Selamat datang ke blog Blogger Theory. Hari ini merupakan tarikh keramat bagi negara kita, Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini negara kita masih lagi dapat mengekalkan keharmonian yang telah dipupuk sejak dahulu lagi. Moga keharmonian ini dapat kita kekalkan bersama.
Aku sebagai seorang di antara jutaan rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian yang kita perolehi. Sekarang kita sudah mampu menunjukkan pada dunia yang Malaysia bukanlah lagi sebuah negara kecil dan tidak dikenali. Dari sektor pelancongan, kita semakin mendapat tumpuan peancong dari seluruh dunia. Ini kerana kita merupakan antara negara yang paling selamat didunia. Dalam bidang sukan pula, sebut sahaja Datuk Lee Chong wei, Nicol Ann David, Azizulhasni Awang, Pandalela Renong, seluruh peminat sukan dunia mengenali atlet kita. Tahniah Malaysia!!!
Tema Janji Ditepati yang dipilih pada tahun ini membuktikan yang kerajaan Malaysia yang dipimpin Datuk seri Najib Tun Abd. Razak mendahulukan suara rakyat. Moga ianya dapat terus dikekalkan, bukan untuk kita, tetapi untuk anak-anak kita di kemudian hari. Peliharalah keharmonian ini agar ianya terus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Disini aku sertakan sekali video liku-liku negara kita mencapai kemerdekaan, hayatilah ianya sebaik mungkin agar kesejahteraan ini dapat terus dikekalkan. Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Ke 55 dari blogger theory. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
In Umum