27 Sep 2012

couch mode print story

Piala Liga 2012/2013 Round 3 - Man United vs Newcaslte 2 - 1

Capital One Cup, Manchester United v Newcastle United, Anderson, Fabricio Coloccini

Selamat datang ke blog Blogger Theory. Keputusan perlawanan Piala Liga pusingan ketiga awal pagi tadi memihak kepada United menewaskan Newcastle dengan jaringan 2-1. Selepas mencatatkan kemenangan keatas Liverpool dalam saingan liga tempoh hari, United meneruskan rentak kemenangan di Old Trafford dalam saingan Piala Liga pula. 

United mendahului hasil jaringan Anderson pada minit ke-44 melalui sepakan kencang dari luar kotak penalti. Tom Cleverly menambah jaringan buat tuan rumah pada minit ke-58 untuk mendahului dengan 2-0. Selang beberapa minit kemudian, Papiss Cisse berjaya menjaringkan gol buat Newcaslte pada mint ke-62 bagi merapatkan kedudukan. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan bagi memastikan United ke pusingan seterusnya.

Capital One Cup, Manchester United v Newcastle United, Wayne Rooney, Dan Gosling

Penyerang United, Wanye Rooney juga kembali beraksi pada perlawanan awal pagi tadi selepas direhatkan selama 4 minggu akibat kecederaan. Melihatkan pada aksi malam tadi, Ferguson mengandingkan beberapa muka baru dan lama dalam barisan United dan strategi ini berjaya. Darren Feltcher yang kembali beraksi dalam kesebelasan utama menjadi watak penting United pada perlawanan awal pagi tadi. Aku lihat barisan pertahanan United dibarisi oleh pemain-pemain muda, mungkin ini merupakan salah satu pendedahan buat mereka dalam perlawanan kompetitif. 

Dengan pasukan Man City yang tesingkir dari saingan Piala Liga selepas tumpas kepada Aston Villa 2-4, United berpeluang menjulang trofi pertama musim ini, namun United perlu berhati-hati kepada pasukan kecil yang mampu mencipta kejutan sebagaimana yang terjadi pada Everton yang tumpas kepada Leeds United.

Berikut merupakan lain-lain keputusan dalam saingan Piala Liga 2012/2013 pusingan ketiga yang berlangsung awal pagi tadi.

Arsenal vs Caventry : 6 - 1

Carlisle vs Tottenham : 0 - 3

QPR vs Reading : 2 - 3

Norwich vs Doncaster : 1 - 0

West Brom vs Liverpool : 1- 2

-->