Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, kedudukan blog ini di search engine Google semakin baik dari hari ke hari. Sebelum ini, kedudukan blog ini hanya berada di page ke-3 sahaja di enjin carian Google. Kini , blog ini berada di senarai pertama daripada 19,500,000 carian di Google. Kerja keras yang membuahkan hasil.
Jika hendak katakan aku ini pandai bermain dengan SEO tak juga, cuma bagi aku, blog kita haruslah kemas, tersusun supaya mudah di crawler oleh Google. Pemilihan template juga penting. Jika boleh, gunakanlah template yang mesra SEO supaya mudah mendapat kedudukan yang baik di enjin carian. Tidak perlu template yang sarat dengan pelbagai macam widget dan warna, cukup sekadar kemas dan tersusun.
Aku harap kedudukan blog ini akan terus kekal di tangga teratas Google. Pada rakan-rakan lain, apa kata anda semak kedudukan blog anda di Google, mungkin selepas itu anda boleh menentukan matlamat jangka pendek untuk meningkatkan lagi kedudukan di enjin carian Google. Semoga apa yang anda lakukan akan membawa hasil seperti yang anda inginkan. Sekian.............
In Blogging , Umum

seronok bila usaha membuahkan hasil
BalasPadamaku punya macam dah tak terkemas
BalasPadambetul tu bro... rasa hilang semua penat lelah....
BalasPadamok lah tu bro....responsive template ok jugak apa....
BalasPadamsusah la komen sini wehh..haha
BalasPadam