Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sehingga ke hari ini krisis yang berlaku di Lahad Datu, Sabah masih lagi berterusan apabila semua rundingan yang dilakukan gagal mencapai kata sepakat. Dengan kedegilan penceroboh bersenjata yang berkeras tidak mahu berundur dari Sabah, pihak pasukan keselamatan terpaksa mengambil jalan akhir dengan melancarkan serangan ofensif pada pukul 7.00 pagi tadi.

Serangan yang menyasarkan kubu utama tentera penceroboh dimulakan dengan serangan dari udara oleh TUDM menggunakan pesawat pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh tentera darat. Sehingga kini, pihak penceroboh masih lagi memberikan tentangan dengan beberapa tembakan dilepaskan. Buat masa ini proses 'mopping up' dan penggeledahan sedang dilakukan oleh anggota keselamatan kita, tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan dari anggota kita.
Buat waktu ini, operasi pembersihan sedang dijalankan oleh pasukan keselamatan sejurus serangan fasa pertama awal pagi tadi. Berikut merupakan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, mengenai situasi semasa Ops Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Sama-sama kita doakan keselamatan dan kemenangan barisan pejuang negara kita yang kini sedang bertarung di medan peperangan demi menjaga keamanan negara dari penceroboh yang tidak diundang.
In Semasa , Terkini , Umum