Memaparkan catatan dengan label Domain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Domain. Papar semua catatan

2 Dis 2015

couch mode print story

Renew Domain Di GoDaddy Mahal!

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya dalam tempoh tiga bulan akan datang, ada beberapa domain yang aku perlu renew bagi meneruskan kelangsungan hidupnya blog-blog ini di bawah kendalian aku.

Melihatkan pada harga yang ditetapkan oleh pihak GoDaddy, agak mahal juga jumlah yang aku perlu aku bayar pada mereka, hampir RM70 untuk setiap satu domain.

MAHAL!!!

Ya, memang mahal! Bagi mereka yang sudah arif dengan permainan GoDaddy, anda hanya memerlukan kurang dari RM5 sahaja untuk mendapatkan domain baru di GoDaddy, tetapi apabila tiba waktu untuk renew domain tersebut, harga yang perlu anda bayar memang berlipat kali ganda jumlahnya.

Buat masa ini, kesemua domain yang aku miliki dihostkan oleh GoDaddy, semuanya aku beli pada harga kurang RM5 menggunakan kupon promosi yang mereka tawarkan. Jadi, bila tiba waktu renew itu memang agak sakit sikit. 

Renew Domain Di GoDaddy Mahal!

Tetapi mengeluh macam mana pun memang itulah jumlah yang perlu aku bayar. Dan buat masa ini, aku masih selesa lagi menggunakan servis dari pihak GoDaddy ini walaupun memerlukan modal yang lebih sikit setiap kali renew domain.

Satu perkara yang aku perasan pada GoDaddy ini ialah, mereka cukup rajin untuk menawarkan kupon promosi bagi pembelian setiap domain baru namun, bila bab untuk renew domain memang susah betul nak jumpa kupon promosi renewal domain.

Memang susah betul nak jumpa, dan kalau ada pun ianya lebih kepada kupon renewal hosting, SSL certificates dan lain-lain lagi.

Jadi, kesimpulannya janganlah tergoda sangat dengan promosi domain dari mereka..haha...

Tetapi boleh sahaja kalau anda hendak dapatkan domain dari GoDaddy, cuma bila sampai masa hendak expired nanti, anda tranferlah ke domain hosting yang lain, yang mana harga renewnya lebih murah dan berbaloi.

Oh ya, disini aku kongsikan sekali laman web yang menyediakan kupon promosi bagi kebanyakkan syarikat domain.


p/s:- pengajaran! jangan beli domain dalam tempoh waktu yang hampir antara satu sama lain, sebab bila renew memang terasa perit!!

15 Okt 2014

couch mode print story

Tutorial setting domain berbayar untuk platform Blogspot

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Untuk entri kali ini aku nak kongsikan pada korang semua tutorial bagaimana setting domain berbayar untuk platform Blogspot.

Sebelum ini, aku ada isukan bagaimana blog tidak dapat diakses kerana setting 'WWW' pada awalan alamat blog. Jadi untuk selesaikan masalah ini dari terus berlaku pada blog korang yang menggunakan platform Blogspot, ini mungkin dapat membantu.

click to enlarge
Buka ruangan dashboard blog anda. Anda akan dibawa ke paparan seperti diatas.

1. Klik butang ' Tetapan/ Asas '.
2. Masukkan domain berbayar anda diruangan yang disediakan. Tandakan dalam ruangan yang disediakan.
3. Klik link ' Lihat arahan tetapan / setting instruction ' seperti gambar diatas.

Anda akan dibawa ke halaman bantuan Google. Di halaman ini anda akan diberikan maklumat dan langkah-langkah untuk setting domain berbayar anda.

Untuk tutorial setting domain ini, aku menggunakan servis domain dari GoDaddy, jadi mungkin bahagian setting domain berbeza sedikit dari apa yang aku paparkan disini mengikut syarikat domain yang anda beli, tetapi jangan risau, semua syarikat servis domain tetap mempunyai setting yang sama.

click to enlarge

1. Klik pada bahagian DNS Zone File
2. Klik pada bahagian Add Record. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya.

click to enlarge
1. Pilih CNAME (Alias) pada bahagian Record Type. Masukkan Host Name yang telah diberikan oleh Google. Untuk CNAME yang pertama, nama host dan Point to ialah :-

Host      - www
Point to - ghs.google.com

2. Masukkan Point to yang telah diberikan seperti diatas tadi.
3. Klik Add Another untuk menambah Host Name dan Point to yang seterusnya dari Google.

click to enlarge

1. Untuk Host Name dan Point to yang kedua ini, nama host dan point to adalah berbeza untuk setiap blogger. Ianya dikhaskan untuk blog anda sahaja, contohnya :-

Host      - ghdnye
Point to - njdkadjafnscsmncsncsknksns.kandkcabcab

Setelah selesai memasukkan nama host dan point to tersebut, klik butang Finish, selesai.

Kini domain percuma dari Google akan digantikan dengan domain berbayar yang anda telah setkan sebentar tadi. Harus di ingat proses pertukaran domain ini mengambil masa lebih kurang 24 jam.

Seterusnya, anda perlu membuat satu lagi setting di dalam fail DNS domain anda bagi membolehkan blog anda dijumpai tanpa perlu menaip ' WWW ' pada awalan alamat blog anda. Banyak pemilik blog terlepas pandang akan perkara ini.

click to enlarge
Caranya sama juga seperti diatas, tetapi dibahagian Record Type, pilih A (Host) @ A (Record).

1. Masukkan simbol ' @ ' pada ruangan Host.
2. Dalam ruangan Point to, masukkan IP yang telah diberikan oleh Google pada anda sebelum ini. Google menyediakan 4 IP berbeza kepada anda. Seperti contoh :-

216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21

IP Google ini anda boleh dapatkan dihalaman ' Lihat arahan tetapan /setting instruction '.

Isikan kesemua 4 IP tersebut yang diberikan oleh Google. Selesai. Paparan DNS Zone File anda akan kelihatan seperti ini :-

click to enlarge

Kini, blog anda boleh diakses walaupun pelawat tidak meletakkan ' WWW ' pada awalan alamat blog anda. Aku harap tutorial ini sedikit sebanyak mampu membantu korang semua. 

Okey, cukup itu dulu setakat nie, ada masa aku akan bawakan entri yang lain pula. Sekian....

25 Feb 2014

couch mode print story

33 Video Panduan Bagaimana Membina Blog Wordpress

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Bila sebut tentang blog, sebenarnya terdapat pelbagai platform untuk kita membina blog. Platform yang paling diminati dan terkenal ialah Wordpress dan juga Blogspot. Kalau nak sebut yang lain-lain itu mungkin tidak berapa popular sangat berbanding kedua-dua platform ini.

Pada yang sudah terbiasa menggunakan platform Blogspot, mungkin ada di antara kita akan merasakan yang platform Wordpress amat sukar untuk di uruskan. Ini mungkin kerana platform Wordpress memerlukan hosting dan domain sendiri untuk membina sesebuah blog. 


Jadi, pada yang masih baru lagi dan kurang arif berkaitan hal-hal hosting ini, agak sukar juga bagi mereka membina blog menggunakan Wordpress. Berbeza pula dengan Blogspot yang mana semuanya sudah disediakan secara percuma oleh pihak Blogger.com, hanya perlukan sedikit pengetahuan sahaja untuk menggunakan domain sendiri.

Sekiranya anda mahir menggunakan Wordpress, anda mampu menjana pendapatan darinya. Salah satu sumber menjana pendapatan dengan Wordpress ialah flipping site yang mana anda boleh menjual blog wordpress anda, sebagai contoh di laman Flippa.com. Anda juga boleh menjana pendapatan melalui jualan themes wordpress yang anda bina sendiri, dan untuk pengetahuan anda salah seorang programmer dari Pakistan iaitu Muhamad Haris menjadi jutawan hanya dengan menjual themes Wordpress yang diciptanya sendiri.

Banyak kelebihan sebenarnya jika anda mampu menguasai Wordpress, dan pada anda yang masih lagi belum mahir serta masih kabur lagi bagaimana menghasilkan blog menggunakan Wordpress, kini anda boleh mendapatkan panduan Wordpress Beginner yang mana ianya menyediakan 33 video yang merangkumi pelbagai topik, iaitu :-

1- How to Buy a Domain Name
2 – How to Buy a Web Hosting Account
3 – How to Connect your Domain to a Web-Hosting Account
4 – Installing WordPress Using cPanel
5 – Installing WordPress Manually via FTP
6 – How To Clean Up A New WordPress Blog
7 – How to Change Your Permalinks Structure
8 – How to Customize Your WordPress Dashboard
9 – How to Create New Posts in WordPress
10 – How to Create New Pages in WordPress
11 – How to Use and Format Images in WordPress
12 – How To Install Plugins Automatically
13 – How to Upload and Install Plugins Manually
14 – How to Upgrade Delete Plugins Automatically
15 – How to Install WordPress Themes Automatically
16 – How to Upload and Install Themes Manually
17 – How to Upgrade WP Themes Automatically
18 – How to Customize Your WordPress Theme
19 – How to Use WordPress Widgets in The Sidebar
20 – Controlling Spam Comments in WordPress
21 – Using The Akismet Spam Plugin
22 – How to Create A Contact Form in WordPress
23 – How to Customize Your Contact Form
24 – Adding and Managing Users in WordPress
25 – How to Customize the Top Navigation Menus
26 – How to Add Audio Player to WordPress
27 – Customizing Your Audio Player for WordPress
28 – Getting and Using Gravatars for Your Blogging
29 – How to Display Testimonials on WP
30 – How to Add Youtube Videos to Posts
31 – How to Make Posts User Friendly For Your Readers
32 – How to Use Privacy and Update Services
33 – How to Revert to a Previous Draft

Panduan ini akan membantu anda bagaimana membeli domain sehingga anda berjaya membuat entri yang pertama di blog Wordpress anda. Panduan Wordpress Beginner ini amat-amat sesuai pada anda yang masih belum mampu membina blog Wordpress pertama anda.

Jadi, pada yang rasa Panduan Wordpress Beginner ini amat sesuai buat anda, anda boleh daftar di sini.

21 Jan 2014

couch mode print story

Buat Duit Dengan Domain

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sekarang ini semakin banyak program-program pengiklanan yang wujud di laman maya ini. Ini merupakan peluang yang baik bagi semua blogger diluar sana untuk menjana pendapatan dari blog.


Tetapi, bila dah ramai sangat blogger yang turut serta dalam sesuatu program contohnya Nuffnang, saingan bagi anda untuk mendapatkan Sponsored Post, Buffered Earning dan lain lain agak kuat. Ganjaran yang diterima juga tidak semeriah dulu. Kalau dulu hanya segelintir sahaja yang tahu tentang buat duit dari blog, kini boleh dikatakan semua orang yang ada komputer dan laptop ini sudah tahu bagaimana menjana pendapatan dari blog. Jadi, saingan memang amat kuat bagi blogger dalam dunia pengiklanan ini.

Salah satu pilihan terbaik bagi anda semua yang memang nak sangat buat duit online ini, Jual Beli Domain adalah salah satu pilihan yang baik. Dengan sekali pelaburan yang tidak sampai RM 40, anda mampu menjana pendapatan berlipat kali ganda.

Andaikan anda membeli satu domain dengan harga $10, kemudian anda jualkan domain tersebut dengan harga $300, disitu anda telah untung berlipat kali ganda. Bagaimana jika anda berjaya menjual sekurang-kurangnya 10 domain pada harga yang sama? agak lumayan juga pulangan yang anda dapat.

Jual Beli domain sememangnya mampu memberikan pulangan yang lumayan buat anda. Pelbagaikan sumber pendapatan anda di internet, InsyaAllah anda akan berjaya. Pada yang berminat untuk pelajari bagaimana menjadikan Jual Beli Domain ini sebagai sumber pendapatan anda, bolh lihat disini. Ebook percuma juga disediakan. Jual Beli domain

14 Sep 2013

couch mode print story

Kupon Diskaun Dari GoDaddy

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Agak lama juga blog ini tidak di update, hampir dua minggu juga blog ini terbiar tanpa sebarang entri baru. Entahlah, sejak kebelakangan ini mood blogging aku dah jauh melayang, tak tahu sebenarnya nak menulis apa, aku ada cuba juga buat blogwalking untuk dapatkan idea-idea menulis entri namun masih belum dapat mood blogging kembali. Aku harap lepas nie aku akan lebih rajin lagi nak update blog nie. Pada anda semua yang rajin singgah di blog ini, aku harap anda semua akan terus kekal membaca di blog ini, rajin-rajinlah komen ye...


Baiklah, bagi menghargai pembaca blog kau yang tidak seberapa ini, aku nak kongsikan pada anda semua kupon promosi domain dari Godaddy. Kira ini macam hadiahlah pada anda yang rajin datang ke blog ini, nak buat contest atau giveaway aku rasa masih belum mampu dan cukup branding lagi blog ini, InsyaAllah kalau ada rezeki dan support dari anda semua aku memang teringin nak adakan contest ataupun giveaway dekat blog ini. Perancangan itu dah ada cuma masa dan pelaksanaanya sahaja yang perlu aku lakukan. Doa-doakanlah ye, mana tahu melalui contest atau giveaway akan lebih menjenamakan blog ini dalam dunia blogging Malaysia.

Berbalik pada kupon GoDaddy tadi, disini aku senaraikan kupon-kupon promosi dari mereka, aku dah cuba gunakan satu dan memang kupon nie masih valid lagi. Nah, aku senaraikan di bawah ini:-

Domain $1.99

- cjc199
- 199nuts
- gofhbs011
- school
- HINCH199

Yang lagi satu ini aku rasa memang ramai yang menunggu promosi dari GoDaddy nie sebab promosi domain $0.99 kembali lagi, aku memang gunakan kupon nie untuk grab lagi satu domain baru. Anda semua nak tahu ke?? hehehe......... nah gunakan kupon nie semasa anda nak checkout nanti, 99LUV

Aku harap kupon nie still valid lagi sebab anda semua tahulah berapa ramai yang memang tunggu offer dari GoDaddy nie, jadi bila dah ramai yang gunakan takut dah habis limit pula, apa-apapun anda semua cuba dahulu, kalau dah tak lepas tu, gunakanlah kupon untuk $1.99 pula dari mereka, still murah lagi tu. Untuk makluman, bila dah harga promosi nie, mereka tak accept kalau anda gunakan Paypal untuk pembayaran nanti, jadi gunakanlah kad Visa anda masa buat bayaran nanti. So, cepat-cepat dapatkan domain baru anda....










p/s: ada sape-sape yang leh bagi idea untuk contest@giveaway tak??



19 Ogo 2013

couch mode print story

Promosi Domain Dari GoDaddy

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Hari ke-12 dalam bulan Syawal, nampaknya mood-mood raya sudah mula pudar apabila masing-masing sekarang kembali sibuk bekerja. budak-budak pun dah mula bersekolah, jadi pada yang masih sibuk nak beraya itu, sila pastikan rumah yang anda hendak kunjungi masih lagi menerima tetamu dan juga mempunyai bekalan kuih raya yang mencukupi, dan yang penting sampul berisi not-not yang diterima pakai oleh bank negara Malaysia masih lagi sudi untuk dihulurkan. Oh ya, pastikan juga tuan rumah itu sekacak En. Titan kita sebab orang kacak nie murah hati sikit, betul ke?? hehehe....


Baiklah, hari ini saja aku nak kongsikan pada anda semua promosi domain yang dijalankan oleh GoDaddy sepanjang bulan Ogos ini. Kepada anda yang masih lagi belum memiliki domain sendiri, apa kata anda dapatkan sekarang di GoDaddy kerana harga promosi mereka hanya $ 2.49 sahaja. Kalau convert dengan duit kita adalah dalam RM7++ macam tu. Kira murah juga berbanding harga biasa.

Untuk pengetahuan anda juga, promosi domain ini hanya menerima bayaran melalui kad kredit/debit ( VISA ) sahaja. Pada yang nak beli guna akaun Paypal itu, maaflah ya, mereka tak menerima bayaran melalui Paypal, AliPay, gift card dan yang sama waktu denganya. Aku bagitahu awal-awal takut ada yang argue pula kenapa tak boleh nak beli domain dengan harga promosi dengan mereka, puas pula aku nak menjawab.


Pada yang rasa masih memerlukan domain untuk projek-projek akan datang, apa kata anda dapatkanya sekarang, sementara tengah offer ni kan. Boleh tengok kat sini.

16 Apr 2013

couch mode print story

Promosi Domain $0.99 Sahaja!!!

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Untuk pengetahuan anda, salah satu penyedia domain dan hosting, Network Solutions kembali lagi dengan promosi harga domain yang lebih murah dan menjimatkan. Kepada sesiapa yang berminat nak beli domain baru boleh lah dapatkan di Network Solutions. 

Aku ingin ingatkan bahawa promosi ini hanya sah untuk tempoh masa tertentu sahaja. Jadi pada yang merancang untuk memiliki domain baru, apa kata anda dapatkan segera domain di Network Solutions ini dengan harga yang jauh lebih murah daripada biasa. Aku awal-awal lagi dah rembat satu domain, untuk projek blogging terbaru aku nanti, sementara tengah murah, belilah awal-awal, jimat sikit.