14 Okt 2014

couch mode print story

Proses merendahkan lagi ranking Alexa

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Selepas hampir beberapa minggu aku ambil masa nak pulihkan kembali blog ini, akhirnya inilah hasilnya selepas beberapa kali menukar theme blog. Entahlah, susah benar nak jumpa theme yang betul-betul sedap mata nie memandang, sudahnya aku edit sendiri html kod theme nie buat design sendiri, lagi senang.

Dalam proses membaik pulih bloh aku yang satu nie, banyak perkara yang aku cuba tingkatkan lagi dengan blog nie, salah satunya ialah ranking Alexa.



Ya, blog ini masih dalam proses merendahkan lagi ranking Alexa yang sedia ada sekarang, kalau boleh aku nak ranking blog ini kembali seperti dulu yang pernah menjejak enam angka sahaja berbanding sekarang.

Melihatkan pada bounce rate blog nie di Alexa, agak gembira juga bila bounce rate rendah macam tue, tapi lain pula bacaanya pada Google Analytics. Entahlah, mungkin bacaan dari Google Analytics lagi tepat rasanya. 

Apa-apa pun harapan aku semoga semua yang diusahakan mampu memberikan hasil seperti yang diinginkan, IsyaAllah.....