Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Semalam merupakan hari dimana seluruh rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi memilih pemimpin yang mampu membawa Malaysia ke arah negara yang aman sejahtera dan berdaya saing di mata dunia. Aku juga di antara jutaan rakyat Malaysia yang turun menunaikan tanggungjawab pada negara, sedikit usaha yang mampu menentukan masa depan negara.
Baiklah, kita lupakan seketika kisah-kisah politik ini. Jika anda perasan ruangan header dan sidebar di blog ini diisi dengan iklan dari Komli, salah satu program pengiklanan yang terkenal di dunia maya. Dahulu Komli ini lebih dikenali dengan nama Admax. Alhamdulillah, blog ini telah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Komli dan diterima masuk kedalam rangkaian pengiklanan mereka. Ini merupakan percubaan aku yang pertama submit blog ini pada mereka dan alhamdulillah mereka terus menerima blog ini.
Sebelum ini aku memang nak submit blog ini pada mereka, tetapi oleh kerana kurang keyakinan akan trafik di blog ini, aku tangguhkan dulu niat nak join Komli ini. Hampir dua bulan juga aku tunggu sebelum aku submit blog ini. Bila aku rasa trafik sudah mantain , barulah aku mencuba, ternyata segalanya berhasil, yang penting sabar.
Pada anda yang rasa trafik blognya lagi kencang dari blog ini, apa kata anda cuba submit blog anda, mungkin rezeki anda untuk buat duit dari Komli.
In Blogging , Buat Duit Online
tahniah bro! maksudnya blog ni dah makin power!
BalasPadamtahniah bro..
BalasPadam