20 Mac 2013

couch mode print story

Buat Duit Dengan Triond

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sejak kebelakangan ini, blog ini sunyi dari entri-entri terbaru, senang cerita aku malas sebenarnya. Ya, aku malas nak memikirkan entri apa yang patut aku tulis, malas nak membaca, malas nak menulis, semuanya malas. Sekarang ini aku tengah fokuskan betul-betul pada blog niche dan juga program Clickbank. Aku cukup rajin update entri di blog niche, tetapi kalau nak update blog ini, entahlah rasa semacam sahaja. Apa-apapun blog ini tetap mendapat perhatian yang secukupnya dari aku, monitor dari luar sahaja..haha...


Baiklah, hari ini aku nak berkongsi bagaimana anda boleh menjana pendapatan di internet. Aku rasa ramai yang dah tahu akan program ini, tetapi aku rasa lebih baik kalau aku kongsikan semula, mana tahu ada lagi rakan-rakan kita yang masih belum mengetahui sepenuhnya tentang program ini. Program yang aku maksudkan ini ialah program Triond. Dah lama sebenarnya program ini ada di internet dan dah ramai yang berjaya buat duit daripadanya. Triond ini hampir sama sebenarnya dengan program Squidoo, apa yang perlu kita lakukan adalah upload artikel atau gambar kepada mereka. Setiap artikel atau gambar yang diupload akan disemak dahulu oleh pihak Triond sebelum disahkan oleh mereka. 

Jadi disini, anda akan dibayar untuk setiap view atau impression yang terhasil dari link artikel/gambar kita tadi. Berapa bayaran bagi setiap view atau impression aku tak pasti, tetapi melalui apa yang aku pernah dapat, aku dikreditkan $0.07usd untuk artikel aku yang mencapai 100 view/impression. Entahlah, mungkin ini bukan bayaran yang tetap, ada juga yang aku pernah dapat $0.03usd untuk 47 view/impression. Terus terang, aku tak berani nak confirmkan berapa yang mereka bayar untuk setiap view/impression. Walaupun tak banyak mana, tetapi cukuplah bagi orang yang macam aku ini. Bukan hebat sangat pun nak minta bayar mahal-mahal kan. Nak dapat payment banyak, rajin-rajinlah submit artikel pada mereka, lagi banyak artikel lagi besar peluang nak dapat payment lebih. Bayaran akan dilakukan melalui Paypal. 

Setiap artikel/gambar yang telah diterima oleh pihak mereka akan dipublishkan terus ke blog-blog pengiklan mereka yang terdiri dari pelbagai kategori. Maknanya disini anda boleh submit apa topik artikel kecuali yang menyalahi Term of Service mereka. Tak perlu nak promosi link pelbagai, setiap blog-blog yang bekerjasama dengan mereka mempunyai beribu-ribu subscriber. Yang penting artikel anda itu mestilah yang asli dan mampu menarik minat pembaca.

Jadi pada anda yang masih lagi tercari-cari sumber untuk menambahkan pendapatan, apa kata anda join program ini. Setidak-tidaknya masih ada lagi sumber income dari internet. Cukuplah untuk belanja renew domain dan hosting nanti. Jadi apa tunggu lagi, daftar sekarang di Triond.