Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ini, hari ini aku ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana hendak memaparkan widget-widget di blog kita pada halaman-halaman tertentu sahaja. Ini banyak dipraktikkan oleh pengguna-pengguna Wordpress kerana plugin-plugin seperti ini amat mudah dimiliki. Jadi bagi pengguna Blogspot seperti kita ini, bukan mustahil untuk blog kita kelihatan sama seperti mereka yang menggunakan platform wordpress.

Cara ini mungkin dapat membuatkan blog anda akan lebih kemas dan tersusun, selesa untuk para pembaca blog anda, lagipun ianya dapat membantu blog kita supaya lebih mudah di crawler oleh search engine. Kenapa?? kerana masa loading blog anda memakan masa yang singkat sahaja. Baiklah, cukup untuk aku bercerita panjang lebar lagi. kita mulakan sekarang.
1 - Langkah pertama sekali, pergi ke Dashboard blog anda, klik Design / Rekaletak. Namakan widget HTML anda dahulu. Ini memudahkan anda mencari widget yang anda kehendaki. Contohnya, kebanyakkan kita tidak akan meletakkan nama pada HTML yang berbentuk iklan seperti Nuffnang, jadi isi sahaja nama widget iklan Nuffnang anda itu sebagai " SPONSOR". Hanya untuk sementara sahaja, anda boleh padam semula nama widget tersebut setelah anda selesai mengubahsuai kod HTML widget anda.
2 - Pergi ke Dashboard, klik Template, kemudian klik "Edit HTML" dan klik kotak "Expand Widget Templates". Sebelum itu, pastikan anda backup dahulu template anda untuk sebarang risiko lain.
3 - Tekan butang CTRL + F untuk mencari widget yang anda kehendaki. Seperti contoh "SPONSOR". Anda akan melihat paparan seperti ini :-
<b:widget id='HTML1' locked='false' title='SPONSOR' type='HTML'>
<b:includable id='main'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>
</b:includable>
</b:widget>
Ini merupakan widget HTML yang anda namakan sebagai SPONSOR tadi. Untuk memaparkan widget ini pada halaman yang anda inginkan sahaja, masukkan kod berwarna merah seperti dibawah ini :-
Paparan di bahagian Homepage blog sahaja
<b:widget id='HTML1' locked='false' title='SPONSOR' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>
</b:if>
</b:includable>
</b:widget>
Paparan di bahagian entri blog sahaja
<b:widget id='HTML1' locked='false' title='SPONSOR' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>
</b:if>
</b:includable>
</b:widget>
Paparan di bahagian halaman tertentu sahaja
<b:widget id='HTML1' locked='false' title='SPONSOR' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.url == "URL halaman anda"'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>
</b:if>
</b:includable>
</b:widget>
* Gantikan dengan URL halaman yang anda inginkan.
Setelah selesai, klik butang save. Selesai.
Dengan mengubahsuai kod HTML ini, widget anda akan dipaparkan pada bahagian yang anda inginkan sahaja. Ini secara tidak langsung blog anda akan kelihatan lebih kemas dan tersusun, dan yang lebih penting pembaca blog anda akan lebih selesa membaca di blog anda. Semoga apa yang aku kongsikan ini dapat membantu anda semua. Sebuah Perkongsian dari aku.
In Blogging , Tips