| contoh favicon laman web popular |
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Favourite Icon ataupun nama glamournya Favicon digunakan pada sesebuah blog atau website bagi membezakan identiti sesebuah blog tersebut. Dengan meletakkan Favicon, blog anda lebih mudah dikenali oleh pelawat-pelawat blog. Secara tak langsung anda sebenarnya membina trademark untuk blog anda sendiri.
Anda boleh pilih sendiri favicon idaman hati anda untuk digunakan pada blog. Favicon yang digunakan biasanya berbentuk huruf yang mana Favicon jenis nie begitu meluas penggunaannya. Lihat sahaja seperti Facebook yang hanya menggunakan huruf F untuk Favicon website mereka. Ini kerana ianya lebih mudah dikenali dan diingati. Ada juga pemilik blog yang meletakkan gambar sendiri, logo syarikat dan sebagainya. Terpulang kepada anda sendiri nak gunakan jenis Favicon yang macam mana pada blog anda. Tepuk dada tanyalah hati.
Bagi anda yang nak buat sendiri Favicon blog, kat sini aku kongsikan link yang anda boleh gunakan untuk buat Favicon anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan ialah :
- Upload
- Generated
- Save
Mudah sahaja, sekarang anda boleh buat Favicon untuk blog anda sendiri. Semoga maklumat ini boleh membantu anda semua. Untuk generated Favicon, klik sini.
In Blogging , Info , Tips

