Selamat datang ke blog Blogger Theory. Api, apa yang anda semua tahu mengenai api? bagaimanakah asal usul kejadian api di bumi ini? disini aku kongsikan asal usul kejadian api di muka bumi. Renungkan..........
Diriwayatkan setelah Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi setelah melanggar perintah Allah SWT kerana memakan larangan iaitu buah Khuldi, maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril a.s supaya mengambil sedikit api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril AS pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu malaikat Zabaniah.
Malaikat Jibril : Wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Malaikat Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu wahai Jibril ?
Malaikat Jibril : Cukuplah jika engkau berikan sebesar sebiji buah kurma.
Malaikat Zabaniah : Wahai Jibril, jika sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cair lah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi akibat kepanasannya.
Malaikat Jibril : Kalau begitu engkau berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Malaikat Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia, nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti…
Melihatkan keadaan yang rumit ini maka malaikat Jibril a.s. pun menghadap Allah SWT untuk menanyakan jumlah api neraka yang perlu di hantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Allah SWT pun memerintahkan supaya malaikat Jibril a.s mengambil hanya sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia.
Maka malaikat Jibril a.s. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari malaikat Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan merendamnya ke dalam 70 buah sungai di syurga dengan 70 kali direndam pada setiap sebuah sungai. Selepas itu malaikat Jibril a.s. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi.
Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Kerana takut bumi akan musnah dan melebur, maka dengan segera malaikat Jibril a.s mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
Sekadar renungan untuk kita semua supaya tidak terus hanyut dalam permainan duniawi......Sesungguhnya seksaan api neraka itu benar......
In Renungan , Umum

