21 Okt 2014

couch mode print story

8 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Produk Digital Sendiri

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sekarang ini begitu ramai pengguna internet yang berlumba-lumba nak buat duit secara online. Ada 1001 cara untuk korang buat duit online ini asalkan kena pada cara dan gayanya.

Pogram buat duit seperti affiliate, program pengiklanan blog, berniaga di Facebook adalah antara yang popular dan menjadi pilihan pengguna internet pada masa kini.


Bagi korang yang memang serius nak buat duit secara online, menjual produk digital milik anda sendiri merupakan pilihan yang baik. Kenapa aku kata pilihan yang baik?

8 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Produk Sendiri

1. Untung 100%

Ya, korang boleh untung 100% dengan produk korang sendiri. Berbeza pula dengan program affiliate yang mana korang mendapat komisen diantara 30% hingga 50% sahaja. Kena tunggu hujung bulan pulak tu baru dapat duit.

2. Penghasilan produk hanya sekali

Dengan hanya satu produk, korang boleh jual produk tersebut selama mana yang korang inginkan selagi mana ianya relevan dengan pasaran semasa.

3. Pendapatan secara berterusan

Hasil jualan secara terus menerus tanpa perlu risau akan kehabisan produk.

4. Jualan tidak terhad

Jualan produk korang tidak terhad pada rakan-rakan dan orang sekitar korang sahaja, tetapi dimana sahaja selagi mana internet boleh di akses.

5. Tiada risiko

Ya, boleh dikatakan penjualan produk digital hampir tiada RISIKO sekiranya produk anda tidak mencapai target jualan. Berbanding dengan perniagaan produk fizikal yang pasti mengundang risiko dan kerugian yang besar sekiranya produk tidak habis terjual.

6. Kos yang rendah

Kos untuk penyedian produk digital amat-amat rendah berbanding yang lain. Anda dapat menjimatkan kos-kos lain seperti kos penghantaran, kos sewaan kedai dan lain-lain lagi.

7. Kerja hanya sekali

Selepas laman web jualan anda siap dibina, anda hanya perlu tunggu jualan terhasil sahaja. Produk digital yang berkualiti selalunya menjadi buah mulut pengguna-pengguna internet dan disini kerja promosi anda bertambah mudah.

8. Bina Kredibiliti 

Dengan produk digital anda sendiri, kredibiliti anda akan meningkat dan mendapat kepercayaan dari semua pembeli. Ini membantu anda menghasilkan lagi produk digital yang sudah semestinya mempunyai pembeli yang sedia ada dan kekal.

Dengan sebab-sebab diatas, sudah tiada alasan lagi untuk korang semua tidak menjual produk digital sendiri di internet. Apa yang korang perlu tahu adalah langkah-langkah bagaimana menghasilkan produk digital anda sendiri.

Korang boleh baca di sini. 


Dengan hanya satu produk digital yang korang hasilkan, mungkin ianya mampu memberikan pulangan yang lumayan dan berlipat kali ganda, dan yang paling seronok ialah kerja-kerja penyedian prouk digital korang hanya SEKALI sahaja.