| sila cemburu dengan rekod United, hahaha.... |
Home
/
Sukan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
20 Jan 2014
Aku Masih Manchester United
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Agak lama sebenarnya aku tak menulis entri berkaitan Manchester United di blog ini. Jika sebelum ini aku sentiasa update entri pada setiap perlawanan Manchester United, sejak kebelakangan ini keghairahan aku untuk menulis entri tentang Man. United ini boleh dikatakan berkurangan.
Antara sebab-sebab aku malas nak update entri Man. United ialah :-
- Dulu dalam setiap entri yang ditulis, mesti Man. United menang je, jarang update entri tentang kekalahan team pilihan aku ini.
- Sejak David Moyes ambil alih United, aku tengok permainan Man. United agak merosot berbanding era Ferguson dulu.
- Sakit hati bila selalu nak update tentang kekalahan sahaja!
- Prestasi yang kurang menentu membuatkan aku malas nak ambil tahu sangat pasal team Man. United ini.
- Agak sukar tahun ini Man. United nak pertahankan gelaran lepas apa yang berlaku malam tadi. ( jangan tanya aku apa yang berlaku malam tadi, korang semua tahu kan? )
- Susah aku nak terima kekalahan sebab Man. United yang aku kenal memang susah ditewaskan.
Apa yang aku nampak, tahun ini Man. United memang berada diluar prestasi terbaik mereka. Memang nampak ketara selepas Ferguson bersara, kerana aku mengenali Man. United dari mula Ferguson ambil alih Man. United pada tahun 1987. Aku membesar dalam era Ferguson sampailah dia bersara, dari zaman Beckham budak lagi, dari jersi nombor 24, 10, sampailah Beckham dapat pakai jersi nombor 7, semuanya aku ikuti.
Sekarang, Manchester United dalam pasukan yang berbeza, dan aku harap Manchester United akan terus kekal bersaing dalam perebutan ke Liga Juara-Juara Eropah tahun depan. Dan sekarang pun mereka masih lagi dalam saingan Liga Juara-Juara, pastikan tahun ini milik Manchester united.
Dah berubah sokongan? tak mungkin aku berubah, aku tetap menyokong Manchester United, cuma tahun ini MUNGKIN bukan milik Manchester United, tak mengapa. Bila dah macam ini baru kita tahu siapa penyokong yang setia dengan Manchester United. Old Trafford masih lagi penuh dengan penyokong setia mereka, jadi peminat mereka tetap mengharapkan yang terbaik buat Manchester United.
Jadi, pada fan-fan United, teruskan sokongan korang, langit tak selalunya cerah, kan?? hehehe....
p/s: jangan seronok sangat ye team-team lain tu...hehehe.....
23 Apr 2013
Manchester United vs Aston Villa EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dengan kekalahan Manchester City ditangan Spurs dalam saingan liga tempoh hari, United mampu menjulang awal kejuaraan BPL 2012/13 ketika turun menentang Aston Villa di Old Trafford sekiranya pasukan kendalian Sir Alex Ferguson ini berjaya menewaskan Aston Villa.
Dalam perlawanan awal pagi tadi, United turun dengan harapan yang tinggi bagi menjulang kejuaraan EPL 2012/13 untuk kali ke-20 buat Manchester United. Dengan sokongan padu dari penyokong, United tidak menunggu lama apabila mendahului lawan pada minit ke-3 permainan hasil jaringan Robin Van Persie selepas menyudahkan hantaran silang Ryan Giggs.
Robin Van Persie terus menjadi watak utama United untuk menjulang gelaran ke-20 apabila dia sekali lagi menjaringkan gol hasil sepakan vollie cantik dari luar kotak penalti Aston Villa melalui hantaran jauh Wayne Rooney. Aston Villa sesekali melancarkan serangan berbahaya ke gawang United namun nasib tidak menyebelahi mereka sebaliknya, melalui satu serangan balas, Ryan Giggs sekali lagi melorongkan bola kepada Robin Van Persie untuk meletakkan United selesa 3 - 0 dihadapan pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Aston Villa cuba untuk merapatkan jurang namun digagalkan oleh barisan pertahanan United yang ampuh bertahan. Beberapa deretan peluang yang dimiliki United gagal disudahkan oleh mereka. Tamat perlawanan menyaksikan United menumpaskan Aston Villa dengan jaringan 3 - 0.
Dengan kemenangan ini, United secara sahnya menjulang kejuaraan liga EPL buat kali ke-20. Berikut merupakan lain-lain keputusan bagi saingan liga EPL 2012/13 minggu ke-34 :-
Liverpool vs Chelsea : 2 - 2
Spurs vs Man City : 3 - 1
Fulham vs Arsenal : 0 - 1
Norwich vs Reading : 2 - 1
QPR vs Stoke : 0 - 2
Sunderland vs Everton : 1 - 0
Swansea vs Southampton : 0 - 0
West Brom vs Newcaslte : 1 - 1
West Ham vs Wigan : 2 - 0
24 Feb 2013
QPR vs Manchester United EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dalam pertemuan dengan Real Madrid tempoh hari, barisan pemain United berjaya mengikat pasukan kendalian Jose Mourinho dengan jaringan 1 - 1 di Santiago Bernabeu. Gol di tempat lawan amat penting buat United sekiranya kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Old Trafford pada perlawanan timbal balik dalam saingan Liga Juara-Juara Eufa pada awal bulan Mac nanti, United akan mara ke suku akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.
United telahpun layak ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya mengatasi Reading 2 - 1 dilaman sendiri tempoh hari. Spekulasi mengatakan bahawa Cristiano Ronaldo akan kembali bersama United masih belum dipastikan, kita sama-sama tunggu dan nantikan berita terbaru. Dalam saingan liga minggu ke-27, United bertandang ke gelanggang QPR dengan misi menjarakkan jurang mata kepada 15 mata dengan pasukan ditangga kedua, Manchester City yang akan turun menentang Chelsea di gelanggang The Blues.
Perlawanan yang berlangsung dalam cuaca sejuk sedikit pun tidak menjejaskan rentak United apabila mendahului perlawanan hasil jaringan cantik pemain pertahanan United, Rafael dari luar kotak penalti. Van Persie digantikan dengan Danny Welbeck di penghujung babak pertama selepas mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa keluar. Separuh masa kedua United terus menggandakan asakan dan hasilnya Ryan Giggs menambah jaringan untuk United selesa dihadapan dengan jaringan 2 - 0. Giggs hampir menambah jaringan kedua peribadi namum percubaanya hanya singgah di palang gol lawan. Kedudukan 2 - 0 kekal sehingga tamat permainan.
Dengan kekalahan ini, QPR semakin pasti akan turun ke divisyen 1 dengan gagal mencatatkan kemenangan selepas aksi buruk pasukan itu sejak saingan EPL bermula. United semestiunya mengharapkan pasukan kendalian Roberto Mancini tewas di tangan Chelsea untuk menjulang kejuaraan liga ke-20 buat kelab itu.
Berikut merupakan lain-lain keputusan bagi saingan liga EPL 2012/13 minggu ke-27 :-
Fulham vs Stoke City : 1 - 0
Arsenal vs Aston Villa : 2 - 1
Reading vs Wigan : 0 - 3
West Brom vs Sunderland : 2 - 1
Norwich City vs Everton : 2 - 1
14 Feb 2013
Real Madrid vs Manchester United Liga Juara-Juara Eufa 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dengan kemenangan ke atas Everton dalam saingan liga tempoh hari, United kini semakin menjarakkan jurang mata kepada 12 mata dengan juara bertahan Manchester City yang tewas mengejut kepada pasukan Southampton di gelanggang lawan. Dengan kelebihan ini, aku harap United dapat mengekalkan aksi sehingga ke penghujung musim.
Pusingan kedua Liga Juara-Juara Eufa, United diundi bertemu dengan pasukan Real Madrid yang mana Christiano Ronaldo akan bertemu kembali dengan pasukan lamanya buat pertama kali dalam tempoh enam tahun selepas memecahkan rekod perpindahan pemain dengan nilai $80 juta. United bertandang ke Santiago Barnebau dengan harapan mampu mencuri sekurang-kurangnya satu mata di gelanggang lawan pada aksi pertama kedua-dua pasukan.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi-aksi menarik dalam mencari jaringan, namum United terlebih dahulu dihadapan melalui jaringan Danny Welbeck berpunca dari satu sepakan sudut yang dimiliki United pada minit ke-20. Real Madrid terus mengasak kubu pertahanan United dan hasilnya pada minit ke-30, bekas pemain United, Christiano Ronaldo menanduk masuk hantaran silang rakan sepasukan untuk kedudukan 1 - 1.
Separuh masa kedua, bola lebih banyak dikuasai oleh pasukan tuan rumah namun sekali sekala United melakukan percubaan ke gawang Real Madrid. Peluang terbaik United untuk menambah gol gagal apabila percubaan Van Persie terkena palang gol dan satu lagi percubaannya diselamatkan pertahanan Real Madrid di atas garisan gol. Kedudukan terikat 1- 1 sehingga wisel penamat. Real akan berkunjung ke Old Trafford pula pada perlawanan timbal balik kedua-dua pasukan.
Berikut merupakan lain-lain keputusan perlawanan pertama Pusingan Kedua Liga Juara-Juara Eufa :-
Celtic vs Juventus : 0 - 3
Valencia vs PSG : 1 - 2
Shakhtar Donetsk vs Dortmund : 2 - 2
27 Jan 2013
Manchester United vs Fulham Piala FA 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Awal pagi tadi, Manchester United melayan kunjungan Fulham di Old Traffard dalam aksi pusingan ke-4 Piala FA. Dengan membariskan beberapa pemain utama, jurulatihnya Sir Alex Ferguson amat berharap yang pasukan kendaliannya akan mara ke peringkat seterusnya.
Kemenangan tipis ke atas West Ham dalam pertemuan pusingan ke-3 tempoh hari membuatkan pasukan United perlu berusaha dengan lebih keras dalam pertemuan dengan Fulham. Wayne Rooney bergandingan dengan Javier Hernandez dibahagian serangan dengan Robin Van Persie direhatkan dalam pertemuan kali ini. Percubaan awal Rooney hampir meletakkan United didepan ketika perlawanan baru berlangsung 40 saat namun sepakan Rooney sedkit tersasar dari gawang Fulham. Ryan Giggs yang mengambil sepakan penalti mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol Fulham Mark Schwarzer apabila bola sepakan sudut Rooney terkena tangan pertahanan lawan pada minit ke-3 permainan.
Fulham yang dilihat tidak berada dalam prestasi terbaik, terus diasak United namun kental bertahan pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua United menggandakan asakan dan hasilnya Rooney berjaya menambah gol buat tuan rumah apabila hantaran bijak Anderson berjaya disudahkan Rooney. Selang dua minit kemudian Javier Hernandez menambah gol ketiga buat tuan rumah apabila bola sepakannya tertampan pertahanan lawan dan terus menerjah gawang.
Hernandez sekali lagi menambah derrita pasukan lawan apabila meledak go kedua peribadinya untuk meletakkan United selesa dengan jaringan 4 - 0 pada minit ke-66. Gol saguhati pasukan Fulham hadir pada minit ke-76 berpunca dari sepakan sudut. Dengan kemenangan keatas Fulham, United terus mara ke pusingan ke-5 piala FA 2012 / 13.
Berikut merupakan lain-lain keputusan pusingan ke-4 piala FA :-
Millwall vs Aston Villa : 2 - 1
Stoke vs Man City : 0 - 1
Macclesfield vs Wigan : 0 - 1
Derby County vs Blackbun : 0 - 3
Hull City vs Barnsley : 0 - 1
Reading vs Sheffield United : 4 - 0
Huddersfield vs Leicester City : 1 - 1
Middlebrough vs Aldershot : 2 - 1
QPR vs Milton Keynes Dons : 2 - 4
Bolton vs Everton : 1 - 2
Brighton vs Arsenal : 2 - 3
Norwich vs Luton : 0 - 1
21 Jan 2013
Tottenham vs Manchester United EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Selepas berjaya mengekalkan rentak kemenangan dalam setiap saingan, United turun menentang Tottenham dengan misi membalas dendam apabila tewas 2 - 3 di Old Trafford dalam saingan liga yang lalu.
Darren Fletcher yang bergelut dengan masalah usus nampaknya tidak akan bermain sehingga penghujung musim ini, namun barisan tengah United masih lagi memiliki beberapa pilihan pemain. Di bahagian serangan pula, sehingga kini Robin Van Persie sudah menjaringkan 10 gol dalam 10 perlawanan terakhir liga. Satu persembahan yang diluar jangkaan para penyokong United.
Dalam perlawanan menentang Tottenham malam tadi, perlawanan lebih banyak dikuasai pasukan tuan rumah dengan melakukan beberapa percubaan di depan pintu go united, namun ketangkasan De Gea berjaya menafikan setiap percuabaaan mereka. Berpunca dari satu serangan balas, hantaran silang Cleverly dari sebelah kiri pasukan lawan berjaya ditanduk masuk oleh Van Persie untuk meletakkan United di hadapan pada minit ke-25.
Selepas jaringan itu, Tottenham semakin mengandakan serangan namun pertahanan United kekal bertahan sehinggalah pada minit ke-92 mansa tambahan, Clint Dempsey berjaya menjaringkan gol melalui percubaan didalam kotak penalti United untuk menafikan kemenangan United. Kedudukan kekal 1 - 1 sehingga tamat perlawanan.
Aku berkesempatan menyaksikan perlawanan malam tadi dan aku rasa United tidak berada dalam prestasi terbaik mereka. Mungkin perlawanan yang berlangsung dalam cuaca sejuk dan besalji sedikit sebanyak menggangu rentak permainan mereka. Nampaknya Van Persie semakin serasi bersama United apabila terus menghasilkan jaringan buat pasukan United. Aku harap saingan liga kali ini akan berpihak kepada United walaupun jurang mata dengan juara bertahan Man City menurun kepada lima mata.
Liverpool vs Norwich : 5 - 0
West Ham vs QPR : 1 - 1
Manchester City vs Fulham : 2 - 0
Swansea vs Stoke : 3 - 0
Newcastle vs Reading : 1 - 2
Wigan vs Sunderland : 2 - 3
WBA vs Aston Villa : 2 - 2
Chelsea vs Arsenal : 2 - 1
17 Jan 2013
Manchester United vs West Ham Piala FA 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dalam pertemuan sebelum ini, pasukan United dilihat bergelut dengan prestasi pemain apabila sekadar mencatatkan keputusan seri dengan pasukan West Ham di gelanggang lawan. Gol Van Persie pada masa kecederaan membolehkan United untuk kekal bersaingan dalam saingan piala FA bagi edisi kali ini.
Dalam perlawanan ulangan awal pagi tadi, United turun sebagai tuan rumah kepada pasukan West Ham. Dengan suntikan motivasi kemenangan ke atas Liverpool dalam saingan liga tempoh hari, barisan pemain United dilihat bersemangant untuk mengekalkan rentak kemenangan mereka.
Wayne Rooney turun dalam kesebelasan utama United apabila kembali pulih dari kecederaan yang dialaminya sebelum ini. Dan penyerang itu tidak menunggu masa yang lama apabila meletakkan United di depan seawal minit ke-9 melalui hantaran Javier Hernandez. Wayne Rooney sepatutnya dapat menambah jaringan kedua United melalui sepakan penalti tetapi sepakannya melepasi palang gol lawan. Perlawanan tamat dengan United mencatat kemenagan ke atas West ham dengan jaringan 1 - 0.
Berikut merupakan lain-lain keputusan perlawanan ulangan dalam saingan piala FA pusingan ke-3:-
West Brom vs QPR : 0 – 1
Sunderland vs Bolton : 0 – 2
Stoke vs Crystal Palace : 4 – 1
Arsenal vs Swansea : 1 – 0
14 Jan 2013
Manchester United vs Liverpool EPL 2012/13
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Melihatkan aksi pasukan United pada pertemuan dengan West Ham United dalam saingan piala FA tempoh hari, aku mengharapkan yang United akan lebih memperkemaskan lagi aksi terutamanya di bahagian pertahanan yang aku rasa agak goyah dalam saingan EPL musim ini.
Dalam aksi yang masuk minggu ke-22 malam tadi United yang mendahului liga dengan kelebihan tujuh mata di depan juara bertahan Manchester City, turun melayan kunjungan Liverpool yang bergelut dalam kelompok pertengahan liga musim ini. United yang mengharapkan ketajaman penyerang yang baru dimilikinya Robin Van Persie diharap mampu mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.
Van Persie setakat ini telah menjaringkan 19 gol dalam 20 perlawanan bersama United dan pada perlawanan malam tadi penyerang Belanda itu sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang lawan apabila sekali lagi membantu United mencatat kemenangan ke atas Liverpool. Gol Van Persie hadir pada minit ke-19 melalui hantaran leret Patrick Evra. Kedudukan 1 - 0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, United terus memburu jaringan dan hasilnya ada minit ke-55 berpunca dari sepakan percuma Van Persie, Patrick Evra melakukan tandukan yag terkena Vidic lalu masuk menerjah gawang Liverpool untuk United mendahului 2 - 0. Daniel Sturridge merapatkan kedudukan buat Liverpool apabila menolak masuk bola yang ditepis keluar oleh De Gea melalui percubaan awal kapten Liverpool Steven Gerrad apda minit ke-57.
Liverpool cuba mencari jaringan penyamaan bagi membolehkan mereka sekurang-kurangya membawa pulang satu mata dari Old traffird namun pertahanan United kental bertahan. Tamat perlawanan menyaksikan United berjaya menewaskan Liverpool dengan jaringan 2 -1.
Berikut merupakan lain-lain keputusan dalam saingan EPL 2012/13 minggu ke-22 :-
Aston Villa vs Shouthampton : 0 – 1
Reading vs West Brom : 3 – 2
Norwich vs Newcastle : 0 – 0
Fulham vs Wigan : 1 – 1
Sunderland vs West Ham : 3 – 0
Everton vs Swansea : 0 – 0
Stoke vs Chelsea : 0 – 4
Arsenal vs Manchester City : 2 – 0