Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini aku ada membuat satu entri bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan program Intellilinks. Pada yang tidak berkesempatan untuk membacanya bolehlah rujuk semula entri ini dan ini. Di dalam dunia bloggging ini, pelbagai sumber yang kita boleh cari untuk menjana pendapatan dengan blog masing-masing. Cuma yang penting adalah FOKUS.
Untuk entri kali ini aku nak mengajak anda semua mencuba salah satu program yang membayar setiap ahlinya dengan meletakkan link pengiklan di blog masing-masing. Program yang aku maksudkan ialah BlogRolled. BlogRolled ini sama juga seperti program Intellilinks dan yang lain-lain cuma ianya lebih senang untuk diuruskan. Bagaimana?? Senang sahaja, seperti biasa kita perlulah mendaftar dulu kemudian submit blog yang kita ada, lebih baik jika blog anda mempunyai PR ( pagerank ) supaya mudah mendapat perhatian pihak pengiklan.

contoh link-link pengiklan yang diletakkan di dalam blog anda
Sekiranya blog anda sudah di approve kan oleh mereka, tunggu sahaja email dari pihak pengiklan yang berminat meletakkan link mereka di blog anda. Bila dah ada pengiklan yang berminat, cepat-cepatlah letak link yang diberikan di blog anda, selesai!! Hujung bulan tunggu payment masuk.
Bagi program-program yang sebegini, lebih baik rasanya anda submit blog yang berbahasa Inggeris sahaja. Apa-apapun, cubalah submit blog anda, mana tahu mungkin program sebegini mampu menambah duit poket anda sebagai seorang blogger. Selamat mencuba!!
In Blogging , Buat Duit Online