14 Mac 2013

couch mode print story

Tolong Aku, Bantu Aku, Ajarilah Aku....

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, sejak proses penjenamaan semula blog ini, rezeki blogging semakin mencurah-curah datang tanpa aku sangka. Syukur kepadaNYA atas nikmat rezeki yang diberikan pada aku. Sebenarnya masih banyak lagi perancangan aku untuk menjenamakan lagi blog Bicara Blogger ini. Bukan dunia glamour yang aku kejar, tetapi cukup sekadar menjadi antara sumber rujukan utama di alam maya melalui blog ini dalam topik-topik tertentu.


Untuk entri kali ini, aku ingin memohon pandangan dari anda semua sebagai pembaca blog dan juga penulis blog:-

  • Apakah perkara utama sekali dalam proses penjenamaan blog.
  • Apakah langkah-langkah yang perlu diambil jika mahu menjenamakan blog kita.
  • Contest di blog sememangnya perlu bagi penjenamaan sesebuah blog, tetapi contest yang bagaimana mampu membawa blog kita menerima kesan dari contest tersebut seperti jumlah trafik yang tinggi, kedudukan blog di search engine, penambahan follower di blog dan sebagainya.
  • Apakah faktor-faktor lain yang mampu membantu proses penjenamaan semula sesebuah blog.


Aku mohon pandangan dari anda semua, ilmu ini tidak hanya untuk aku, tetapi mungkin juga untuk anda semua. Apa pandangan anda...

pleasssse......





1 ulasan :

  1. salam tuan, mohon bantuan, blog sy sering dikacau redirect ke .sg bgmana caranya saya kena buat?

    BalasPadam