12 Feb 2013

couch mode print story

Pelbagaikan Sumber Pendapatan Dengan Blog Niche

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Entri kali ini merupakan kesinambungan pada entri aku sebelum ini bagaimana sebuah blog niche mampu membantu pemiliknya menjana pendapatan di internet. Jika entri sebelumnya aku lebih mengkhususkan kepada program adsense di dalam blog niche, kali ini anda boleh menambahkan lagi pendapatan melaului blog niche dangan mengabungkan program affiliate di dalam blog niche tersebut. 


Affiliate merupakan salah satu program yang sering disertai oleh internet marketer, blogger dan affiliater tidak kira di dalam ataupun luar negara. Affiliate adalah salah satu program yang membayar komisyen pada agennya melalui jualan yang dijana melalui link affiliate anda. Sebagai affiliate, anda tidak perlu menyediakan sebarang bentuk produk kerana pihak penjual sudah menyediakan segala bentuk promosi produk yang anda ingin jual. Apa yang perlu anda lakukan adalah promosi, promosi dan juga promosi. Contoh program affiliate yang popular ialah seperti Clickbank, Amazon, CJ ( Commission Junction ), Ebay dan sebagainya. Di Malaysia program affiliate yang popular ialah JomNiaga yang diasaskan oleh pakar affiliate Malaysia dan antarabangsa, saudara Gobala Krishnan

Baiklah, bagiamana sebuah blog niche mampu menjadkan anda seorang affiliate? Seperti yang aku beritahu sebelum ini, blog niche ialah sebuah blog yang membincangkan tentang sesuatu topik sahaja. Contohnya " Acne Treatment", jadi segala isi kandungan di dalam blog ini adalah berkenaan topik tersebut. Bukan blog yang membincangkan kisah peribadi anda dan sebagainya. Sekiranya blog niche anda berkisar tentang " Acne Treatment", promosikan produk affiliate berkenaan topik tersebut. Bagaimana?? sebagai contoh, aku akan memlilih produk affiliate dari program Clickbank untuk dipromosikan. Di Clickbank, produk yang dijual adalah bercirikan produk digital seperti ebook dan juga software. Anda pergi ke laman Clickbank, ( buka akaun jika anda belum mendaftar lagi sebagai agen affiliate ), cari produk yang sesuai dengan topik blog niche anda dan promosikan produk tersebut dengan link affiliate khas yag telah diberikan kepada anda. 

Ini secara tidak langsung akan wujud pembelian dari blog niche anda oleh pembaca yang sememangnya datang ke blog anda untuk menyelesaikan masalah mereka. Dari situ anda akan dibayar komisyen oleh pemilik produk tersebut. Program sebegini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan kerana anda tidak perlu menyediakan produk untuk dijual, sebaliknya anda hanya mempromosikan produk orang lain untuk mengaut keuntungan. Salah satu program yang patut anda cuba untuk menambahkan lagi hasil pendapatan dari internet.

Jika anda melakukan carian di Google, anda akan menjumpai pelbagai jenis program affiliate yang menawarkan beribu-ribu jenis produk untuk anda promosi dan jualkan. Baiklah, disini aku cuba memberikan  satu idea untuk anda memulakan program affiliate dengan blog niche anda. Bagaimana dengan niche blog berkaitan tempat-tempat percutian di Malaysia?? adakah ianya satu idea yang menarik?? jawapan aku YA!! kerana kita sering menerima pelbagai pelancong dari luar negara yang ingin ke Malaysia. Program affiliate  apa yang hendak dipromosikan???

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

: : :

Program Affiliate Hotel.

Ya, kenapa aku memberikan jawapan ini? kerana setiap pelancong yang datang untuk bercuti pastinya akan mencari dahulu maklumat tempat tinggal destinasi mereka, kemudian barulah tempat-tempat menarik destinasi percutian mereka. Kita juga akan melakukan perkara yang sama jika hendak pergi bercuti ke sesebuah tempat bukan?? Anda boleh search di Google untuk mencari hotel-hotel yang menyediakan program affiliate seperti ini. 

Aku harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Mungkin sesetengah orang tidak memerlukan maklumat dan idea aku yang tidak seberapa ini, namun bagi aku, aku sekadar berkongsi KHAS untuk pembaca blog Bicara Blogger.com

-->




2 ulasan :

  1. masih baru dalam dunia affiliate..mohon tujun ajar :)

    BalasPadam