| sila cemburu dengan rekod United, hahaha.... |
Home
/
Sukan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
20 Jan 2014
Aku Masih Manchester United
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Agak lama sebenarnya aku tak menulis entri berkaitan Manchester United di blog ini. Jika sebelum ini aku sentiasa update entri pada setiap perlawanan Manchester United, sejak kebelakangan ini keghairahan aku untuk menulis entri tentang Man. United ini boleh dikatakan berkurangan.
Antara sebab-sebab aku malas nak update entri Man. United ialah :-
- Dulu dalam setiap entri yang ditulis, mesti Man. United menang je, jarang update entri tentang kekalahan team pilihan aku ini.
- Sejak David Moyes ambil alih United, aku tengok permainan Man. United agak merosot berbanding era Ferguson dulu.
- Sakit hati bila selalu nak update tentang kekalahan sahaja!
- Prestasi yang kurang menentu membuatkan aku malas nak ambil tahu sangat pasal team Man. United ini.
- Agak sukar tahun ini Man. United nak pertahankan gelaran lepas apa yang berlaku malam tadi. ( jangan tanya aku apa yang berlaku malam tadi, korang semua tahu kan? )
- Susah aku nak terima kekalahan sebab Man. United yang aku kenal memang susah ditewaskan.
Apa yang aku nampak, tahun ini Man. United memang berada diluar prestasi terbaik mereka. Memang nampak ketara selepas Ferguson bersara, kerana aku mengenali Man. United dari mula Ferguson ambil alih Man. United pada tahun 1987. Aku membesar dalam era Ferguson sampailah dia bersara, dari zaman Beckham budak lagi, dari jersi nombor 24, 10, sampailah Beckham dapat pakai jersi nombor 7, semuanya aku ikuti.
Sekarang, Manchester United dalam pasukan yang berbeza, dan aku harap Manchester United akan terus kekal bersaing dalam perebutan ke Liga Juara-Juara Eropah tahun depan. Dan sekarang pun mereka masih lagi dalam saingan Liga Juara-Juara, pastikan tahun ini milik Manchester united.
Dah berubah sokongan? tak mungkin aku berubah, aku tetap menyokong Manchester United, cuma tahun ini MUNGKIN bukan milik Manchester United, tak mengapa. Bila dah macam ini baru kita tahu siapa penyokong yang setia dengan Manchester United. Old Trafford masih lagi penuh dengan penyokong setia mereka, jadi peminat mereka tetap mengharapkan yang terbaik buat Manchester United.
Jadi, pada fan-fan United, teruskan sokongan korang, langit tak selalunya cerah, kan?? hehehe....
p/s: jangan seronok sangat ye team-team lain tu...hehehe.....
23 Apr 2013
Manchester United vs Aston Villa EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dengan kekalahan Manchester City ditangan Spurs dalam saingan liga tempoh hari, United mampu menjulang awal kejuaraan BPL 2012/13 ketika turun menentang Aston Villa di Old Trafford sekiranya pasukan kendalian Sir Alex Ferguson ini berjaya menewaskan Aston Villa.
Dalam perlawanan awal pagi tadi, United turun dengan harapan yang tinggi bagi menjulang kejuaraan EPL 2012/13 untuk kali ke-20 buat Manchester United. Dengan sokongan padu dari penyokong, United tidak menunggu lama apabila mendahului lawan pada minit ke-3 permainan hasil jaringan Robin Van Persie selepas menyudahkan hantaran silang Ryan Giggs.
Robin Van Persie terus menjadi watak utama United untuk menjulang gelaran ke-20 apabila dia sekali lagi menjaringkan gol hasil sepakan vollie cantik dari luar kotak penalti Aston Villa melalui hantaran jauh Wayne Rooney. Aston Villa sesekali melancarkan serangan berbahaya ke gawang United namun nasib tidak menyebelahi mereka sebaliknya, melalui satu serangan balas, Ryan Giggs sekali lagi melorongkan bola kepada Robin Van Persie untuk meletakkan United selesa 3 - 0 dihadapan pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Aston Villa cuba untuk merapatkan jurang namun digagalkan oleh barisan pertahanan United yang ampuh bertahan. Beberapa deretan peluang yang dimiliki United gagal disudahkan oleh mereka. Tamat perlawanan menyaksikan United menumpaskan Aston Villa dengan jaringan 3 - 0.
Dengan kemenangan ini, United secara sahnya menjulang kejuaraan liga EPL buat kali ke-20. Berikut merupakan lain-lain keputusan bagi saingan liga EPL 2012/13 minggu ke-34 :-
Liverpool vs Chelsea : 2 - 2
Spurs vs Man City : 3 - 1
Fulham vs Arsenal : 0 - 1
Norwich vs Reading : 2 - 1
QPR vs Stoke : 0 - 2
Sunderland vs Everton : 1 - 0
Swansea vs Southampton : 0 - 0
West Brom vs Newcaslte : 1 - 1
West Ham vs Wigan : 2 - 0
24 Feb 2013
QPR vs Manchester United EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dalam pertemuan dengan Real Madrid tempoh hari, barisan pemain United berjaya mengikat pasukan kendalian Jose Mourinho dengan jaringan 1 - 1 di Santiago Bernabeu. Gol di tempat lawan amat penting buat United sekiranya kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Old Trafford pada perlawanan timbal balik dalam saingan Liga Juara-Juara Eufa pada awal bulan Mac nanti, United akan mara ke suku akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.
United telahpun layak ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya mengatasi Reading 2 - 1 dilaman sendiri tempoh hari. Spekulasi mengatakan bahawa Cristiano Ronaldo akan kembali bersama United masih belum dipastikan, kita sama-sama tunggu dan nantikan berita terbaru. Dalam saingan liga minggu ke-27, United bertandang ke gelanggang QPR dengan misi menjarakkan jurang mata kepada 15 mata dengan pasukan ditangga kedua, Manchester City yang akan turun menentang Chelsea di gelanggang The Blues.
Perlawanan yang berlangsung dalam cuaca sejuk sedikit pun tidak menjejaskan rentak United apabila mendahului perlawanan hasil jaringan cantik pemain pertahanan United, Rafael dari luar kotak penalti. Van Persie digantikan dengan Danny Welbeck di penghujung babak pertama selepas mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa keluar. Separuh masa kedua United terus menggandakan asakan dan hasilnya Ryan Giggs menambah jaringan untuk United selesa dihadapan dengan jaringan 2 - 0. Giggs hampir menambah jaringan kedua peribadi namum percubaanya hanya singgah di palang gol lawan. Kedudukan 2 - 0 kekal sehingga tamat permainan.
Dengan kekalahan ini, QPR semakin pasti akan turun ke divisyen 1 dengan gagal mencatatkan kemenangan selepas aksi buruk pasukan itu sejak saingan EPL bermula. United semestiunya mengharapkan pasukan kendalian Roberto Mancini tewas di tangan Chelsea untuk menjulang kejuaraan liga ke-20 buat kelab itu.
Berikut merupakan lain-lain keputusan bagi saingan liga EPL 2012/13 minggu ke-27 :-
Fulham vs Stoke City : 1 - 0
Arsenal vs Aston Villa : 2 - 1
Reading vs Wigan : 0 - 3
West Brom vs Sunderland : 2 - 1
Norwich City vs Everton : 2 - 1
14 Feb 2013
Real Madrid vs Manchester United Liga Juara-Juara Eufa 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dengan kemenangan ke atas Everton dalam saingan liga tempoh hari, United kini semakin menjarakkan jurang mata kepada 12 mata dengan juara bertahan Manchester City yang tewas mengejut kepada pasukan Southampton di gelanggang lawan. Dengan kelebihan ini, aku harap United dapat mengekalkan aksi sehingga ke penghujung musim.
Pusingan kedua Liga Juara-Juara Eufa, United diundi bertemu dengan pasukan Real Madrid yang mana Christiano Ronaldo akan bertemu kembali dengan pasukan lamanya buat pertama kali dalam tempoh enam tahun selepas memecahkan rekod perpindahan pemain dengan nilai $80 juta. United bertandang ke Santiago Barnebau dengan harapan mampu mencuri sekurang-kurangnya satu mata di gelanggang lawan pada aksi pertama kedua-dua pasukan.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi-aksi menarik dalam mencari jaringan, namum United terlebih dahulu dihadapan melalui jaringan Danny Welbeck berpunca dari satu sepakan sudut yang dimiliki United pada minit ke-20. Real Madrid terus mengasak kubu pertahanan United dan hasilnya pada minit ke-30, bekas pemain United, Christiano Ronaldo menanduk masuk hantaran silang rakan sepasukan untuk kedudukan 1 - 1.
Separuh masa kedua, bola lebih banyak dikuasai oleh pasukan tuan rumah namun sekali sekala United melakukan percubaan ke gawang Real Madrid. Peluang terbaik United untuk menambah gol gagal apabila percubaan Van Persie terkena palang gol dan satu lagi percubaannya diselamatkan pertahanan Real Madrid di atas garisan gol. Kedudukan terikat 1- 1 sehingga wisel penamat. Real akan berkunjung ke Old Trafford pula pada perlawanan timbal balik kedua-dua pasukan.
Berikut merupakan lain-lain keputusan perlawanan pertama Pusingan Kedua Liga Juara-Juara Eufa :-
Celtic vs Juventus : 0 - 3
Valencia vs PSG : 1 - 2
Shakhtar Donetsk vs Dortmund : 2 - 2
27 Jan 2013
Manchester United vs Fulham Piala FA 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Awal pagi tadi, Manchester United melayan kunjungan Fulham di Old Traffard dalam aksi pusingan ke-4 Piala FA. Dengan membariskan beberapa pemain utama, jurulatihnya Sir Alex Ferguson amat berharap yang pasukan kendaliannya akan mara ke peringkat seterusnya.
Kemenangan tipis ke atas West Ham dalam pertemuan pusingan ke-3 tempoh hari membuatkan pasukan United perlu berusaha dengan lebih keras dalam pertemuan dengan Fulham. Wayne Rooney bergandingan dengan Javier Hernandez dibahagian serangan dengan Robin Van Persie direhatkan dalam pertemuan kali ini. Percubaan awal Rooney hampir meletakkan United didepan ketika perlawanan baru berlangsung 40 saat namun sepakan Rooney sedkit tersasar dari gawang Fulham. Ryan Giggs yang mengambil sepakan penalti mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol Fulham Mark Schwarzer apabila bola sepakan sudut Rooney terkena tangan pertahanan lawan pada minit ke-3 permainan.
Fulham yang dilihat tidak berada dalam prestasi terbaik, terus diasak United namun kental bertahan pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua United menggandakan asakan dan hasilnya Rooney berjaya menambah gol buat tuan rumah apabila hantaran bijak Anderson berjaya disudahkan Rooney. Selang dua minit kemudian Javier Hernandez menambah gol ketiga buat tuan rumah apabila bola sepakannya tertampan pertahanan lawan dan terus menerjah gawang.
Hernandez sekali lagi menambah derrita pasukan lawan apabila meledak go kedua peribadinya untuk meletakkan United selesa dengan jaringan 4 - 0 pada minit ke-66. Gol saguhati pasukan Fulham hadir pada minit ke-76 berpunca dari sepakan sudut. Dengan kemenangan keatas Fulham, United terus mara ke pusingan ke-5 piala FA 2012 / 13.
Berikut merupakan lain-lain keputusan pusingan ke-4 piala FA :-
Millwall vs Aston Villa : 2 - 1
Stoke vs Man City : 0 - 1
Macclesfield vs Wigan : 0 - 1
Derby County vs Blackbun : 0 - 3
Hull City vs Barnsley : 0 - 1
Reading vs Sheffield United : 4 - 0
Huddersfield vs Leicester City : 1 - 1
Middlebrough vs Aldershot : 2 - 1
QPR vs Milton Keynes Dons : 2 - 4
Bolton vs Everton : 1 - 2
Brighton vs Arsenal : 2 - 3
Norwich vs Luton : 0 - 1
21 Jan 2013
Tottenham vs Manchester United EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Selepas berjaya mengekalkan rentak kemenangan dalam setiap saingan, United turun menentang Tottenham dengan misi membalas dendam apabila tewas 2 - 3 di Old Trafford dalam saingan liga yang lalu.
Darren Fletcher yang bergelut dengan masalah usus nampaknya tidak akan bermain sehingga penghujung musim ini, namun barisan tengah United masih lagi memiliki beberapa pilihan pemain. Di bahagian serangan pula, sehingga kini Robin Van Persie sudah menjaringkan 10 gol dalam 10 perlawanan terakhir liga. Satu persembahan yang diluar jangkaan para penyokong United.
Dalam perlawanan menentang Tottenham malam tadi, perlawanan lebih banyak dikuasai pasukan tuan rumah dengan melakukan beberapa percubaan di depan pintu go united, namun ketangkasan De Gea berjaya menafikan setiap percuabaaan mereka. Berpunca dari satu serangan balas, hantaran silang Cleverly dari sebelah kiri pasukan lawan berjaya ditanduk masuk oleh Van Persie untuk meletakkan United di hadapan pada minit ke-25.
Selepas jaringan itu, Tottenham semakin mengandakan serangan namun pertahanan United kekal bertahan sehinggalah pada minit ke-92 mansa tambahan, Clint Dempsey berjaya menjaringkan gol melalui percubaan didalam kotak penalti United untuk menafikan kemenangan United. Kedudukan kekal 1 - 1 sehingga tamat perlawanan.
Aku berkesempatan menyaksikan perlawanan malam tadi dan aku rasa United tidak berada dalam prestasi terbaik mereka. Mungkin perlawanan yang berlangsung dalam cuaca sejuk dan besalji sedikit sebanyak menggangu rentak permainan mereka. Nampaknya Van Persie semakin serasi bersama United apabila terus menghasilkan jaringan buat pasukan United. Aku harap saingan liga kali ini akan berpihak kepada United walaupun jurang mata dengan juara bertahan Man City menurun kepada lima mata.
Liverpool vs Norwich : 5 - 0
West Ham vs QPR : 1 - 1
Manchester City vs Fulham : 2 - 0
Swansea vs Stoke : 3 - 0
Newcastle vs Reading : 1 - 2
Wigan vs Sunderland : 2 - 3
WBA vs Aston Villa : 2 - 2
Chelsea vs Arsenal : 2 - 1
17 Jan 2013
Manchester United vs West Ham Piala FA 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dalam pertemuan sebelum ini, pasukan United dilihat bergelut dengan prestasi pemain apabila sekadar mencatatkan keputusan seri dengan pasukan West Ham di gelanggang lawan. Gol Van Persie pada masa kecederaan membolehkan United untuk kekal bersaingan dalam saingan piala FA bagi edisi kali ini.
Dalam perlawanan ulangan awal pagi tadi, United turun sebagai tuan rumah kepada pasukan West Ham. Dengan suntikan motivasi kemenangan ke atas Liverpool dalam saingan liga tempoh hari, barisan pemain United dilihat bersemangant untuk mengekalkan rentak kemenangan mereka.
Wayne Rooney turun dalam kesebelasan utama United apabila kembali pulih dari kecederaan yang dialaminya sebelum ini. Dan penyerang itu tidak menunggu masa yang lama apabila meletakkan United di depan seawal minit ke-9 melalui hantaran Javier Hernandez. Wayne Rooney sepatutnya dapat menambah jaringan kedua United melalui sepakan penalti tetapi sepakannya melepasi palang gol lawan. Perlawanan tamat dengan United mencatat kemenagan ke atas West ham dengan jaringan 1 - 0.
Berikut merupakan lain-lain keputusan perlawanan ulangan dalam saingan piala FA pusingan ke-3:-
West Brom vs QPR : 0 – 1
Sunderland vs Bolton : 0 – 2
Stoke vs Crystal Palace : 4 – 1
Arsenal vs Swansea : 1 – 0
14 Jan 2013
Manchester United vs Liverpool EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Melihatkan aksi pasukan United pada pertemuan dengan West Ham United dalam saingan piala FA tempoh hari, aku mengharapkan yang United akan lebih memperkemaskan lagi aksi terutamanya di bahagian pertahanan yang aku rasa agak goyah dalam saingan EPL musim ini.
Dalam aksi yang masuk minggu ke-22 malam tadi United yang mendahului liga dengan kelebihan tujuh mata di depan juara bertahan Manchester City, turun melayan kunjungan Liverpool yang bergelut dalam kelompok pertengahan liga musim ini. United yang mengharapkan ketajaman penyerang yang baru dimilikinya Robin Van Persie diharap mampu mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.
Van Persie setakat ini telah menjaringkan 19 gol dalam 20 perlawanan bersama United dan pada perlawanan malam tadi penyerang Belanda itu sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang lawan apabila sekali lagi membantu United mencatat kemenangan ke atas Liverpool. Gol Van Persie hadir pada minit ke-19 melalui hantaran leret Patrick Evra. Kedudukan 1 - 0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, United terus memburu jaringan dan hasilnya ada minit ke-55 berpunca dari sepakan percuma Van Persie, Patrick Evra melakukan tandukan yag terkena Vidic lalu masuk menerjah gawang Liverpool untuk United mendahului 2 - 0. Daniel Sturridge merapatkan kedudukan buat Liverpool apabila menolak masuk bola yang ditepis keluar oleh De Gea melalui percubaan awal kapten Liverpool Steven Gerrad apda minit ke-57.
Liverpool cuba mencari jaringan penyamaan bagi membolehkan mereka sekurang-kurangya membawa pulang satu mata dari Old traffird namun pertahanan United kental bertahan. Tamat perlawanan menyaksikan United berjaya menewaskan Liverpool dengan jaringan 2 -1.
Berikut merupakan lain-lain keputusan dalam saingan EPL 2012/13 minggu ke-22 :-
Aston Villa vs Shouthampton : 0 – 1
Reading vs West Brom : 3 – 2
Norwich vs Newcastle : 0 – 0
Fulham vs Wigan : 1 – 1
Sunderland vs West Ham : 3 – 0
Everton vs Swansea : 0 – 0
Stoke vs Chelsea : 0 – 4
Arsenal vs Manchester City : 2 – 0
24 Dis 2012
Swansea City vs Manchester United EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Awal malam tadi menyaksikan perlawanan EPL minggu ke-18 di antara pasukan yang baru naik ke liga perdana, Swansea City bertemu Manchester United di gelanggang sendiri.
Dengan United menurunkan barisan terkuatnya, Patrick Evra berjaya meletakkan United dihadapan pada minit ke-16 hasil tandukan dari sepakan sudut Robin Van Persie. Swansea yang mencatakan permulaan memberangsangkan dalam saingan liga perdana musim ini terus mengasak kubu United dan hasilnya pada minit ke-29, Swansea berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil dari percubaan awal De Guzman yang berjaya ditepis oleh De Gea dan mudah ditolak masuk oleh Michu.
Separuh masa kedua menyaksikan United lebih banyak menguasai permainan namun gagal mencari gol kemenangan apabila percubaan Michael Carrick dan Robin Van Persie hanya singgah di palang gol. Kedudukan 1 - 1 kekal sehingga ke wisel penamat.
Melihatkan aksi United malam tadi, aku rasa mereka mempunyai peluang untuk mencatatkan kemenangan, namun penyudah yang kurang baik mengagalkan hasrat mereka. Wayne Rooney gagal memberikan aksi terbaiknya malam tadi dengan beberapa hantaran yang kurang kemas. Dengan keputusan seri semalam, United kini hanya empat mata dihadapan juara bertahan, Manchester City yang berjaya menewaskan Reading hasil jaringan lewat oleh Gareth Barry.
Berikut merupakan lain-lain keputusan saingan EPL 2012/13 minggu ke-18:-
Southampton vs Sunderland : 0 - 1
West Brom vs Norwich : 2 - 1
Manchester City vs Reading : 1 - 0
Newcastle vs QPR : 1 - 0
Tottenham vs Stoke : 0 - 0
Liverpool vs Fulham : 4 - 0
Chelsea vs Aston Villa : 8 - 0
29 Okt 2012
Chelsea vs Man United EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Lewat malam tadi menyaksikan pasukan pilihan aku Man United berjaya menewaskan pendahulu liga, Chelsea. Sememangnya ini merupakan kemenangan yang penting buat United bagi merapatkan jurang mata dengan Chelsea.
Van Persie membuktikan dirinya sebagai seorang penyerang yang bertaraf dunia apabila percubaanya berjaya meletakkan United didepan seawal minit ke-4. RvP sekali lagi meletakkan United selesa dihadapan apabila percubaanya menerjah gawang gol Chelsea pada minit ke-12 hasil hantaran silang Antonio Valencia.
Juan Mata merapatkan kedudukan pada minit ke-44 melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti. Bermula separuh masa kedua, Chelsea terus mengasak kubu United dan hasilnya, pada minit ke-53, tandukan Ramires berjaya menewaskan De Gea untuk kedudukan 2-2.
Minit ke-62, Ivanovic dlayangkan kad merah selepas mengasari Ashley Young. Selang beberapa minit kemudian, Torres pula diperintah keluar padang apabila tindakannya menjatuhkan badan secara sengaja memakan diri apabila mengutip kad kuning kedua.
Hernandez yang masuk mengantikan Wayne Rooney muncul wira United selepas tampanannya pada minit ke-75 menerjah gawang Chelsea. Tamat perlawanan menyaksikan United menewaskan Chelsea dengan jaringan 3 - 2.
Berikut merupakan lain-lain keputusan perlawanan liga minggu ke-9:-
Stoke vs Sunderland : 0 - 0
Aston Villa vs Norwich : 1 - 1
Arsenal vs QPR : 1 - 0
Reading vs Fulham : 3 - 3
Wigan vs West Ham : 2 - 1
Manchester City vs Swansea : 1 - 0
Everton vs Liverpool : 2 - 2
Newcastle vs West Brown : 2 - 1
Southampton vs Tottenham : 1 - 2
Stoke vs Sunderland : 0 - 0
Aston Villa vs Norwich : 1 - 1
Arsenal vs QPR : 1 - 0
Reading vs Fulham : 3 - 3
Wigan vs West Ham : 2 - 1
Manchester City vs Swansea : 1 - 0
Everton vs Liverpool : 2 - 2
Newcastle vs West Brown : 2 - 1
Southampton vs Tottenham : 1 - 2
24 Okt 2012
Man united vs Braga UEFA Champions League 2012/13
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Melihatkan pada aksi United ketika turun menentang Braga awal pagi tadi, aku rasa bahagian pertahanan United agak goyah ketika ini. Beberapa perlawanan sebelum ini aku dapat lihat gawang united sering dibolosi seawal 10 minit pertama perlawanan. Ini juga terjadi ketika saingan Uefa champions league awal pagi tadi.
Aku rasa bos united tahu apa yang perlu dilakukan dengan barisan pertahanan mereka. Phil Jones dan Vidic masih lagi dibelenggu kecederaan, United kini mengharapkan aksi terbaik dari pemain pertahanan yang sedia ada bagi menghadirkan sesuatu buat United musim ini. Javier Hernandez yang diturunkan pada perlawanan awal pagi tadi membuktikan yang dia masih lagi seorang penyerang yang perlu diberi perhatian oleh bos United. Ini terbukti apabila dua jaringannya membantu United mencatat kemenangan 3 - 2 keatas Braga.
United kini kekal di tangga teratas kumpulan H selepas mencatatkan kemenangan 100% dalam saingan Uefa champions league musim ini. Berikut merupakan lain-lain keputusan pada perlawanan awal pagi tadi :-
Spartak Moscow vs Benfica : 2 - 1
Nordsaellande vs Juventus : 1 - 1
Losc vs Bayern : 0 - 1
Barcelona vs Celtic : 2 - 1
Shakhtar Donetsk vs chelsea : 2 - 1
BATE vs Valencia : 0 - 3
23 Okt 2012
Man United vs Stoke city EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Saingan Epl pada minggu lalu menyaksikan pasukan kendalian Sir Alex Ferguson berjaya mencatatkan kemenangan di Old Trafford ke atas pasukan pertengahan liga, Stoke City dengan jaringan 4-2.
Wanye Rooney menjaringkan dua gol untuk United selepas kesilapannya didalam kotak penalti sendiri memberikan Stoke City gol awal permainan. Van Persie terus menghasilkan jaringan buat United sebelum tamat separuh masa kedua. Danny Welbeck menambah kelebihan buat pasukan tuan rumah dengan jaringan pada minit ke-46 sebaik sahaja berrmula babak kedua perlawanan. Keputusan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
Dengan kemenangan ini, aku harap United akan terus mempamerkan aksi terbaik mereka apabila bertemu Braga dalam saingan Uefa Champion League awal pagi nanti. Dengan Rooney yang kembali menghasilkan jaringan buat United, ditambah pula ketajaman Van Persie aku yakin tahun ini United mampu menjadi juara dalam semua saingan.
8 Okt 2012
Newcaslte vs Man United EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Pada perlawanan lewat malam tadi, Man United meneruskan tekanan ke atas pasukan Chelsea selepas menumpaskan Newcaslte 3 - 0 di gelanggang lawan. Melihatkan perlawanan pada malam tadi, United bermula garang dengan mendahhului pasukan tuan rumah seawal minit kelapan hasil jaringan Jonny Evans melalui sepakan sudut. Selamg beberapa minit kemudian, kapten United, Patrick Evra menambah jaringan buat United hasil tandukannya juga melalui sepakan sudut.
United mempunyai beberapa deretan peluang untuk menambah gol, tapi penyudah yang kurang sempurna menggagalkan usaha United. Babak kedua lebih banyak dikuasai oleh pasukan tuan rumah yang terus mencari gol bagi merapatkan kedudukan namun pertahanan pasukan United kebal bertahan. Pada minit ke 70, berpunca dari hantaran Wanye Rooney, Tom Cleverly melakukan sepakan lencong dari jarak 25 meter yang terus menerjah ke gawang Newcaslte bagi menjarakkan lagi kedudukan. Tamat pelawanan menyaksikan United menewaskan Newcaslte dengan jaringan 3 - 0.
Ini merupakan kemenangan kedua United keatas Newcaslte selepas menang keatas pasukan sama pada perlawanan Piala Liga pusingan ketiga tempoh hari. Ini merupakan kemenangan yang penting buat United selepas Chelsea terus mencatatkan kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga. Man City juga berjaya mencatatkan kemenangan dengan Sunderland pada pertemuan sebelum itu. Dengan kemenangan keatas Newcaslte, United kini dikedudukan kedua liga bekongsi 15 mata dengan Man City dan dibezakan melalui perbezaan jaringan. Masuk minggu ke-7 saingan liga, pasukan-pasukan pilihan nampaknya terus menerajui kelompok teratas liga.
Berikut merupakan lain-lain keputusan dalam saingan EPL 2012/13 week 7.
Man City vs Sunderland : 3 - 0
Swansea vs Reading : 2 - 2
West Brom vs QPR : 3 - 2
Wigan vs Everton : 2 - 2
Chelsea vs Norwich : 4 - 1
West Ham vs Arsenal : 1 - 3
Southampthon vs Fulham : 2 - 2
Liverpool vs Stoke : 0 - 0
Tottenham vs Aston Villa : 2 - 0
28 Sep 2012
Perginya ' Raja Bola Malaysia '
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Hari ini, negara dikejutkan dengan berita Raja Bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Allahyarham berusia 77 tahun dan meninggalkan balu, Puan Sri Tuan Aishah Tuan Ibrahim dan empat anak.
Pada 1957, Allahyarham mula mewakili Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka. Uniknya, perlawanan itu berlangsung di Stadium Merdeka pada malam 30 Ogos 1957 sebelum berlangsungnya upacara kemerdekaan negara pada keesokan hari.Beraksi sebagai 'inside forward' yang licik dan lincah pada sekitar tahun 1960-an, permainan taktikalnya di depan gol sering menggerunkan pihak lawan.
Selain membawa Malaysia menjuarai kejohanan Pestabola Merdeka dari 1958 hingga 1960, Allahyarham pernah mengetuai skuad kebangsaan meraih pingat emas pada Sukan SEAP (kini Sukan SEA) 1961 di Rangoon (kini Yangoon, Myanmar) dan pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia. Penglibatan aktifnya dalam dunia bola sepak berakhir pada 1993 dengan menjadi jurulatih kepada skuad Piala Emas Raja-Raja bagi pasukan Selangor.
Al-fatihah buat Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-fatihah...
27 Sep 2012
Piala Liga 2012/2013 Round 3 - Man United vs Newcaslte 2 - 1
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Keputusan perlawanan Piala Liga pusingan ketiga awal pagi tadi memihak kepada United menewaskan Newcastle dengan jaringan 2-1. Selepas mencatatkan kemenangan keatas Liverpool dalam saingan liga tempoh hari, United meneruskan rentak kemenangan di Old Trafford dalam saingan Piala Liga pula.
United mendahului hasil jaringan Anderson pada minit ke-44 melalui sepakan kencang dari luar kotak penalti. Tom Cleverly menambah jaringan buat tuan rumah pada minit ke-58 untuk mendahului dengan 2-0. Selang beberapa minit kemudian, Papiss Cisse berjaya menjaringkan gol buat Newcaslte pada mint ke-62 bagi merapatkan kedudukan. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan bagi memastikan United ke pusingan seterusnya.
Penyerang United, Wanye Rooney juga kembali beraksi pada perlawanan awal pagi tadi selepas direhatkan selama 4 minggu akibat kecederaan. Melihatkan pada aksi malam tadi, Ferguson mengandingkan beberapa muka baru dan lama dalam barisan United dan strategi ini berjaya. Darren Feltcher yang kembali beraksi dalam kesebelasan utama menjadi watak penting United pada perlawanan awal pagi tadi. Aku lihat barisan pertahanan United dibarisi oleh pemain-pemain muda, mungkin ini merupakan salah satu pendedahan buat mereka dalam perlawanan kompetitif.
Dengan pasukan Man City yang tesingkir dari saingan Piala Liga selepas tumpas kepada Aston Villa 2-4, United berpeluang menjulang trofi pertama musim ini, namun United perlu berhati-hati kepada pasukan kecil yang mampu mencipta kejutan sebagaimana yang terjadi pada Everton yang tumpas kepada Leeds United.
Berikut merupakan lain-lain keputusan dalam saingan Piala Liga 2012/2013 pusingan ketiga yang berlangsung awal pagi tadi.
Arsenal vs Caventry : 6 - 1
Carlisle vs Tottenham : 0 - 3
QPR vs Reading : 2 - 3
Norwich vs Doncaster : 1 - 0
West Brom vs Liverpool : 1- 2
26 Sep 2012
Fletcher Kembali Beraksi Untuk United
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Awal pagi esok akan menyaksikan perlawanan pusingan ketiga Piala Liga antara pasukan favourite aku Manchester United turun melayan kunjungan Newcaslte United di Old Trafford. Aku mengharapkan yang United mampu layak ke pusingan seterusnya. Newcaslte bukanlah satu lawan yang cukup mudah buat United,tapi berbekalkan kemenangan keatas Liverpool tempoh hari, kemenangan mampu dicapai buat anak buah Sir Alex Ferguson ini.
Berita baiknya, pemain tengah United Darren Fletcher akan turun beraksi semula selepas berehat selama 10 bulan kerana masalah usus. Sebelum ini, Fletcher turun bermain sebagai pemain gantian ketika United beraksi dalam Uefa Champion League. Kini Fletcher akan turun dalam kesebelasan utama pasukan United. Bagi aku, Fletcher merupakan antara pemain tengah terbaik yang dimiliki United disamping Paul Scholes, Michael Carrick serta pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik sekarang.
Dengan kembalinya Fletcher dalam pasukan United, saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama United pasti sengit. Pemain muda seperti Tom Cleverly semakin menunjukkan peningkatan, diikuti pula dengan Nick Powell yang telah menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Wigan dalam saingan liga yang lalu. Aku lihat ini satu saingan yang baik buat United bagi memantapkan lagi pasukan bagi merangkul gelaran liga EPL yang ke-20 selepas terlepas ditangan Man City musim lalu menerusi perbezaan jaringan.
Bagi yang berkesempatan,bolehlah menontonnya di saluran Astro 817 jam 2.40 pagi.
Berikut antara perlawanan Piala Liga pusingan ketiga lain yang akan berlangsung awal pagi esok.
Arsenal vs Coventry City
Carlisle vs Tottenham Hotspurs
Norwich City vs Doncaster Rovers
QPR vs Reading
West Brom vs Liverpool
24 Sep 2012
Liverpool vs Manchester United 1-2
Pada permulaan perlawanan Luiz suarez nampaknya telah melupakan persengketaannya dengan Patrick Evra dan dilihat berjabat tangan selepas isu perkauman melanda kedua-dua pemain itu yang menyaksikan penyerang Liverpool itu dikenakan tindakan pengantungan lapan perlawanan pada musin lepas.
Kapten Liverpool, Steven Gerrard meletakkan pasukan tuan rumah dihadapan pada minit ke-45 dengan gol menarik di dalam kotak penalti United. Bagaimanapun masuk separuh masa kedua perlawanan, pemain pertahanan United, Rafael Da Silva menyamakan kedudukan dengan gol menarik menewaskan Pepe Reina digawang Liverpool. Gol kemenangan United dijaringkan oleh Robin Van Persie pada minit ke-81 melalui sepakan penalti selepas Antonio Valencia dijatuhkan di dalam kotak penalti Liverpool.
Dengan keputusan semalam, United kini ditangga kedua liga dengan 12 mata di belakanng Chelsea. Liverpool terus kekal ditangga bawahan liga dengan memungut dua mata hasil dari lima perlawanan.
p/s :- Kredit buat Arsenal yang berjaya ikat Manchester City 1-1, sekurang-kurangnya united dapat jarakkan mata dari kedua-dua team nie.
4 Sep 2012
Pembelian Robin van Persie Menampakkan Hasil
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Hujung minggu lalu menyaksikan pasukan Manchester United turun menentang Southampton dalam saingan liga perdana inggeris, EPL. Saingan liga yang masuk minggu ketiga melihatkan bos United, Sir Alex Ferguson membuat pembelian yang mula menampakkan hasil selepas Robin Van Persie, RVP meledakkan hatrik pertamanya bersama United. Dengan Rooney yang tidak dapat bermain selama 4 minggu akibat kecederaan ketika menentang Fulham pada saingan kedua liga, Van Persie dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang England itu.
Shinji Kagawa juga telah mencatatkan nama sebagai penjaring United. Aku harap pada tahun ini, United dapat merangkul gelaran juara liga buat kali ke 20. Melihatkan pada perlawanan United sebelum ini, aku lihat barisan pertahanan United cukup mudah dibolosi dengan kesilapan-kesilapan mudah. Selepas tiga perlawanan gawang United dibolosi lima kali. Aku rasa United perlu mantapkan lagi barisan pertahanan. Dengan muka-muka lama yang terus menjadi benteng United, Ferguson perlu mencari penganti Evra dan Vidic untuk jangka masa yang panjang.
Aku harap saingan liga EPL 2012/2013 akan lebih menarik berbanding tahun lalu yang menyaksikan hanya dua pasukan Manchester bersaing sesama sendiri. Dengan Chelsea yang setakat ini menerajui liga, Arsenal yang berjaya mencatat kemenangan pertama liga dan City yang kembali ke prestasi sebenar, saingan kali ini pasti lebih sengit dan mencabar. Glory Glory Man United!!
11 Ogo 2012
Bryan Nickson Lomas Gagal Ke Separuh Akhir Olimpik 2102
Memulakan saingan dengan baik selepas mencatatkan 81.60 mata, penerjun muda negara ini gagal mengekalkan rentak sehingga ke akhir saingan yang menyaksikan penerjun ini mencatatkan 434.95 mata selepas enam terjunan keseluruhan seterusnya gagal menempatkan diri dalam saingan separuh akhir Terjun 10M Platform.
Walaupun keputusan ini agak mengecewakan blogger theory, tetapi pujian harus juga diberikan kepada penerjun muda negara ini. Blogger theory berharap edisi Olimpik London 2012 ini akan memberikan satu pendedahan yang berguna buat atlet-atlet muda negara untuk mengharungi edisi Olimpik 2016 yang akan berlangsung di Rio, Brazil nanti. Apa-apapun sekalung tahniah buat wira-wira negara dari blogger theory.
Pandalela Raih Gangsa Olimpik London 2012
Semestinya ini yang ditunggu-tunggu oleh jutaan rakyat Malaysia untuk melihat pasukan kita menambah pingat di temasya sukan terbesar di dunia ini selepas Datuk Lee Chong Wei menghadiahkan pingat perak buat Malaysia. walaupun impian kita semua untuk melihat Malaysia memenangi pingat emas pertama tidak kesampaian, kita patut berbangga dengan pencapaian atlet yang bertanding di sukan Olimpik London kali ini. Kebanyakkan atlet Malaysia berjaya melepasi pusingan pertama setiap acara yang disertai. Blogger theory juga kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelumba basikat trek negara Azizul Asni Awang yang berjaya menempatkan diri dalam 10 kelompok pelumba terbaik dunia.
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Pandalela Renong dan juga seluruh atlet Malaysia yang memberikan saingan sengit di sukan Olimpik London 2012. Blogger theory juga mengharapkan kita dapat menambah satu lagi pingat menerusi Bryan Nickson Lomas dalam acara Terjun 10M Platform. Selamat berjuang buat pasukan Malaysia!!