Selamat datang ke blog Blogger Theory. Hari ini, seluruh rakyat Malaysia menantikan pembentangan Bajet 2013 yang akan disampaikan oleh Yab Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Bajet kali ini dijangka akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik antaranya kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan sebagainya.Aku harapkan bajet yang dibentangkan kali ini akan dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat.
Bajet kali ini, aku mengharapkan golongan berpendapatan sederhana seperti aku mampu untuk memiliki rumah sendiri. Dengan harga rumah sekarang yang naik secara mendadak khususnya dibandar-bandar utama, diharapkan bajet kali ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini. Kos sara hidup juga antara topik yang akan dibentangkan oleh DS Najib pada pembentangan Bajet 2013 hari ini.
Bercerita mengenai bajet ini, aku amat tertarik dengan cadangan blogger Denaihati dalam memberikan idea beliau disini. Antara yang menarik perhatian aku ialah, blogger Denaihati mencadangkan supaya satu dana khas diperuntukkan untuk semua usahawan online dan blogger bagi meningkatkan kualiti blog mereka serta dapat menjalankan perniagaan secara bersistematik dan berdaya maju. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan bisnes online satu kerjaya yang berimpak tinggi.
Itu antara idea-idea yang dilontarkan oleh blogger Denaihati, bagaimana dengan anda pula, kongsikan pandangan anda didalam raunagan komen dibawah.
Bagi yang ingin mengikuti pembentangan Bajet 2013, bolehlah menontonnya secara live stream disini.
In Info , Umum