
Selamat datang ke blog Blogger Theory. Bila sudah adanya blog, kita pun mulalah menulis entri pertama yang berkaitan dengan kisah hidup seharian kita, apa yang kita lakukan hari ini, kita pergi kemana, apa yang berlaku di tempat kerja dan lain-lain lagi. kadang-kadang sampai 10 entri sehari kita tulis, belum kira gambar yang kita upload lagi dalam blog tu, seolah-olah ada satu semangat yang entah dari mana datangnya bila menulis blog itu.
Minggu pertama sahaja sudah hampir 20 entri kita masukkan, minggu kedua pula macam tu juga, masih terus lagi bersemangat menulis entri-entri terbaru dalam blog. sudah hampir sebulan usia blog kita, pendek kata kita sudah semakin mahir mengendalikan blog dan tahu apa yang dimaksudkan dengan blog ini sebenarnya. Sambil kita menulis blog, kita luangkan sedikit masa membaca blog orang lain, cantiklah blog mereka ni, kemas dan santai sahaja bila kita baca blog mereka.
Tukar template!! guna yang cantik dan kemas sikit macam blog mereka nie, barulah pembaca tertarik bila membaca blog kita. Ha..macam nie barulah cantik,kemas, santai sahaja bila orang baca blog kita. Semakin bersemangat kita berblog, tambahan pula kita sudah mula mempunyai pengikut tersendiri, dari seorang hinggalah mencapai puluhan pengikut malah ratusan pengikut blog kita. Tujuan berblogging masih lagi sama, menulis entri berkisarkan kehidupan harian kita sehinggalah..............
Anda mempunyai blog? Ketahui caranya bagaimana anda boleh buat duit dari blog anda sendiriBaik dari iklan ataupun entri dari blog lain, perkataan Duit itu sesungguhnya menarik minat kita, jangan kata kita, sesiapa yang mempunyai blog juga pasti tertarik dengan soalan yang diberikan. Bagus juga, sambil menulis blog boleh juga buat duit dari blog nie. Baca punya baca, belajar punya belajar, baru tahu macam mana nak buat duit dari blog. Letak iklan pengiklan di blog kita rupanya, bila orang klik kita dapat duit. Mudah dan senang sahaja kerja kita.
Bila hasil sudah mula kelihatan, kita semakin ghairah meletak iklan di blog sampai semua tempat kita letakkan. Dari header, dalam entri, sidebar, sampailah ke footer penuh iklan yang dipasang. Nampak iklan lagi meriah pula dari entri yang ditulis. Tak kisahlah, yang penting dapat duit. Pembaca yang sebelum ini selesa membaca di blog kita sudah mula rimas dengan segala bentuk iklan yang dipasang, sampai nak menunggu loading blog memakan masa yang lama. Tapi kita tidak sedar yang ianya sedikit sebanyak mematikan blog kita sendiri.
Oleh kerana terlalu ghairah buat duit dari blog, kita semakin lupa tujuan kita berblog, kalau dahulu menulis blog mengenai kehidupan peribadi, kini entri semakin menjurus kepada cerita buat duit dengan blog. Entri tentang kisah hidup sudah lama tidak diceritakan, yang ada hanya buat duit,buat duit, buat duit dan begitulah seterusnya. Tidak salah, tetapi janganlah terlalu galak sangat bercerita income yang kita dapat, cukup sekadar memberi semangat dan motivasi buat blogger lain diluar sana.
Tapi itu dulu, kini kita telah matang dalam dunia blogging, kita sudah mula faham kehendak pembaca, faham akan keselesaan pembaca yang tidak mahu diganggu dengan pelbagai iklan yang keluar di blog kita. Entri kita sudah kembali seperti dulu, bercerita mengenai kisah hidup seharian kita dan diselang-selikan dengan ilmu blogging untuk dipelajari dan dipraktikkan oleh blogger-blogger lain diluar sana. Tujuan berblog kita kembali seperti asal, bukan semata-mata kerana duit. Semuanya dilakukan dengan rasa minat dan kesungguhan dalam dunia blogging. Semoga anda semua mendapat apa yang anda inginkan dalam dunia blogging ini.
In Blogging , Renungan , Umum

