Melihatkan pada senario yang berlaku pada waktu sekarang, apakah ini yang dinamakan manusia? Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita penemuan bayi yang dibuang oleh orang yang bergelar manusia. Layakkah dia digelar Manusia?? Anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini ditinggal, dibuang, dibunuh, dicampak oleh mereka yang bergelar Manusia!! kemana pergi naluri seorang ibu dan bapa?! Mendengar berita penemuan mayat bayi yang dibuang, cukup untuk membuat aku mengalirkan airmata. Kenapa? kerana aku merasakan mereka merupakan insan yang bertuah dikurniakan cahaya mata, bukan seperti aku atau pasangan lain yang masih belum menimang cahaya mata sendiri.
Bagi mereka yang mempunyai anak, ingatlah seorang anak mempunyai isi hati yang mana kadang-kadang mereka sendiri tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata apakah maksud luahan hatinya itu. Mahu tidak mahu kita perlu memahami isi hatinya supaya dapat membentuk anak-anak kita dengan acuan yang benar-benar kita inginkan. Sikap anak-anak tidak sama. Namun isi hati mereka mungkin tidak jauh berbeza.
Dengarkanlah luahan hati mereka ketika kita masih lagi diberi peluang membahagiakan mereka.
1. Ibu, ayah cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.
3. Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.
4. Jangan marahi aku di hadapan orang ramai.
5. Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.
6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah dirimu dimasa lalu.
7. Semakin hari umurku bertambah, maka jangan anggap aku berterusan anak kecil.
8. Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.
9. Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.
10. Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.
11. Aku adalah ladang pahala bagimu.
Ibu, ayah, aku ini adalah anakmu yang telah kian lama kau nantikan, aku ingin jadi sepertimu suatu hari nanti, menjadi bapa dan ibu kepada cahaya mataku sendiri. Berilah ku sedikit peluang dan harapan agar dapat ku lalui semua ini seperti mana yang pernah kau lalui ketika menyambutku di hari yang bersejarah itu. InsyaAllah bila tiba masanya nanti, jasamu tidak akan sekali aku lupakan. Inilah suara hati dari.....Anakmu....
Hayatilah video ini dari kacamata dan hati seorang anak. Tonton video disini.

In Renungan , Umum