Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Dengan syawal yang hampir tiba, kebanyakkan warga kota sudah mula pulang ke kampung masing-masing. Disini aku ingin berkongsi dengan anda semua tip-tip pemanduan selamat bagi mereka yang akan pulang ke kampung. Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Tip Pemanduan Selamat
1. Pastikan kenderaan anda selamat
Penyelenggaraan kenderaan bukan sahaja satu cara yang penting untuk memanjangkan jangka hayat kenderaaan anda tetapi ia juga melibatkan isu keselamatan yang utama.
2. Amalkan pemanduan berhemah
Adalah sukar untuk mengukur sejauh mana pemanduan agresif seseorang, tetapi ia pasti akan meningkatkan risiko kemalangan. Seorang pemandu yang agresif akan sengaja memburukkan lagi pemandu lain, memulakan konflik, menggunakan isyarat biadap atau bahasa, memandu terlalu rapat tanpa menjaga jarak kenderaan atau menghalang kereta lain, atau menyalakan lampu mereka disebabkan kekecewaan. Tingkah laku ini bukan sahaja menjengkelkan, malah berbahaya.
3. Jangan mengekori terlalu rapat
Garis panduan pemanduan yang selamat menasihati pemandu untuk mengekalkan jarak yang selamat antara mereka dan kereta di hadapan. Pemandu perlu masa yang cukup untuk bertindak balas jika kereta tersebut membelok dan berhenti secara tiba-tiba.
Peraturan tiga saat adalah mudah, Cari objek pegun ditepi jalan. Apabila kereta dihadapan anda melepasi objek tersebut, mulakan kiraan saat. Sekurang-kurangnya tiga saat sebelum kereta anda melepasi objek yang sama. Pada waktu malam atau dalam cuaca buruk, masa yang disyorkan adalah dua kali ganda iaitu 6 saat.
4. Lebih berhati-hati di dalam cuaca buruk
Jika anda memandu melalui kabus, hujan lebat, mahupun ribut, anda perlu lebih berhati-hati. Ambil semua tips lain yang dibentangkan di sini dan menggunakan ia sepenuhnya: memandu dibawah had laju jika perlu, mengekalkan ruang tambahan di antara anda dan kereta di hadapan, dan berhati-hati terutamanya di sekitar selekoh. Jika cuaca menjadi lebih teruk, carilah tempat selamat dan menunggu sehingga reda.
5. Jangan memandu ketika mengantuk
Jika anda keletihan, sebaik-baiknya cari tempat persinggahan dahulu bagi meredakan keletihan anda. Memandu dalam keadaan mengantuk merupakan satu perkara yang serius dan boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan. Ambil rehat secukupnya sebelum kembali memulakan perjalanan. Sediakan juga bekalan seperti gula-gula yang boleh membantu anda menghilangkan rasa mengantuk.
6. Jangan memecut/memandu laju
Kerajaan kerap melakukan kempen dan memaparkan iklan, "kelajuan membunuh" di setiap kawasan yang berpotensi terjadinya kemalangan. Pada kelajuan yang lebih tinggi, risiko meningkat dengan lebih pantas. Besar kemungkinan, kenderaan akan sukar dikawal sekiranya memandu terlalu laju. Elakkan diri anda dari membahayakan nyawa orang lain.
Ini merupakan diantara tip-tip pemanduan selamat yang boleh anda jadikan panduan sepanjang perjalanan anda ke kampung halaman. Biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pada yang pulang ke kampung aku ucapkan selamat memandu, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H, Maaf Zahir dan Batin.
Ini merupakan diantara tip-tip pemanduan selamat yang boleh anda jadikan panduan sepanjang perjalanan anda ke kampung halaman. Biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pada yang pulang ke kampung aku ucapkan selamat memandu, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H, Maaf Zahir dan Batin.
In Info , Tips , Umum
terima kasih di atas info yang diberi..
BalasPadamselamat Hari raya..
Sama2... Selamat Hari Raya............
BalasPadam