Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Hari ke-12 dalam bulan Syawal, nampaknya mood-mood raya sudah mula pudar apabila masing-masing sekarang kembali sibuk bekerja. budak-budak pun dah mula bersekolah, jadi pada yang masih sibuk nak beraya itu, sila pastikan rumah yang anda hendak kunjungi masih lagi menerima tetamu dan juga mempunyai bekalan kuih raya yang mencukupi, dan yang penting sampul berisi not-not yang diterima pakai oleh bank negara Malaysia masih lagi sudi untuk dihulurkan. Oh ya, pastikan juga tuan rumah itu sekacak En. Titan kita sebab orang kacak nie murah hati sikit, betul ke?? hehehe....
Baiklah, hari ini saja aku nak kongsikan pada anda semua promosi domain yang dijalankan oleh GoDaddy sepanjang bulan Ogos ini. Kepada anda yang masih lagi belum memiliki domain sendiri, apa kata anda dapatkan sekarang di GoDaddy kerana harga promosi mereka hanya $ 2.49 sahaja. Kalau convert dengan duit kita adalah dalam RM7++ macam tu. Kira murah juga berbanding harga biasa.
Untuk pengetahuan anda juga, promosi domain ini hanya menerima bayaran melalui kad kredit/debit ( VISA ) sahaja. Pada yang nak beli guna akaun Paypal itu, maaflah ya, mereka tak menerima bayaran melalui Paypal, AliPay, gift card dan yang sama waktu denganya. Aku bagitahu awal-awal takut ada yang argue pula kenapa tak boleh nak beli domain dengan harga promosi dengan mereka, puas pula aku nak menjawab.
Pada yang rasa masih memerlukan domain untuk projek-projek akan datang, apa kata anda dapatkanya sekarang, sementara tengah offer ni kan. Boleh tengok kat sini.
In Blogging , Domain
erm..nak tunggu O.99..hehee
BalasPadamkalau macam tu kena tunggu raya krismas la baru dia bagi.....
BalasPadam