Memaparkan catatan dengan label Epl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Epl. Papar semua catatan

20 Jan 2014

couch mode print story

Aku Masih Manchester United

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Agak lama sebenarnya aku tak menulis entri berkaitan Manchester United di blog ini. Jika sebelum ini aku sentiasa update entri pada setiap perlawanan Manchester United, sejak kebelakangan ini keghairahan aku untuk menulis entri tentang Man. United ini boleh dikatakan berkurangan. 


Antara sebab-sebab aku malas nak update entri Man. United ialah :-

- Dulu dalam setiap entri yang ditulis, mesti Man. United menang je, jarang update entri tentang kekalahan team pilihan aku ini.

- Sejak David Moyes ambil alih United, aku tengok permainan Man. United agak merosot berbanding era Ferguson dulu.

- Sakit hati bila selalu nak update tentang kekalahan sahaja!

- Prestasi yang kurang menentu membuatkan aku malas nak ambil tahu sangat pasal team Man. United ini.

- Agak sukar tahun ini Man. United nak pertahankan gelaran lepas apa yang berlaku malam tadi. ( jangan tanya aku apa yang berlaku malam tadi, korang semua tahu kan? )

- Susah aku nak terima kekalahan sebab Man. United yang aku kenal memang susah ditewaskan.

Apa yang aku nampak, tahun ini Man. United memang berada diluar prestasi terbaik mereka. Memang nampak ketara selepas Ferguson bersara, kerana aku mengenali Man. United dari mula Ferguson ambil alih Man. United pada tahun 1987. Aku membesar dalam era Ferguson sampailah dia bersara, dari zaman Beckham budak lagi, dari jersi nombor 24, 10, sampailah Beckham dapat pakai jersi nombor 7, semuanya aku ikuti.

Sekarang, Manchester United dalam pasukan yang berbeza, dan aku harap Manchester United akan terus kekal bersaing dalam perebutan ke Liga Juara-Juara Eropah tahun depan. Dan sekarang pun mereka masih lagi dalam saingan Liga Juara-Juara, pastikan tahun ini milik Manchester united.

Dah berubah sokongan? tak mungkin aku berubah, aku tetap menyokong Manchester United, cuma tahun ini MUNGKIN bukan milik Manchester United, tak mengapa. Bila dah macam ini baru kita tahu siapa penyokong yang setia dengan Manchester United. Old Trafford masih lagi penuh dengan penyokong setia mereka, jadi peminat mereka tetap mengharapkan yang terbaik buat Manchester United.

Jadi, pada fan-fan United, teruskan sokongan korang, langit tak selalunya cerah, kan?? hehehe....

sila cemburu dengan rekod United, hahaha....






p/s: jangan seronok sangat ye team-team lain tu...hehehe.....

27 Ogo 2013

couch mode print story

Manchester United vs Chelsea EPL 2013/14

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Awal pagi tadi, Manchester United yang dipimpin pengendali baru David Moyes, turun melayan kunjungan pasukan Chelsea yang kembali mendapatkan khidmat jurulatih yang mendapat jolokan "The Special one" Jose Mourinho. Ini merupakan perlawanan kedua liga buat barisan pemain United selepas mempamerkan aksi meyakinkan pada perlawanan pembukaan liga dengan menumpaskan Swansea 4-1.

David Moyes dan Jose Mourinho pengendali baru bagi kedua-dua pasukan

United dilihat masih lagi meletakkan pemain-pemain senior mereka untuk musim 2013/2014 walaupun melakukan beberapa pembelian kecil sebelum pintu perpindahan pemain ditutup. Dengan Van Persie yang sudah meledak empat gol termasuk dua gol dalam saingan Carling Cup, aku harap pemain ini akan terus meningkat dan terus menggegarkan jaring lawan.

Bagi aku, aksi pada awal pagi tadi agak meyakinkan dengan kawalan bola yang baik dari pihak United, cuma ada beberapa hantaran yang masih lagi perlu diperbaiki terutamanya dari pemain muda seperti Danny Welbeck dan juga Tom Cleverly. Aksi yang tunjukkan oleh Wayne Rooney juga dilihat berada pada prestasi terbaik walaupun ura-ura perpindahan pemain itu ke Chelsea hangat diperkatakan.

Aksi Wayne Rooney dan juga Eden Hazard

Nampaknya saingan pada musim ini lebih terbuka kepada semua pasukan, bukan hanya pasukan yang berada di tangga empat teratas sahaja, dengan Cardiff yang melakukan kejutan selepas menumpaskan Man. City, pasukan ini harus diberikan tumpuan kerana pasukan kecil ini selalunya mendatangkan masalah kepada pasukan-pasukan besar.

Keputusan pada awal pagi tadi berkesudahan dengan seri tanpa jaringan. Berikut merupakan keputusan bagi saingan liga EPL 2013/14 minggu kedua:-


Manchester United vs Chelsea : 0 – 0

Stoke City vs Crystale Palace : 2 – 1

Newcastle vs West Ham : 0 – 0

Southampton vs Sunderland : 0 – 1

Everton vs West Brom : 0 – 0

Hull City vs Norwich City : 1 – 0

Aston Villa vs Liverpool : 0 – 1

Cardiff City vs Machester City : 3 – 2

Tottenham vs Swansea : 1 – 0

23 Apr 2013

couch mode print story

Manchester United vs Aston Villa EPL 2012/13

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dengan kekalahan Manchester City ditangan Spurs dalam saingan liga tempoh hari, United mampu menjulang awal kejuaraan BPL 2012/13 ketika turun menentang Aston Villa di Old Trafford sekiranya pasukan kendalian Sir Alex Ferguson ini berjaya menewaskan Aston Villa.

Manchester United's Robin van Persie, right, scores his third goal past Aston Villa's goalkeeper Brad Guzan, centre, during their English Premier League soccer match at Old Trafford Stadium, Manchester, England, Monday April 22, 2013. (Jon Super/AP)

Dalam perlawanan awal pagi tadi, United turun dengan harapan yang tinggi bagi menjulang kejuaraan EPL 2012/13 untuk kali ke-20 buat Manchester United. Dengan sokongan padu dari penyokong, United tidak menunggu lama apabila mendahului lawan pada minit ke-3 permainan hasil jaringan Robin Van Persie selepas menyudahkan hantaran silang Ryan Giggs. 


Robin Van Persie terus menjadi watak utama United untuk menjulang gelaran ke-20 apabila dia sekali lagi menjaringkan gol hasil sepakan vollie cantik dari luar kotak penalti Aston Villa melalui hantaran jauh Wayne Rooney. Aston Villa sesekali melancarkan serangan berbahaya ke gawang United namun nasib tidak menyebelahi mereka sebaliknya, melalui satu serangan balas, Ryan Giggs sekali lagi melorongkan bola kepada Robin Van Persie untuk meletakkan United selesa 3 - 0 dihadapan pada separuh masa pertama.


Separuh masa kedua, Aston Villa cuba untuk merapatkan jurang namun digagalkan oleh barisan pertahanan United yang ampuh bertahan. Beberapa deretan peluang yang dimiliki United gagal disudahkan oleh mereka. Tamat perlawanan menyaksikan United menumpaskan Aston Villa dengan jaringan 3 - 0.


Dengan kemenangan ini, United secara sahnya menjulang kejuaraan liga EPL buat kali ke-20. Berikut merupakan lain-lain keputusan bagi saingan liga EPL 2012/13 minggu ke-34 :-

Liverpool vs Chelsea : 2 - 2

Spurs vs Man City : 3 - 1

Fulham vs Arsenal : 0 - 1

Norwich vs Reading : 2 - 1

QPR vs Stoke : 0 - 2

Sunderland vs Everton : 1 - 0

Swansea vs Southampton : 0 - 0

West Brom vs Newcaslte : 1 - 1

West Ham vs Wigan : 2 - 0

24 Feb 2013

couch mode print story

QPR vs Manchester United EPL 2012/13

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dalam pertemuan dengan Real Madrid tempoh hari, barisan pemain United berjaya mengikat pasukan kendalian Jose Mourinho dengan jaringan 1 - 1 di Santiago Bernabeu. Gol di tempat lawan amat penting buat United sekiranya kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Old Trafford pada perlawanan timbal balik dalam saingan Liga Juara-Juara Eufa pada awal bulan Mac nanti, United akan mara ke suku akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.


United telahpun layak ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya mengatasi Reading 2 - 1 dilaman sendiri tempoh hari. Spekulasi mengatakan bahawa Cristiano Ronaldo akan kembali bersama United masih belum dipastikan, kita sama-sama tunggu dan nantikan berita terbaru. Dalam saingan liga minggu ke-27, United bertandang ke gelanggang QPR dengan misi menjarakkan jurang mata kepada 15 mata dengan pasukan ditangga kedua,  Manchester City yang akan turun menentang Chelsea di gelanggang The Blues.


Perlawanan yang berlangsung dalam cuaca sejuk sedikit pun tidak menjejaskan rentak United apabila mendahului perlawanan hasil jaringan cantik pemain pertahanan United, Rafael dari luar kotak penalti. Van Persie digantikan dengan Danny Welbeck di penghujung babak pertama selepas mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa keluar. Separuh masa kedua United terus menggandakan asakan dan hasilnya Ryan Giggs menambah jaringan untuk United selesa dihadapan dengan jaringan 2 - 0. Giggs hampir menambah jaringan kedua peribadi namum percubaanya hanya singgah di palang gol lawan. Kedudukan 2 - 0 kekal sehingga tamat permainan.

Dengan kekalahan ini, QPR semakin pasti akan turun ke divisyen 1 dengan gagal mencatatkan kemenangan selepas aksi buruk pasukan itu sejak saingan EPL bermula. United semestiunya mengharapkan pasukan kendalian Roberto Mancini tewas di tangan Chelsea untuk menjulang kejuaraan liga ke-20 buat kelab itu. 

Berikut merupakan lain-lain keputusan bagi saingan liga EPL 2012/13 minggu ke-27 :-

Fulham vs Stoke City : 1 - 0

Arsenal vs Aston Villa : 2 - 1

Reading vs Wigan : 0 - 3

West Brom vs Sunderland : 2 - 1

Norwich City vs Everton : 2 - 1

21 Jan 2013

couch mode print story

Tottenham vs Manchester United EPL 2012/13

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Selepas berjaya mengekalkan rentak kemenangan dalam setiap saingan, United turun menentang Tottenham dengan misi membalas dendam apabila tewas 2 - 3 di Old Trafford dalam saingan liga yang lalu.

Darren Fletcher yang bergelut dengan masalah usus nampaknya tidak akan bermain sehingga penghujung musim ini, namun barisan tengah United masih lagi memiliki beberapa pilihan pemain. Di bahagian serangan pula, sehingga kini Robin Van Persie sudah menjaringkan 10 gol dalam 10 perlawanan terakhir liga. Satu persembahan yang diluar jangkaan para penyokong United.

EPL, Tottenham Hotspur v Manchester United, Robin van Persie

Dalam perlawanan menentang Tottenham malam tadi, perlawanan lebih banyak dikuasai pasukan tuan rumah dengan melakukan beberapa percubaan di depan pintu go united, namun ketangkasan De Gea berjaya menafikan setiap percuabaaan mereka. Berpunca dari satu serangan balas, hantaran silang Cleverly dari sebelah kiri pasukan lawan berjaya ditanduk masuk oleh Van Persie untuk meletakkan United di hadapan pada minit ke-25. 

Clint Dempsey

Selepas jaringan itu, Tottenham semakin mengandakan serangan namun pertahanan United kekal bertahan sehinggalah pada minit ke-92 mansa tambahan, Clint Dempsey berjaya menjaringkan gol melalui percubaan didalam kotak penalti United untuk menafikan kemenangan United. Kedudukan kekal 1 - 1 sehingga tamat perlawanan.

Aku berkesempatan menyaksikan perlawanan malam tadi dan aku rasa United tidak berada dalam prestasi terbaik mereka. Mungkin perlawanan yang berlangsung dalam cuaca sejuk dan besalji sedikit sebanyak menggangu rentak permainan mereka. Nampaknya Van Persie semakin serasi bersama United apabila terus menghasilkan jaringan buat pasukan United. Aku harap saingan liga kali ini akan berpihak kepada United walaupun jurang mata dengan juara bertahan Man City menurun kepada lima mata. 

Berikut merupakan lain-lain keputusan dalam saingan EPL 2012/13 minggu ke-23 :-

Liverpool vs Norwich : 5 - 0

West Ham vs QPR : 1 - 1

Manchester City vs Fulham : 2 - 0

Swansea vs Stoke : 3 - 0

Newcastle vs Reading : 1 - 2

Wigan vs Sunderland : 2 - 3

WBA vs Aston Villa : 2 - 2

Chelsea vs Arsenal : 2 - 1


14 Jan 2013

couch mode print story

Manchester United vs Liverpool EPL 2012/13


Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Melihatkan aksi pasukan United pada pertemuan dengan West Ham United dalam saingan piala FA tempoh hari, aku mengharapkan yang United akan lebih memperkemaskan lagi aksi terutamanya di bahagian pertahanan yang aku rasa agak goyah dalam saingan EPL musim ini.

Dalam aksi yang masuk minggu ke-22 malam tadi United yang mendahului liga dengan kelebihan tujuh mata di depan juara bertahan Manchester City, turun melayan kunjungan Liverpool yang bergelut dalam kelompok pertengahan liga musim ini. United yang mengharapkan ketajaman penyerang yang baru dimilikinya Robin Van Persie diharap mampu mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.


Van Persie setakat ini telah menjaringkan 19 gol dalam 20 perlawanan bersama United dan pada perlawanan malam tadi penyerang Belanda itu sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang lawan apabila sekali lagi membantu United mencatat kemenangan ke atas Liverpool. Gol Van Persie hadir pada minit ke-19 melalui hantaran leret Patrick Evra. Kedudukan 1 - 0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


Bermula separuh masa kedua, United terus memburu jaringan dan hasilnya ada minit ke-55 berpunca dari sepakan percuma Van Persie, Patrick Evra melakukan tandukan yag terkena Vidic lalu masuk menerjah gawang Liverpool untuk United mendahului 2 - 0. Daniel Sturridge merapatkan kedudukan buat Liverpool apabila menolak masuk bola yang ditepis keluar oleh De Gea melalui percubaan awal kapten Liverpool Steven Gerrad apda minit ke-57.

Liverpool cuba mencari jaringan penyamaan bagi membolehkan mereka sekurang-kurangya membawa pulang satu mata dari Old traffird namun pertahanan United kental bertahan. Tamat perlawanan menyaksikan United berjaya menewaskan Liverpool dengan jaringan 2 -1.

Berikut merupakan lain-lain keputusan dalam saingan EPL 2012/13 minggu ke-22 :-

QPR vs Tottenham : 0 – 0

Aston Villa vs Shouthampton : 0 – 1

Reading vs West Brom : 3 – 2

Norwich vs Newcastle : 0 – 0

Fulham vs Wigan : 1 – 1

Sunderland vs West Ham : 3 – 0

Everton vs Swansea : 0 – 0

Stoke vs Chelsea : 0 – 4

Arsenal vs Manchester City : 2 – 0


24 Dis 2012

couch mode print story

Swansea City vs Manchester United EPL 2012/13


Selamat datang ke blog Blogger Theory. Awal malam tadi menyaksikan perlawanan EPL minggu ke-18 di antara pasukan yang baru naik ke liga perdana, Swansea City bertemu Manchester United di gelanggang sendiri.

Dengan United menurunkan barisan terkuatnya, Patrick Evra berjaya meletakkan United dihadapan pada minit ke-16 hasil tandukan dari sepakan sudut Robin Van Persie. Swansea yang mencatakan permulaan memberangsangkan dalam saingan liga perdana musim ini terus mengasak kubu United dan hasilnya pada minit ke-29, Swansea berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil dari percubaan awal De Guzman yang berjaya ditepis oleh De Gea dan mudah ditolak masuk oleh Michu.


Separuh masa kedua menyaksikan United lebih banyak menguasai permainan namun gagal mencari gol kemenangan apabila percubaan Michael Carrick dan Robin Van Persie hanya singgah di palang gol. Kedudukan 1 - 1 kekal sehingga ke wisel penamat.

Melihatkan aksi United malam tadi, aku rasa mereka mempunyai peluang untuk mencatatkan kemenangan, namun penyudah yang kurang baik mengagalkan hasrat mereka. Wayne Rooney gagal memberikan aksi terbaiknya malam tadi dengan beberapa hantaran yang kurang kemas. Dengan keputusan seri semalam, United kini hanya empat mata dihadapan juara bertahan, Manchester City yang berjaya menewaskan Reading hasil jaringan lewat oleh Gareth Barry.

Berikut merupakan lain-lain keputusan saingan EPL 2012/13 minggu ke-18:-

West Ham vs Everton : 1 - 2

Southampton vs Sunderland : 0 - 1

West Brom vs Norwich : 2 - 1

Manchester City vs Reading : 1 - 0

Newcastle vs QPR : 1 - 0

Tottenham vs Stoke : 0 - 0

Liverpool vs Fulham : 4 - 0

Chelsea vs Aston Villa : 8 - 0


-->








29 Okt 2012

couch mode print story

Chelsea vs Man United EPL 2012/13

Topsy-turvy: Robin van Persie (centre) had helped United to a two-goal lead early in the match

Selamat datang ke blog Blogger Theory. Lewat malam tadi menyaksikan pasukan pilihan aku Man United berjaya menewaskan pendahulu liga, Chelsea. Sememangnya ini merupakan kemenangan yang penting buat United bagi merapatkan jurang mata dengan Chelsea.

Van Persie membuktikan dirinya sebagai seorang penyerang yang bertaraf dunia apabila percubaanya berjaya meletakkan United didepan seawal minit ke-4. RvP sekali lagi meletakkan United selesa dihadapan apabila percubaanya menerjah gawang gol Chelsea pada minit ke-12 hasil hantaran silang Antonio Valencia. 

Juan Mata merapatkan kedudukan pada minit ke-44 melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti. Bermula separuh masa kedua, Chelsea terus mengasak kubu United dan hasilnya, pada minit ke-53, tandukan Ramires berjaya menewaskan De Gea untuk kedudukan 2-2. 

Seeing red: Chelsea defender Branislav Ivanovic (second left) was also sent off by referee Clattenburg

Minit ke-62, Ivanovic dlayangkan kad merah selepas mengasari Ashley Young. Selang beberapa minit kemudian, Torres pula diperintah keluar padang apabila tindakannya menjatuhkan badan secara sengaja memakan diri apabila mengutip kad kuning kedua.

More controversy: Javier Hernandez (right) grabbed United's winner from an offside position

Hernandez yang masuk mengantikan Wayne Rooney muncul wira United selepas tampanannya pada minit ke-75 menerjah gawang Chelsea. Tamat perlawanan menyaksikan United menewaskan Chelsea dengan jaringan 3 - 2.

Berikut merupakan lain-lain keputusan perlawanan liga minggu ke-9:-


Stoke vs Sunderland : 0 - 0

Aston Villa vs Norwich : 1 - 1

Arsenal vs QPR : 1 - 0

Reading vs Fulham : 3 - 3

Wigan vs West Ham : 2 - 1

Manchester City vs Swansea : 1 - 0

Everton vs Liverpool : 2 - 2

Newcastle vs West Brown : 2 - 1

Southampton vs Tottenham : 1 - 2



23 Okt 2012

couch mode print story

Man United vs Stoke city EPL 2012/13

Wayne Rooney

Selamat datang ke blog Blogger Theory. Saingan Epl pada minggu lalu menyaksikan pasukan kendalian Sir Alex Ferguson berjaya mencatatkan kemenangan di Old Trafford ke atas pasukan pertengahan liga, Stoke City dengan jaringan 4-2.

Wanye Rooney menjaringkan dua gol untuk United selepas kesilapannya didalam kotak penalti sendiri memberikan Stoke City gol awal permainan. Van Persie terus menghasilkan jaringan buat United sebelum tamat separuh masa kedua. Danny Welbeck menambah kelebihan buat pasukan tuan rumah dengan jaringan pada minit ke-46 sebaik sahaja berrmula babak kedua perlawanan. Keputusan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini, aku harap United akan terus mempamerkan aksi terbaik mereka apabila bertemu Braga dalam saingan Uefa Champion League awal pagi nanti. Dengan Rooney yang kembali menghasilkan jaringan buat United, ditambah pula ketajaman Van Persie aku yakin tahun ini United mampu menjadi juara dalam semua saingan


8 Okt 2012

couch mode print story

Newcaslte vs Man United EPL 2012/13

Newcastle United v Manchester United

Selamat datang ke blog Blogger Theory. Pada perlawanan lewat malam tadi, Man United meneruskan tekanan ke atas pasukan Chelsea selepas menumpaskan Newcaslte 3 - 0 di gelanggang lawan. Melihatkan perlawanan pada malam tadi, United bermula garang dengan mendahhului pasukan tuan rumah seawal minit kelapan hasil jaringan Jonny Evans melalui sepakan sudut. Selamg beberapa minit kemudian, kapten United, Patrick Evra menambah jaringan buat United hasil tandukannya juga melalui sepakan sudut.

United mempunyai beberapa deretan peluang untuk menambah gol, tapi penyudah yang kurang sempurna menggagalkan usaha United. Babak kedua lebih banyak dikuasai oleh pasukan tuan rumah yang terus mencari gol bagi merapatkan kedudukan namun pertahanan pasukan United kebal bertahan. Pada minit ke 70, berpunca dari hantaran Wanye Rooney, Tom Cleverly melakukan sepakan lencong dari jarak 25 meter yang terus menerjah ke gawang Newcaslte bagi menjarakkan lagi kedudukan. Tamat pelawanan menyaksikan United menewaskan Newcaslte dengan jaringan 3 - 0.

Ini merupakan kemenangan kedua United keatas Newcaslte selepas menang keatas pasukan sama pada perlawanan Piala Liga pusingan ketiga tempoh hari. Ini merupakan kemenangan yang penting buat United selepas Chelsea terus mencatatkan kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga. Man City juga berjaya mencatatkan kemenangan dengan Sunderland pada pertemuan sebelum itu. Dengan kemenangan keatas Newcaslte, United kini dikedudukan kedua liga bekongsi 15 mata dengan Man City dan dibezakan melalui perbezaan jaringan. Masuk minggu ke-7 saingan liga, pasukan-pasukan pilihan nampaknya terus menerajui kelompok teratas liga.

Berikut merupakan lain-lain keputusan dalam saingan EPL 2012/13 week 7.

Man City vs Sunderland : 3 - 0

Swansea vs Reading : 2 - 2

West Brom vs QPR : 3 - 2

Wigan vs Everton : 2 - 2

Chelsea vs Norwich : 4 - 1

West Ham vs Arsenal : 1 - 3

Southampthon vs Fulham : 2 - 2

Liverpool vs Stoke : 0 - 0

Tottenham vs Aston Villa : 2 - 0


26 Sep 2012

couch mode print story

Fletcher Kembali Beraksi Untuk United


Selamat datang ke blog Blogger Theory. Awal pagi esok akan menyaksikan perlawanan pusingan ketiga Piala Liga antara pasukan favourite aku Manchester United turun melayan kunjungan Newcaslte United di Old Trafford. Aku mengharapkan yang United mampu layak ke pusingan seterusnya. Newcaslte bukanlah satu lawan yang cukup mudah buat United,tapi berbekalkan kemenangan keatas Liverpool tempoh hari, kemenangan mampu dicapai buat anak buah Sir Alex Ferguson ini.

Berita baiknya, pemain tengah United Darren Fletcher akan turun beraksi semula selepas berehat selama 10 bulan kerana masalah usus. Sebelum ini, Fletcher turun bermain sebagai pemain gantian ketika United beraksi dalam Uefa Champion League. Kini Fletcher akan turun dalam kesebelasan utama pasukan United. Bagi aku, Fletcher merupakan antara pemain tengah terbaik yang dimiliki United disamping Paul Scholes, Michael Carrick serta pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik sekarang.

Dengan kembalinya Fletcher dalam pasukan United, saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama United pasti sengit. Pemain muda seperti Tom Cleverly semakin menunjukkan peningkatan, diikuti pula dengan Nick Powell yang telah menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Wigan dalam saingan liga yang lalu. Aku lihat ini satu saingan yang baik buat United bagi memantapkan lagi pasukan bagi merangkul gelaran liga EPL yang ke-20 selepas terlepas ditangan Man City musim lalu menerusi perbezaan jaringan. 

Bagi yang berkesempatan,bolehlah menontonnya di saluran Astro 817 jam 2.40 pagi.

Berikut antara perlawanan Piala Liga pusingan ketiga lain yang akan berlangsung awal pagi esok.

Arsenal vs Coventry City

Carlisle vs Tottenham Hotspurs

Norwich City vs Doncaster Rovers

QPR vs Reading

West Brom vs Liverpool


24 Sep 2012

couch mode print story

Liverpool vs Manchester United 1-2

Liverpool v Manchester United

Selamat datang ke blog Blogger Theory. Malam tadi menyaksikan perlawanan EPL minggu ke-5 di antara Liverpool menentang Manchester United yang mana perlawanan berkesudahan memihak kepada pasukan United 2-1. Perlawanan dimulakan dengan upacara memperingati Tragedi Hillsborough yang mengorbankan 96 penonton pada 1989.


Pada permulaan perlawanan Luiz suarez nampaknya telah melupakan persengketaannya dengan Patrick Evra dan dilihat berjabat tangan selepas isu perkauman melanda kedua-dua pemain itu yang menyaksikan penyerang Liverpool itu dikenakan tindakan pengantungan lapan perlawanan pada musin lepas. 


Kapten Liverpool, Steven Gerrard meletakkan pasukan tuan rumah dihadapan pada minit ke-45 dengan gol menarik di dalam kotak penalti United. Bagaimanapun masuk separuh masa kedua perlawanan, pemain pertahanan United, Rafael Da Silva menyamakan kedudukan dengan gol menarik menewaskan Pepe Reina digawang Liverpool. Gol kemenangan United dijaringkan oleh Robin Van Persie pada minit ke-81 melalui sepakan penalti selepas Antonio Valencia dijatuhkan di dalam kotak penalti Liverpool. 

Dengan keputusan semalam, United kini ditangga kedua liga dengan 12 mata di belakanng Chelsea. Liverpool terus kekal ditangga bawahan liga dengan memungut dua mata hasil dari lima perlawanan. 



p/s :- Kredit buat Arsenal yang berjaya ikat Manchester City 1-1, sekurang-kurangnya united dapat jarakkan mata dari kedua-dua team nie.