Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sudah lama rasanya tidak menulis entri terbaru di blog ini, pada yang ternanti-nanti entri terbaru di blog ini aku memohon maaf dari anda semua. Bukan malas, tetapi masa terlalu mencemburui aku untuk menulis, aku terlalu sibuk dengan kerja hakiki aku. Inilah dilema yang dihadapi oleh penulis blog separuh masa seperti aku, bukan seperti full time blogger yang sememangnya kerja menulis blog 24 jam sehari.
Baiklah, untuk entri kali ini aku nak kongsikan pada anda semua bagaimana anda semua boleh menambah lagi pendapatan dengan blog masing-masing. Seperti yang kita semua maklum, kebanyakkan blogger menjana pendapatan dengan program pengiklanan seperti Adsense, Chitika, Nuffnang dan sebagainya. Banyak lagi sebenarnya program sebegini di luar sana, namun kita janganlah terlalu ghairah sangat menyertai segala jenis program buat duit dengan blog. Lebih baik rasanya jika anda fokus pada satu-satu program sahaja.
Jika anda fokuskan pada pendapatan dari Nuffnang, cuba kekalkan jumlah trafik yang masuk ke blog anda, update entri-entri terkini untuk memudahkan anda mendapatkan BE earning dari pengiklan di Nuffnang. BE earning sememangnya ditunggu-tunggu bagi blogger yang menyertai program Nuffnang. Pemilihan banner juga menjadi antara faktor yang penting dalam menyumbangkan pendapatan buat anda. Pilih dan letak banner pada tempat-tempat yang sesuai dan strategik untuk pembaca blog anda klik pada iklan banner tersebut.
Bagi anda yang lebih fokuskan pada program Adsense, iklan-iklan dari adsense ini lebih sesuai jika anda semua fokuskan pada blog niche. Blog niche bermaksud blog yang anda bina khas untuk membincangkan sesuatu topik sahaja. Contohnya anda membina blog tentang " Acne Treatment", jadi blog ini hanya membincangkan tentang segala masalah dan jalan penyelesaian berkenaaan bagaimana menghilangkan jerawat. Jadi pembaca yang datang ke blog anda hadir dari kalangan mereka yang ingikan jalan penyelesaian masalah mereka. Iklan adsense yang anda paparkan di blog niche anda tadi relevan dengan isi kandungan blog anda dan peratusan untuk pembaca blog anda klik pada iklan adsense sangat tinggi kerana mereka hanya ingin masalah mereka selesai. itu tujuan utama mereka datang ke blog anda.
Blog niche merupakan senjata utama bagi mereka yang fokuskan pada program Adsense. Bagi anda yang inginkan pendapatan dari adsense, apa kata anda mula membina blog niche anda sendiri. Sebelum membina blog niche pastikan anda membuat keyword research dahulu pada topik yang anda pilih samada ianya mendapat saingan yang tinggi di enjin carian Google atau sebaliknya. Pastikan niche yang anda pilih tadi kurang nilai saingan di enjin carian Google tetapi tinggi nilai carian. Untuk pengetahuan anda, akaun adsense aku diluluskan melalui salah satu blog niche yang aku bina. Adsense juga mampu membawa pulangan yang lumayan pada mereka yang mempunyai pembaca blog yang ramai.
Program -program sebegini mampu membuat seorang blogger meraih pendapatan di internet, bukan sedikit malahan lebih dari mencukupi. Cuma ketekunan dan fokus yang berpanjangan akan membawa setiap dari kita meraih pendapatan di dunia internet ini.
In Adsense , Blogging , Buat Duit Online , Tips , Umum