14 Jan 2013

couch mode print story

Memohon Akaun Adsense Tidaklah Sesukar Mana

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sehingga kini masih ramai lagi blogger yang mencuba untuk mendapatkan akaun Adsense yang mana program ini dimiliki sepenuhnya oleh pihak Google, rangkaian carian enjin terbesar dunia. 


Namun, hanya sesetengahnya sahaja yang berjaya mendapatkan akaun adsense dan selebihnya masih lagi tidak berjaya. Apakah program ini begitu sukar buat blogger-blogger untuk menyertainya? Bagi aku, untuk menyertai program adsense ini tidak sesukar mana dengan syarat blog yang kita gunakan untuk memohon akaun adsense mestilah menepati segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Google Adsense.

Untuk pengetahuan anda semua, aku telah bersama program Adsense selama hampir tiga tahun. Dan sepanjang aku menyertainya aku hanya berjaya mendapat bayaran sekali sahaja dari mereka kerana syarat untuk pengeluaran adalah pendapatan kita mesti minimum $100. Ketika itu aku hanya menumpukan kepada blog niche sahaja, dan yang paling seronoknya sekali, aku membuat permohonan sekali sahaja dari pihak adsense dan terus diterima oleh mereka. 

Apa rahsianya? bagi aku tiada apa yang rahsia sangat, aku hanya mengikut segala panduan-panduan yang diberikan oleh blogger-blogger lain untuk memohon akaun adsense. Aku mengambil masa sebulan untuk mematangkan blog sebelum memohon akaun adsense. Jadi bagi aku, ianya tidak sesukar mana untuk anda memiliki akaun adsense.

Baiklah disini, aku senaraikan beberapa panduan dan tips yang boleh anda praktikkan sebelum memohon akaun adsense.

  1. Bina sebuah blog berbahasa Inggeris yang berkisarkan tentang sesuatu niche, contohnya blog yang berkisarkan tentang topik kesihatan dan kecantikan wanita.
  2. Update blog sekurang-kurangnya lima kali seminggu dengan menulis satu entri setiap hari. Elakkan menulis terlalu banyak entri dalam sehari kerana ianya akan menjejaskan keaslian blog tersebut.
  3. Pastikan entri blog tidak di copy paste dari blog orang lain sepenuhnya. Olah sedikit isi entri tersebut agar tidak disenaraikan oleh enjin carian sebagai blog duplicate.
  4. Jangan masukkan sebarang iklan dari program lain dahulu ke dalam blog niche tersebut sebelum memohon akaun adsense.
  5. Pastikan entri yang ditulis tidak kurang daripada 20 entri dengan satu hari setiap entri. Kemaskan blog anda agar mudah di index oleh enjin carian Google.
  6. Selepas itu, barulah anda memohon akaun adsense dari pihak Google.
Jika tidak berjaya untuk kali pertama, tidak mengapa, teruskan menulis entri ke blog tersebut dan kemudian cuba semula memohon akaun adsense. InyaAllah, setiap usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil. Jangan sesekali mudah berputus asa.

Aku harap info ini sedikit sebanyak mampu membantu anda menjana pendapatan dari program Adsense. Jika ada di antara anda yang berjaya mendapatkan akaun adsense dengan mempraktikkan tips-tips yang aku berikan di atas tadi, sudi-sudikanlah berkongsi cerita anda bersama pembaca blog Bicara Blogger.

-->








1 ulasan :

  1. Anda berjaya dpt iklan drp google adsense itu sesuatu yg sukar utk diperolehi,semoga bro bertambah berjaya.

    BalasPadam