14 Jan 2013

couch mode print story

Manchester United vs Liverpool EPL 2012/13


Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Melihatkan aksi pasukan United pada pertemuan dengan West Ham United dalam saingan piala FA tempoh hari, aku mengharapkan yang United akan lebih memperkemaskan lagi aksi terutamanya di bahagian pertahanan yang aku rasa agak goyah dalam saingan EPL musim ini.

Dalam aksi yang masuk minggu ke-22 malam tadi United yang mendahului liga dengan kelebihan tujuh mata di depan juara bertahan Manchester City, turun melayan kunjungan Liverpool yang bergelut dalam kelompok pertengahan liga musim ini. United yang mengharapkan ketajaman penyerang yang baru dimilikinya Robin Van Persie diharap mampu mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.


Van Persie setakat ini telah menjaringkan 19 gol dalam 20 perlawanan bersama United dan pada perlawanan malam tadi penyerang Belanda itu sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang lawan apabila sekali lagi membantu United mencatat kemenangan ke atas Liverpool. Gol Van Persie hadir pada minit ke-19 melalui hantaran leret Patrick Evra. Kedudukan 1 - 0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


Bermula separuh masa kedua, United terus memburu jaringan dan hasilnya ada minit ke-55 berpunca dari sepakan percuma Van Persie, Patrick Evra melakukan tandukan yag terkena Vidic lalu masuk menerjah gawang Liverpool untuk United mendahului 2 - 0. Daniel Sturridge merapatkan kedudukan buat Liverpool apabila menolak masuk bola yang ditepis keluar oleh De Gea melalui percubaan awal kapten Liverpool Steven Gerrad apda minit ke-57.

Liverpool cuba mencari jaringan penyamaan bagi membolehkan mereka sekurang-kurangya membawa pulang satu mata dari Old traffird namun pertahanan United kental bertahan. Tamat perlawanan menyaksikan United berjaya menewaskan Liverpool dengan jaringan 2 -1.

Berikut merupakan lain-lain keputusan dalam saingan EPL 2012/13 minggu ke-22 :-

QPR vs Tottenham : 0 – 0

Aston Villa vs Shouthampton : 0 – 1

Reading vs West Brom : 3 – 2

Norwich vs Newcastle : 0 – 0

Fulham vs Wigan : 1 – 1

Sunderland vs West Ham : 3 – 0

Everton vs Swansea : 0 – 0

Stoke vs Chelsea : 0 – 4

Arsenal vs Manchester City : 2 – 0