Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dah lama rasanya aku tidak update entri-entri terbaru di blog ini, agak sibuk sebenarnya nak update blog ini sebab aku kini sedang fokuskan pada semua blog niche yang aku ada, target aku tahun ini nak cashout earning Adsense aku, jadi kenalah kerja keras sikit untuk capai target tersebut.
Hari ini, aku telahpun mendapat bayaran dari Exabytes melalui cek yang dihantar terus ke dalam peti surat rumah aku. Terkejut juga aku pada mulanya, seingat aku email yang dihantar sebelum ini dari team sales Exabytes menyatakan yang bayaran akan dibuat selepas tiga bulan, tetapi hari ini baru sebulan rasanya aku join program tersebut, tetapi cek dah sampai pada aku. Pantas sungguh!! Kalau tiap-tiap bulan dapat macam ini memang seronok.
Nampaknya minggu ini aku telah mendapat bayaran dari dua program buat duit dengan blog, Alhamdulillah, berkat kesabaran menulis blog akhirnya membuahkan hasil juga. Sebelum ini aku telahpun mendapat bayaran dari program Yllix Media, dan hari ini dari Exabytes pula. Alhamdulillah........

In Blogging , Buat Duit Online