16 Jan 2013

couch mode print story

Jangan Hanya Harapkan Adsense Sahaja

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sehingga ke hari ini, pihak Google Adsense masih lagi tidak menerima blog di dalam bahasa melayu untuk pendaftaran program Adsense mereka. Aku kurang pasti kenapa mereka masih belum boleh menerima lagi blog bahasa melayu. Berbeza pula dengan negara jiran kita Indonesia yang mana pihak Google Adsense menerima blog di dalam bahasa mereka. Ada beza ke??


Ramai blogger-blogger kita yang kurang puas hati dengan Google Adsense ini terutama blogger ini yang memang cukup marah dengan adsense ini. Entahlah, aku tak tahu macam mana caranya nak pujuk pihak Google adsense supaya menerima blog dalam bahasa melayu. Tunggu sahajalah sehingga pihak mereka mengumumkan berita baik ini.

Aku pasti ramai yang ingin buat duit dengan adsense ini lebih-lebih lagi blog yang mempunyai traffik yang tinggi setiap hari, memang seronok. Pernah sekali salah satu blog aku berjaya menghasilkan klik dengan nilai $ 3.96 untuk satu klik. Satu jumlah yang besar bagi aku. Aku kurang pasti keyword apa yang aku gunakan dalam iklan adsense itu. Salah aku juga sebab malas nak buat list channels pada setiap iklan adsense aku. Rugi juga rasanya, bukan senang nak dapat jumlah macam itu dengan hanya satu klik.

Bagi yang masih belum memiliki akaun adsense lagi, teruskan mencuba mana tahu boleh lepas. Jika masih tidak berjaya juga apa kata anda semua sertai program lain yang hampir sama dengan adsense seperti:-

- Salah satu program Pay Per Click yang terbaik selain adsense dan dipercayai oleh blogger-blogger seluruh dunia. Program yang berasal dari India ini hanya memerlukan jumlah minimum $10 sahaja dalam akaun untuk setiap pengeluaran melalui Paypal.

- Program Pay Per Click yang seakan-akan sama dengan Adsense dan bentuk iklanya juga hampir sama.

- Sebuah lagi program yang seakan akan sama dengan yang dia atas. Minimum pengeluaran adalah $10 sahaja melalui Paypal.

Banyak lagi sebenarnya program yang anda boleh sertai untuk buat duit dari blog ini. Dari program pay per click sampailah ke program pay per post, semuanya ada permintaan di dalam dunia blogging ini. Cuma yang penting usaha kita dalam menghasilkan sesuatu sehingga berjaya. 

Untuk entri yang akan datang, aku akan cuba senaraikan program-program buat duit dari blog yang lain pula. Mungkin ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menghasilkan pendapatan dari blog.

-->