
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Masih ingat lagi pada entri Berakhirnya Hidup Seorang Blogger yang pernah aku tulis sebelum ini. Kali ini aku hendak membawa anda semua kembali ke masa mula-mula kita semua mengenali apa itu blog. Masihkah kau ingat.....
Sebelum ini kita tak pernah ambil tahu pun apa itu blog. Apa yang kita tahu, bila online sahaja main chatting kat mIRC, salah satu laman chat yang paling popular suatu masa dahulu. Habiskan masa berjam-jam di cyber cafe semata-mata nak chatting. Bila dah bosan chatting, beralih pula ke permainan game online seperti Counter Strike, Serious Sam dan sebagainya, kita tetap tak tahu juga apa itu blog. Sehinggalah suatu hari kita terdengar yang orang lain sudah mula bercakap mengenai blog.
Bermula dari situ, kita mula mencari-cari maksud sebenar apa yang dimaksudkan dengan blog. Blog (ringkasan bagi weblog) ialah jurnal online yang digunakan bagi menyatakan pendapat peribadi, kisah kehidupan, yang sentiasa dikemaskini setiap hari. Dalam bahasa yang mudah difahami, blog merupakan buku diari kita yang dimiliki secara online. Ya, akhirnya kita tahu juga apa itu blog, yang kita tidak tahu lagi bagaimana kita hendak membina blog itu, dan dari manakah kita boleh memiliki blog kita sendiri.
Lalu, dengan hati yang bersungguh-sungguh ingin membina blog, kita teruskan juga walau ilmu yang ada tidak setinggi mana. Blogspot, jumpa juga akhirnya sebuah platform percuma untuk membina blog. Dari langkah pertama hingga terakhir, semuanya diikuti dengan teliti dan........terbinalah sebuah blog yang diberi nama dot dot dot ( aku pasti mesti nama blog pertama ialah nama kita sendiri ) siap juga akhirnya. Bersambung.......
In Blogging , Renungan , Umum


