24 Feb 2013

couch mode print story

QPR vs Manchester United EPL 2012/13

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dalam pertemuan dengan Real Madrid tempoh hari, barisan pemain United berjaya mengikat pasukan kendalian Jose Mourinho dengan jaringan 1 - 1 di Santiago Bernabeu. Gol di tempat lawan amat penting buat United sekiranya kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Old Trafford pada perlawanan timbal balik dalam saingan Liga Juara-Juara Eufa pada awal bulan Mac nanti, United akan mara ke suku akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.


United telahpun layak ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya mengatasi Reading 2 - 1 dilaman sendiri tempoh hari. Spekulasi mengatakan bahawa Cristiano Ronaldo akan kembali bersama United masih belum dipastikan, kita sama-sama tunggu dan nantikan berita terbaru. Dalam saingan liga minggu ke-27, United bertandang ke gelanggang QPR dengan misi menjarakkan jurang mata kepada 15 mata dengan pasukan ditangga kedua,  Manchester City yang akan turun menentang Chelsea di gelanggang The Blues.


Perlawanan yang berlangsung dalam cuaca sejuk sedikit pun tidak menjejaskan rentak United apabila mendahului perlawanan hasil jaringan cantik pemain pertahanan United, Rafael dari luar kotak penalti. Van Persie digantikan dengan Danny Welbeck di penghujung babak pertama selepas mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa keluar. Separuh masa kedua United terus menggandakan asakan dan hasilnya Ryan Giggs menambah jaringan untuk United selesa dihadapan dengan jaringan 2 - 0. Giggs hampir menambah jaringan kedua peribadi namum percubaanya hanya singgah di palang gol lawan. Kedudukan 2 - 0 kekal sehingga tamat permainan.

Dengan kekalahan ini, QPR semakin pasti akan turun ke divisyen 1 dengan gagal mencatatkan kemenangan selepas aksi buruk pasukan itu sejak saingan EPL bermula. United semestiunya mengharapkan pasukan kendalian Roberto Mancini tewas di tangan Chelsea untuk menjulang kejuaraan liga ke-20 buat kelab itu. 

Berikut merupakan lain-lain keputusan bagi saingan liga EPL 2012/13 minggu ke-27 :-

Fulham vs Stoke City : 1 - 0

Arsenal vs Aston Villa : 2 - 1

Reading vs Wigan : 0 - 3

West Brom vs Sunderland : 2 - 1

Norwich City vs Everton : 2 - 1