14 Sep 2013

couch mode print story

Kupon Diskaun Dari GoDaddy

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Agak lama juga blog ini tidak di update, hampir dua minggu juga blog ini terbiar tanpa sebarang entri baru. Entahlah, sejak kebelakangan ini mood blogging aku dah jauh melayang, tak tahu sebenarnya nak menulis apa, aku ada cuba juga buat blogwalking untuk dapatkan idea-idea menulis entri namun masih belum dapat mood blogging kembali. Aku harap lepas nie aku akan lebih rajin lagi nak update blog nie. Pada anda semua yang rajin singgah di blog ini, aku harap anda semua akan terus kekal membaca di blog ini, rajin-rajinlah komen ye...


Baiklah, bagi menghargai pembaca blog kau yang tidak seberapa ini, aku nak kongsikan pada anda semua kupon promosi domain dari Godaddy. Kira ini macam hadiahlah pada anda yang rajin datang ke blog ini, nak buat contest atau giveaway aku rasa masih belum mampu dan cukup branding lagi blog ini, InsyaAllah kalau ada rezeki dan support dari anda semua aku memang teringin nak adakan contest ataupun giveaway dekat blog ini. Perancangan itu dah ada cuma masa dan pelaksanaanya sahaja yang perlu aku lakukan. Doa-doakanlah ye, mana tahu melalui contest atau giveaway akan lebih menjenamakan blog ini dalam dunia blogging Malaysia.

Berbalik pada kupon GoDaddy tadi, disini aku senaraikan kupon-kupon promosi dari mereka, aku dah cuba gunakan satu dan memang kupon nie masih valid lagi. Nah, aku senaraikan di bawah ini:-

Domain $1.99

- cjc199
- 199nuts
- gofhbs011
- school
- HINCH199

Yang lagi satu ini aku rasa memang ramai yang menunggu promosi dari GoDaddy nie sebab promosi domain $0.99 kembali lagi, aku memang gunakan kupon nie untuk grab lagi satu domain baru. Anda semua nak tahu ke?? hehehe......... nah gunakan kupon nie semasa anda nak checkout nanti, 99LUV

Aku harap kupon nie still valid lagi sebab anda semua tahulah berapa ramai yang memang tunggu offer dari GoDaddy nie, jadi bila dah ramai yang gunakan takut dah habis limit pula, apa-apapun anda semua cuba dahulu, kalau dah tak lepas tu, gunakanlah kupon untuk $1.99 pula dari mereka, still murah lagi tu. Untuk makluman, bila dah harga promosi nie, mereka tak accept kalau anda gunakan Paypal untuk pembayaran nanti, jadi gunakanlah kad Visa anda masa buat bayaran nanti. So, cepat-cepat dapatkan domain baru anda....










p/s: ada sape-sape yang leh bagi idea untuk contest@giveaway tak??







1 ulasan :