22 Mac 2013

couch mode print story

Payment Dari Aplikasi Facebook

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana aku masih lagi diberi kesempatan dan kekuatan dalam meneruskan seharian lagi perjalanan hidup sebagai hambaMU. Pagi ini aku rasa cukup bersemangat lagi, lebih-lebih lagi nak menulis entri kat blog ini. Entah dari mana datangya semangat menulis ini pun aku tak tahu, mungkin penangan air Nescafe 3 in 1 yang dibancuh oleh isteri aku  pagi tadi membuatkan aku khalal seketika lalu menulis entri ini tanpa aku sedar. 

Entri ini bukan nak menunjukkan yang Nescafe 3 in 1 ini berbahaya untuk diminum oleh para blogger, tetapi aku nak kongsikan pada anda semua bagaimana Aplikasi Facebook mampu membantu anda menjana pendapatan. Ini merupakan bayaran pertama yang aku dapat dari sebuah program membina aplikasi di Facebook. Walaupun tidak banyak mana sekurang-kurangnya aku berjaya memanfaatkan jutaan pengguna Facebook untuk membantu aku menjana pendapatan dari program ini. 


Anda sendiri boleh lihat pelbagai aplikasi yang ada di Facebook, terdiri dari pelbagai kategori seperti games, trivia dan sebagainya. Sebagai contoh berapa ramai yang bermain aplikasi Texas Holdem Poker di Facebook? bukan sahaja pengguna di Malaysia, pengguna Facebook diseluruh dunia juga bermain aplikasi tersebut. Jadi mengapa kita tidak boleh mengambil peluang untuk menjana pendapatan darinya.

Jadi pada yang rasa berminat nak buat duit dari aplikasi di Facebook, apa kata anda lakukan sekarang. Semoga apa yang aku kongsikan hari ini mampu membantu anda semua. 







1 ulasan :