Selamat datang ke blog Blogger Theory. Hujung minggu lalu menyaksikan pasukan Manchester United turun menentang Southampton dalam saingan liga perdana inggeris, EPL. Saingan liga yang masuk minggu ketiga melihatkan bos United, Sir Alex Ferguson membuat pembelian yang mula menampakkan hasil selepas Robin Van Persie, RVP meledakkan hatrik pertamanya bersama United. Dengan Rooney yang tidak dapat bermain selama 4 minggu akibat kecederaan ketika menentang Fulham pada saingan kedua liga, Van Persie dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang England itu.
Shinji Kagawa juga telah mencatatkan nama sebagai penjaring United. Aku harap pada tahun ini, United dapat merangkul gelaran juara liga buat kali ke 20. Melihatkan pada perlawanan United sebelum ini, aku lihat barisan pertahanan United cukup mudah dibolosi dengan kesilapan-kesilapan mudah. Selepas tiga perlawanan gawang United dibolosi lima kali. Aku rasa United perlu mantapkan lagi barisan pertahanan. Dengan muka-muka lama yang terus menjadi benteng United, Ferguson perlu mencari penganti Evra dan Vidic untuk jangka masa yang panjang.
Aku harap saingan liga EPL 2012/2013 akan lebih menarik berbanding tahun lalu yang menyaksikan hanya dua pasukan Manchester bersaing sesama sendiri. Dengan Chelsea yang setakat ini menerajui liga, Arsenal yang berjaya mencatat kemenangan pertama liga dan City yang kembali ke prestasi sebenar, saingan kali ini pasti lebih sengit dan mencabar. Glory Glory Man United!!
In Manchester United , Sukan