14 Feb 2013

couch mode print story

Real Madrid vs Manchester United Liga Juara-Juara Eufa 2012/13

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dengan kemenangan ke atas Everton dalam saingan liga tempoh hari, United kini semakin menjarakkan jurang mata kepada 12 mata dengan juara bertahan Manchester City yang tewas mengejut kepada pasukan Southampton di gelanggang lawan. Dengan kelebihan ini, aku harap United dapat mengekalkan aksi sehingga ke penghujung musim.


Pusingan kedua Liga Juara-Juara Eufa, United diundi bertemu dengan pasukan Real Madrid yang mana Christiano Ronaldo akan bertemu kembali dengan pasukan lamanya buat pertama kali dalam tempoh enam tahun selepas memecahkan rekod perpindahan pemain dengan nilai $80 juta. United bertandang ke Santiago Barnebau dengan harapan mampu mencuri sekurang-kurangnya satu mata di gelanggang lawan pada aksi pertama kedua-dua pasukan. 


Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi-aksi menarik dalam mencari jaringan, namum United terlebih dahulu dihadapan melalui jaringan Danny Welbeck berpunca dari satu sepakan sudut yang dimiliki United pada minit ke-20. Real Madrid terus mengasak kubu pertahanan United dan hasilnya pada minit ke-30, bekas pemain United, Christiano Ronaldo menanduk masuk hantaran silang rakan sepasukan untuk kedudukan 1 - 1. 


Separuh masa kedua, bola lebih banyak dikuasai oleh pasukan tuan rumah namun sekali sekala United melakukan percubaan ke gawang Real Madrid. Peluang terbaik United untuk menambah gol gagal apabila percubaan Van Persie terkena palang gol dan satu lagi percubaannya diselamatkan pertahanan Real Madrid di atas garisan gol. Kedudukan terikat 1- 1 sehingga wisel penamat. Real akan berkunjung ke Old Trafford pula pada perlawanan timbal balik kedua-dua pasukan.


Berikut merupakan lain-lain keputusan perlawanan pertama Pusingan Kedua Liga Juara-Juara Eufa :-

Celtic vs Juventus : 0 - 3

Valencia vs PSG : 1 - 2

Shakhtar Donetsk vs Dortmund : 2 - 2