15 Okt 2014

couch mode print story

Tutorial setting domain berbayar untuk platform Blogspot

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Untuk entri kali ini aku nak kongsikan pada korang semua tutorial bagaimana setting domain berbayar untuk platform Blogspot.

Sebelum ini, aku ada isukan bagaimana blog tidak dapat diakses kerana setting 'WWW' pada awalan alamat blog. Jadi untuk selesaikan masalah ini dari terus berlaku pada blog korang yang menggunakan platform Blogspot, ini mungkin dapat membantu.

click to enlarge
Buka ruangan dashboard blog anda. Anda akan dibawa ke paparan seperti diatas.

1. Klik butang ' Tetapan/ Asas '.
2. Masukkan domain berbayar anda diruangan yang disediakan. Tandakan dalam ruangan yang disediakan.
3. Klik link ' Lihat arahan tetapan / setting instruction ' seperti gambar diatas.

Anda akan dibawa ke halaman bantuan Google. Di halaman ini anda akan diberikan maklumat dan langkah-langkah untuk setting domain berbayar anda.

Untuk tutorial setting domain ini, aku menggunakan servis domain dari GoDaddy, jadi mungkin bahagian setting domain berbeza sedikit dari apa yang aku paparkan disini mengikut syarikat domain yang anda beli, tetapi jangan risau, semua syarikat servis domain tetap mempunyai setting yang sama.

click to enlarge

1. Klik pada bahagian DNS Zone File
2. Klik pada bahagian Add Record. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya.

click to enlarge
1. Pilih CNAME (Alias) pada bahagian Record Type. Masukkan Host Name yang telah diberikan oleh Google. Untuk CNAME yang pertama, nama host dan Point to ialah :-

Host      - www
Point to - ghs.google.com

2. Masukkan Point to yang telah diberikan seperti diatas tadi.
3. Klik Add Another untuk menambah Host Name dan Point to yang seterusnya dari Google.

click to enlarge

1. Untuk Host Name dan Point to yang kedua ini, nama host dan point to adalah berbeza untuk setiap blogger. Ianya dikhaskan untuk blog anda sahaja, contohnya :-

Host      - ghdnye
Point to - njdkadjafnscsmncsncsknksns.kandkcabcab

Setelah selesai memasukkan nama host dan point to tersebut, klik butang Finish, selesai.

Kini domain percuma dari Google akan digantikan dengan domain berbayar yang anda telah setkan sebentar tadi. Harus di ingat proses pertukaran domain ini mengambil masa lebih kurang 24 jam.

Seterusnya, anda perlu membuat satu lagi setting di dalam fail DNS domain anda bagi membolehkan blog anda dijumpai tanpa perlu menaip ' WWW ' pada awalan alamat blog anda. Banyak pemilik blog terlepas pandang akan perkara ini.

click to enlarge
Caranya sama juga seperti diatas, tetapi dibahagian Record Type, pilih A (Host) @ A (Record).

1. Masukkan simbol ' @ ' pada ruangan Host.
2. Dalam ruangan Point to, masukkan IP yang telah diberikan oleh Google pada anda sebelum ini. Google menyediakan 4 IP berbeza kepada anda. Seperti contoh :-

216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21

IP Google ini anda boleh dapatkan dihalaman ' Lihat arahan tetapan /setting instruction '.

Isikan kesemua 4 IP tersebut yang diberikan oleh Google. Selesai. Paparan DNS Zone File anda akan kelihatan seperti ini :-

click to enlarge

Kini, blog anda boleh diakses walaupun pelawat tidak meletakkan ' WWW ' pada awalan alamat blog anda. Aku harap tutorial ini sedikit sebanyak mampu membantu korang semua. 

Okey, cukup itu dulu setakat nie, ada masa aku akan bawakan entri yang lain pula. Sekian....