16 Mei 2013

couch mode print story

Terima Kasih...........

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Selesai sudah rutin harian aku sebagai seorang pelajar sekolah untuk hari ini, sepanjang perjalanan pulang, aku dan beberapa rakan kelas sibuk memikirkan apa yang patut untuk kami lakukan esok hari, hari yang cukup istimewa bagi aku dan rakan-rakan. Salah seorang di antara kami tiba-tiba bersuara, " aduh, macam mana nie, korang semua ada simpan duit lebih ke? aku cukup-cukup je nie." Pantas aku mencelah, "aku adalah sikit, waktu rehat tadi aku tak keluar makan, dapatlah tambah sikit-sikit, duit belanja aku semalam pun ada baki lagi". " Kau macam mana Emy? ada ke tidak? jangan buat hal pulak, dah lama kita tunggu benda nie, jangan tak jadi pulak!" rintih si Yus, budak yang paling bergaya sekali antara kami berempat.


Tiba-tiba salah seorang di kalangan kami bersuara, " dah, korang tak payah nak bertekak, aku ada duit lebih, kita bukan nak pakai banyak sangat pun kan?" . Aku dan yang lain terus terdiam, dalam hati aku " eh mamat nie, tiba-tiba nak berangin pulak apahal?, kaki nak?? rintih aku dalam hati yang sememangnya tak mampu aku zahirkan dengan perbuatan. " Ok, petang nie kita jumpa tempat biasa, jangan lambat pulak, banyak benda lagi yang kita kena siapkan hari ini" lantang aku bersuara seakan-akan ada suatu misi yang cukup  besar untuk aku dan rakan-rakan lakukan. Sepanjang hari itu, aku dan rakan-rakan yang lain sibuk menyiapkan sesuatu untuk hari esok, sampai nak tidur malam pun tak lena, berdebar punya pasal.

Itu semua cerita 15 tahun yang lepas, waktu itu aku masih bersekolah rendah lagi. Apa yang aku rancangkan semua itu tadi hanyalah usaha kami nak membeli hadiah sempena hari guru. Zaman itu bukan senang nak minta duit dari mak ayah, kena pandai-pandai simpan sendiri baru boleh dapat apa yang nak beli. Walaupun hadiah yang diberi itu cumalah jam dinding, bagi aku ianya cukup bermakna dan tidak mungkin setanding dengan segala ilmu yang telah disampaikan kepada aku dan rakan-rakan. 

Buat semua insan yang bergelar Guru, Selamat Hari Guru aku ucapkan, semoga jasa dan pengorbanan kalian semua dalam mendidik dan mengajar anak bangsa hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.






1 ulasan :

  1. Mula2 tadi ingat cerita sekarang...hehe


    Mmg best bila dapat pakat ramai2 beli hadiah kat cikgu dan buat kejutan...


    p.s. jom sms cikgu ucap selamat hari guru

    BalasPadam