Selamat datang ke blog Blogger Theory. Hari ini, negara dikejutkan dengan berita Raja Bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Allahyarham berusia 77 tahun dan meninggalkan balu, Puan Sri Tuan Aishah Tuan Ibrahim dan empat anak.
Pada 1957, Allahyarham mula mewakili Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka. Uniknya, perlawanan itu berlangsung di Stadium Merdeka pada malam 30 Ogos 1957 sebelum berlangsungnya upacara kemerdekaan negara pada keesokan hari.Beraksi sebagai 'inside forward' yang licik dan lincah pada sekitar tahun 1960-an, permainan taktikalnya di depan gol sering menggerunkan pihak lawan.
Selain membawa Malaysia menjuarai kejohanan Pestabola Merdeka dari 1958 hingga 1960, Allahyarham pernah mengetuai skuad kebangsaan meraih pingat emas pada Sukan SEAP (kini Sukan SEA) 1961 di Rangoon (kini Yangoon, Myanmar) dan pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia. Penglibatan aktifnya dalam dunia bola sepak berakhir pada 1993 dengan menjadi jurulatih kepada skuad Piala Emas Raja-Raja bagi pasukan Selangor.
Al-fatihah buat Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-fatihah...
In Info , Sukan , Umum