan tersebut. Kedudukan iklan juga penting dalam menghasilkan klik, iklan jenis ini baisanya sesuai diletakkan di ruangan header dan sidebar blog anda. 

2 - Jadikan Iklan Seperti Kandungan Blog Anda

Adsense juga menyediakan kemudahan asas di mana anda boleh mengubah warna teks iklan, link iklan dan juga latar belakang iklan anda supaya ianya nampak seperti kandungan di dalam blog anda. Gunakan tools ini sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi pendapatan adsense anda.

3 - Gunakan Iklan Teks

Pelawat lebih cenderung untuk klik pada iklan teks berbanding iklan imej. Gunakan kemudahan tools yang disediakan oleh Google Adsense dengan menggunakan warna teks yang sama dengan entri blog anda. Pelawat mungkin rasa ianya link entri bukan link iklan.  Letakkan iklan teks ini di tempat yang sesuai seperti di dalam kandungan entri dan di sidebar blog anda yang kelihatan seperti link-link entri. 

4 - Jangan Guna Border

Untuk menampakkan iklan adsense anda sebahagian dari entri blog, gunakan warna border iklan yang sama dengan latar belakang blog anda, Penggunaan template blog juga memainkan peranan penting.

5 - Jangan Letak Terlalu Banyak Iklan 

Letakkan hanya tiga sahaja jumlah iklan andsense pada satu-satu halaman. Ini dapat meningkatkan CTR iklan adsense anda. Penggunaan iklan yang banyak juga boleh menyebabkan pelawat blog tidak berasa selesa dengan pelbagai iklan yang muncul.

Ini merupakan antara tip-tip yang sering dikongsikan oleh kebanyakkan blogger diluar sana, aku harap ianya sedikit sebanyak mampu membantu anda dalam menjana pendapatan dengan Google Adsense. Pada yang masih belum memiliki akaun adsense, cubalah lagi mana tahu ianya berjaya. Jangan tunggu-tunggu lagi, bina satu blog niche dalam bahasa inggeris, penuhkan entri dalam blog kemudian barulah submit pada Google, InsyaAllah berjaya. Kepada pemain-pemain adsense teruskan pejuangan anda untuk menjana pendapatan dari Google. 




3 ulasan :

  1. punca kena ban mudah je..entri lucah, kandungan dewasa + copypaste entri...

    BalasPadam
  2. Tip dan info yang menarik...moga banyak memberi manfaat kepada semua.

    BalasPadam