Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1434H buat semua umat Islam di seluruh dunia. Agak lama juga aku tidak menulis di blog ini, rasa rindu pula nak menulis blog.

Baiklah untuk hari ini aku nak kongsikan dengan anda semua salah satu platform yang mana dapat membantu anda menyediakan Order Form ataupun borang contact terutamanya kepada pengguna Blogspot yang menjalankan perniagaan secara online. Dengan platform Form2Go, anda boleh menyediakan sendiri order form dan contact form mengikut kriteria yang anda inginkan.
Form2Go membenarkan anda untuk membina form anda secara percuma sahaja. Bagi pengguna berbayar, features yang disediakan lebih meluas berbanding pengguna percuma. Tools yang disediakan oleh mereka amat mudah digunakan dan mesra pengguna.
Pada anda yang masih lagi tercari-cari platform yang sesuai untuk membina form order/contact, apa kata anda mencuba Form2Go. Selamat mencuba...
In Blogging , Info , Tips

