9 Okt 2012

couch mode print story

Ekspo Halfest 2012 10hb - 14hb Oktober 2012


Selamat datang ke blog Blogger Theory. Bermula 10 - 14 Oktober 2012, ekspo halal terbesar di Malaysia Halfest akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Eskpo yang berlangsung selama lima hari ini menyediakan 700 ruang pameran untuk dilawati disamping pelbagai acara menarik yang disediakan sepanjang ianya berlangsung yang mana ianya turut melibatkan artis-artis popular tanah air.

Antara acara yang disediakan ialah seperti :-


  • Cabaran Dapur Cilik HALFEST
  • Pencarian Ratu Resipi Malaysia
  • Pertunjukan Busana “Moslema In Style”
  • Pertunjukan Busana “Hijab In Style”
  • “Makeover Workshop” bersama Mea Sukri
  • “Grooming Class” bersama Sarahata
  • Demo Masakan Wokshop Chef Zam bersama selebriti tanah air
  • Temui Selebriti Kesayangan Anda Setiap Hari di HALFEST 2012
  • Penampilan Upin & Ipin
  • Persidangan Usahawan Bumiputera oleh MARA
  • "Business Mentoring and Business Matching" oleh HDC
  • Forum Pengguna Islam oleh PPIM
  • Demonstrasi produk oleh pempamer
  • Pertanding-pertandingan A&W
  • Persembahan "Voice of UMMI"
  • Cabutan bertuah MINES
  • Cabaran Teh Tarik F&N
  • Sesi taklimat oleh Kementerian Dalam Negeri
antara barisan artis yang turut memeriahkan Halfest 2012

Berbalik kepada Halfest, Halfest atau Halal Fiesta Malaysia adalah sebuah ekspo konsumer mega khusus untuk produk dan perkhidmatan yang telah mendapat sijil Halal yang sah. Ia secara spesifiknya adalah sebuah platfom promosi bagi syarikat dan usahawan dari industri Halal Negara untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan dengan peruncit-peruncit di Malaysia. Ini merupakan peluang yang baik bagi para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mempromosikan produk mereka diperingkat yang lebih tinggi.

Aku turut sama terlibat di dalam ekspo ini memandangkan majikan aku merupakan salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka yang sama-sama mengambil bahagian dalam ekspo ini, jadi sepanjang minggu ini aku akan berada di Kuala Lumpur. 

Bagi anda yang ada kelapangan, marilah kita sama-sama meriahkan Ekspo Halfest 2012 di PWTC, sokonglah produk halah lagi suci buatan usahwan tempatan kita. Bagi yang hadir, jangan lupa kunjungi booth Pavilion Melaka di ekspo Halfest  nanti.