
Home
/
All post
17 Okt 2015
Selepas TNX, Apa Nasib Program Jual Beli Link Yang Lain?
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini blogger Titan ada menulis mengenai salah satu program buat duit dari blog yang sudahpun menutup operasi mereka, program yang dimaksudkan ialah TNX.net.
Ya, bagi mereka yang kenal dengan program ini, ianya adalah salah satu program yang agak menguntungkan pemilik blog. Program ini lebih kurang sama juga konsepnya dengan Text Link Ads, LinkWorth, Backlinks, Intellilinks dan lain-lain lagi.
Kalau nak senaraikan satu persatu memang banyaklah program yang berkonsepkan jual beli link di blog nie, kalau rajin, anda boleh cuba search di Google.

Melihatkan pada perkembangan ini, aku tertanya-tanya, apa yang akan berlaku seterusnya dengan program berkonsepkan jual beli link ini. Dengan perubahan pihak Google sekarang yang sudah tidak mengambil kira Page Rank semua blog yang tersenarai di Google, sedikit sebanyak ianya mungkin menganggu perjalanan program sebegini.
Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, kebanyakkan pengguna internet kini menjadikan telefon bimbit sebagai medium utama untuk melayari internet, jadi di situ aku nampak program pengiklanan seperti ini sukar untuk mendapatkan pihak advertiser.
Dengan kekuatan media sosial seperti Facebook pada masa kini, kebanyakkan advertiser kini memilih FB Ads sebagai medium pengiklanan utama perniagaan mereka, ditambah pula Instagram yang kini memperkenalkan Insta Ads, jadi mereka lebih mudah mendapatkan pembeli di serata dunia.
Walaubagimanapun, medium pengiklanan seperti Google Adsense, White Media, Innity, Unruly Media dan pelbagai lagi program yang berasaskan banner, video, masih lagi relevan pada masa sekarang.
Pihak mereka memang sudah sedia maklum dengan perkembangan semasa dunia internet ini, jadi kebanyakkan iklan dari program-program sebegini telah dinaik taraf supaya lebih mobile friendly, dan yang paling menguntungkan sudah semestinya pihak advertiser dan juga pemilik blog.
Jadi, berbalik pada program jual beli link di blog, aku pun tidak pasti sejauh mana program-program sebegini akan terus bertahan dalam industri pengiklanan ini. Apakah nasib yang sama akan terjadi pada program-program yang lain seperti mana terjadi pada TNX.net?
Sama-sama kita nantikan, andai apa yang berlaku pada TNX.net ini akan terus merebak ke program lain, yang rugi sudah semestinya pemilik-pemilik blog, tertutup sudah satu punca pendapatan di blog.
Sebagai seorang blogger, apa pandangan anda?
p/s:- lagi ramai frust kalau program LinkWorth pun tutup juga macam TNX...huhu...
2 Okt 2015
Contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah, Tahniah Pada Semua Pemenang
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang semua sedia maklum, pemenang-pemenang bagi contest Telekung Reehans Pilihan Muslimah telahpun diumumkan oleh blogger HasrulHassan yang mana kali ini blogger Hasrulhassan menjadi penganjur untuk contest ini.

Blog ini tak berkesempatan pula nak turut serta memeriahkan contest SEO kali ini, maklumlah..dah lama betul aku tak update entri-entri baru kat blog ini, kelaut betul mood nak menulis blog. InsyaAllah, aku cuba turut serta dalam contest yang akan datang.
Okey, berbalik pada kisah contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah tadi, aku ucapkan tahniah pada semua pemenang, dan seperti yang aku jangkakan, pemenangnya adalah bloggerlelaki. Menang dengan penuh bergaya nampaknya, haha...
Memang semua sedia maklum rasanya, bila ada contest-contest SEO macam ini, blog bloggerlelaki tak pernah pulang dengan tangan kosong, mesti ada ada habuan tak kiranlah nombor satu ke, dua ke , ketiga ke, memang sentiasa ranking di search engine Google. SEO friendly betul blog dia, minta ilmu sikit bang.....huhu....
Tukar Layout Blog
Seperti yang anda semua perasan, blog ini telah pun bertukar layout yang baru. Ini memang merupakan cara dan gaya aku dari dulu lagi bila mood nak menulis blog hilang, jadi bila dah ada layout baru ini, agak berahi juga nak menulis balik. Harap-harap mood menulis ini kekal lebih lama sikit dari sebelum-sebelumnya..haha..
Banyak lagi setting dalam blog ini yang aku belum sempat tukar, jadi yang mana ada terkurang atau tak selesa bila membaca blog ini minta maaflah banyak-banyak ye, ada masa nanti aku try adjust yang mana perlu.
Apa-apapun aku ucapkan tahniah sekali lagi pada semua pemenang-pemenang contest anjuran blogger hasrulhassan kali ini. Ada masa kita jumpa dalam contest SEO yang akan datang, cita-cita aku nak beat blog bloggerlelaki, hasrulhassan dengan blog saimi ramlan...huhu....
29 Mei 2015
Sakit Lutut
Sakit Lutut merupakan salah satu masalah yang biasa berlaku terutamanya pada mereka yang sudah berumur, tidak terkecuali juga pada golongan muda, bergantung pada akitiviti yang dilakukan oleh setiap individu.

Lutut merupakan salah satu sendi terpenting dalam tubuh badan kita dalam melakukan aktiviti-aktiviti seharian. Berkerja, bersukan, berlari, berjalan, solat, semuanya menggunakan sendi lutut. Jadi, bila sendi penting ini mula sakit, agak sukar untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
Sakit lutut berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya ialah:-
- Aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan lutut yang kerap, seperti contoh ahli sukan
- Mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti
- Individu yang sudah berusia
- Kerap kali terjatuh atau kesan kemalangan dan kecederaan pada lutut
- Masalah pada sendi lutut
Anatomi Bagi Lutut dan Kedudukan Sakit Lutut
Lutut terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk tulang, ligamen, otot dan juga saraf. Ligamen-ligamen yang terdapat pada lutut dikenali sebagai:-
- Ligament Patellar (ligamen kepala lutut)
- Anterior Cruciate Ligament (ligamen didalam sendi lutut)
- Medial Collateral Ligament (ligamen di sebelah tepi dalam lutut)
- Lateral Collateral Ligament (ligamen disebelah tepi luar lutut)

Sakit pada bahagian atas lutut
Ini bermakna anda mengalami masalah quadriceps tendon sama ada bengkak atau koyak.Sakit di bahagian tepi lutut samada luar ataupun dalam
Ianya menandakan lutut anda mengalami masalah pada meniscus atau ligamen collateral yang koyak atau pun arthritis.Sakit pada kepala lutut
Anda mempunyai masalah chrondromalacia patella (sakit di bawah kepala lutut), patella tracking disorder, bursitis atau pun arthritis. Masalah di bahagian belakang lutut juga mempunyai tanda yang tertentu seperti Baker’s cyst atau arthritis. Penyakit Osgood-Schlatter merupakan bengkak di bahagian bawah lutut di atas lekuk permulaan shin bone.Rawatan Bagi Sakit Lutut
Masalah sakit lutut seperti yang diterangkan di atas tadi masih boleh dirawat dengan beberapa kaedah rawatan seperti mengurut dan rawatan akupuntur dan sebagainya.
PRO Kas - Muscle Pain Relief
Pro Kas - Muscle Pain Relief. Salah satu alternatif terbaru dalam menyembuhkan sakit lutut, sengal sendi, tulang serta memberikan kesegaran buat anda.
Menggunakan bahan-bahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti:-
- Aloe Vera - Antioksidan, antibiotik yang bekerja sebagai stimulator pertumbuhan sel dan membaiki bekas luka dan sifat inhibitor nyeri.
- Soya - Mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur!
- Vitamin dan Mineral - Kaya vitamin dan mineral seperti kalsium, sodium, besi, kalium, mangan, seng, asam folat, pelbagai jenis vitamin, asam amino.
- Delima - Mengandungi vitamin c sebagai penurun risiko arthiritis dan ianya baik untuk tulang.
- DMSO - Pembawa bahan-bahan Pro KAS masuk ke dalam anggota badan dengan menggunakan teknologi nano dengan membetulkan DNA tanpa perlu melakukan pembedahan.
- Menthol - Mempunyai anestetik tempatan dan kualiti counterirritant, dan ia digunakan secara meluas untuk melegakan sakit otot.
- Sakit Lutut - Sekiranya anda Tidak dapat berdiri lama, susah untuk berjalan, solat dan jalankan apa jua aktiviti harian.
- Sengal Sendi - Anggota badan yang kerap lenguh, kebas dan terasa sengal-sengal bahu, leher atau di mana-mana sendi.
- Tulang - Pergerakan anda terbatas kerana masalah dalaman yang berkaitan dengan tulang dapat diselesaikan.
- Kesegaran - Terasa lesu, lemah, tidak bermaya. Dapatkan kembali kesegaran badan! Anda akan rasa segar dan kembali rasa bertenaga
Pro Kas hanya untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan kenakan Pro Kas pada luka atau mana-mana rongga badan. Simpan Pro Kas jauh dari kanak-kanak dan baik disimpan pada suhu bilik.
12 Mei 2015
Bisnes Biskut Penyet Sempena Musim Perayaan
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh kerahmatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Kebiasaannya pada bulan Ramadhan ini, pelbagai cabang rezeki yang wujud bagi menambah pendapatan seharian kita. Contoh paling dekat dan menjadi kebiasaan bagi kita ialah perniagaan bazaar ramadhan. Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang mengusahakan perniagaan menjahit baju kurung yang aku pasti memang tidak menang tangan melayan permintaan yang banyak dari para pelanggan.
Anda? sudah ada perancangan untuk menjalankan perniagaan sempena musim perayaan ini? Apa kata anda mencuba bisnes kuih raya yang sememangnya mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan.
Pernah makan biskut Famous Amos? berapa ramai di antara anda yang pernah mencubanya? lazat dan enak bukan? jadi apa kata anda cuba menyediakan tempahan kuih raya yang jenisnya sama seperti biskut Famous Amos ini.
Jadi, apa kata anda mencuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Shida ini sebagai model perniagaan kuih raya anda, resepi yang saya maksudkan ialah....
Resepi Biskut Penyet

Ya, biskut penyet merupakan antara biskut yang sering mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan terutamanya di musim perayaan. Selain daripada itu, biskut penyet ini juga boleh dijadikan sebagai perniagaan utama anda walaupun selepas berakhirnya musim perayaan. Apa yang perlu anda tahu ialah cara bagaimana membuat biskut penyet.
Ada pelbagai jenis biskut penyet yang boleh anda hasilkan seperti :-
Famous Chocolate Chip

Nestum Oat Coffee

dan pelbagai lagi resepi biskut penyet yang dikongsikan oleh Puan Shida ini. Pada anda yang berminat menjalankan perniagaan biskut penyet ini, boleh lihat dapatkan Panduan Buat Biskut Penyet dari Puan Shida.
22 Apr 2015
Sejauh Mana Penghargaan Pada Blogger Dalam Program MSMW 2015
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini blogger Hasrul Hassan dan Encik Titan ada menyentuh isu penganjuran Malaysia Social Media Week atau singkatanya MSMW di dalam blog mereka.
Isu yang mereka bawa ialah imbuhan yang patut blogger-blogger yang bertanding di MSMW ini dapat. Selain dari perjalanan program yang mungkin hanya mengeksploitasi para-para blogger di Malaysia tanpa adanya imbuhan yang setimpal membuatkan aku terpanggil untuk menulis entri ini.
Seperti yang kita tahu, ramai blogger yang menggunakan MSMW ini sebagai salah satu platform untuk menjenamakan lagi blog mereka supaya lebih dikenali terutamanya apabila berjaya memenangi anugerah yang ditawarkan pada program tersebut.
Ya, aku tak nafikan kelebihan program ini adalah penjenamaan blog kita yang akan lebih dikenali sekiranya berjaya meraih anugerah yang ditawarkan, tetapi kalau boleh berilah sedikit imbuhan pada pemenang-pemenang ini, bukan sekadar trofi dan sijil sahaja.
Ada blogger yang datang dari jauh, mungkin dengan adanya sedikit imbuhan berbentuk wang tunai, dapatlah cover sedikit kos perjalanan mereka. Aku ada terfikir beberapa cadangan mengenai imbuhan yang patut blogger-blogger yang menang anugerah ini dapat, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja. Apa kata pada penganjuran tahun akan datang, pihak penganjur tawarkan kepada pemenang......
- Imbuhan berbentuk wang tunai, tak mintak banyak pun, RM300 dah ok kot?
- Peluang menjadi penulis jemputan dalam majalah-majalah yang ada di Malaysia ini mengikut kategori pemenang. Contohnya kalau kategori sukan, blog Guli Roket Encik Titan menang, bagi dia kontrak jadi penulis jemputan dekat majalah sukan selama setahun ke, setengah tahun ke, tak perlulah mintak banyak pun sumbang artikel, sebulan satu artikel pun dah cukup memadai. Jadi, blogger yang menang nie akan dapat lebih banyak lagi peluang mereka kukuhkan jemana blog masing-masing.
- Dapat kontrak pengiklanan mengikut kategori pemenang, letaklah berapa harga pun untuk satu-satu tempoh, mana tahu ada blogger yang berminat, tapi pastikan benda itu setimpalah.
- Jemputan jadi speaker dalam mana-mana program bersama blogger, ini pun satu peluang baik untuk blogger lebih dikenali.
Sejujurnya, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja, mana tahu dengan adanya imbuhan berbentuk seperti ini akan lebih menarik lagi minat blogger-blogger kita untuk sama-sama meriahkan lagi program MSMW pada tahun-tahun akan datang, kalau dah namanya penganugerahan dan penghargaan buat blogger, apa salahnya masukkan ganjaran-ganjaran yang macam nie kan?
Aku harap pihak penganjur akan lebih memikirkan pulangan yang setimpal buat blogger-blogger yang bertanding, bukan niat aku nak kondem mereka, cuma penambahbaikan bagi menaikkan lagi imej blogger-blogger kita dan secara tak langsungnya program MSMW ini akan lebih mendapat perhatian dari blogger dan pengamal media sosial di Malaysia ini.
21 Apr 2015
Template Blog Yang Lebih Mobile Friendly
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, sejak dari malam tadi sibuk mencari template baru untuk blog, akhirnya jumpa juga template yang berkenan di hati.
Banyak benda lagi yang perlu aku setting pada template ini,tetapi buat masa ini hanya ini sahaja yang mampu aku siapkan dulu kerana sibuk dengan kerja hakiki aku. Tapi rasanya macam dah okay je kan? haha...
Aku pun dah tak ingat berapa kali blog ini dah berubah wajah dan layout, tetapi yang pasti perubahan kali ini adalah kerana Google!
Ya, pihak Google sekarang nie akan memberi keutamaan di ranking search engine mereka pada blog yang mobile friendly. Template blog aku sebelum ini agak kurang mobile friendly, jadi kenalah tukar bagi mengelakkan blog aku hilang dari search engine mereka.
Jadi sekarang nie, tak boleh nak harapkan blog kita cantik saja, kena ambil kira juga benda-benda teknikal macam nie. Sebelum ini pun Google dah umumkan yang projek open source Google Code mereka bakal ditutup, jadi anda semua kena semak balik dalam template blog masing-masing, takut terkena effect pada blog nanti.
Bercerita pasal google nie, sekarang nie pihak Google Adsense dah mula menerima bahasa melayu kedalam program pengiklanan mereka, satu berita gembira buat semua blogger-blogger Malaysia. Aku dengar ramai yang dah berjaya dapatkan akaun Adsense, tahniah aku ucapkan pada anda semua.
Pada yang masih belum berjaya lagi, jangan putus asa, boleh cuba mohon lagi. Tetapi, sebelum memohon akaun Adsense itu, pastikan blog-blog kita "bersih" dari segala benda yang boleh melanggar T&C Adsense. Anda boleh rujuk disini cara mudah mendapatkan akaun Google Adsense.
Mungkin ada kita tak perasan, ada di antara artikel-artikel lama kita di blog melanggar T&C mereka, penggunaan keyword dan tajuk artikel juga kena jaga-jaga sebab pihak Adsense nie sensitif sikit bila jumpa keyword yang bukan-bukan. Blog informasi dan viral agak berisiko sebab anda sendiri tahu keyword-keyword yang mereka gunakan untuk menarik pembaca.
Jadi, pada yang dah dapat akaun Adsense itu, jagalah baik-baik sebab bila dah kena banned nanti memang susah nak dapat balik, jadi beringat sebelum kena.
Okaylah, cukup setakat ini dulu, ada masa free karang aku update lagi, biasalah bila tukar template baru ini, feel dia lain macam sikit, asyik nak menaip je, haha...
30 Mac 2015
Keputusan Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 Semakin Hampir
Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya, saingan contest SEO Malaysia Best Blog 2015 hampir sampai ke penghujungnya.
Seperti yang anda semua boleh lihat, kedudukan blog bagi keyword 'Malaysia Best Blog 2015' sering berubah-ubah di ranking teratas halaman pertama Google Malaysia setiap hari.
Ini semua adalah sebab hadiah utamanya yang bagi aku cukup lumayan, RM1500. Siapa nak bagi mudah-mudah macam tu je ye tak?
Melihatkan pada situasi ini, anda semua perasan tak yang kita sebenarnya boleh belajar serba sedikit teknik-teknik SEO yang dipraktikan oleh blogger-blogger lain bagi mendapatkan kedudukan utama di halaman Google Malaysia.
Pelbagai teknik SEO yang boleh kita lihat bila adanya contest SEO seperti ini, salah satu peluang yang baik untuk kita belajar dengan orang yang lebih arif.
Kedudukan blog ini? entahlah, aku rasa dah makin jauh ke belakang dari halaman utama. Mungkin teknik dan cara yang aku gunakan kurang berkesan ke atas blog ini. Mungkin pemilihan template blog yang kurang mesra SEO juga memainkan peranan ke atas kedududukan blog.
Google juga sekarang nie dah mula memberikan kelebihan kepada blog-blog yang lebih mobile friendly, itu juga salah satu faktor kedudukan blog kita di halaman utama Google, jadi pelbagai aspek yang perlu kita lihat untuk meletakkan blog kita di halaman utama Google, tidak kiralah menggunakan keyword apa pun.
Apa-apa pun aku harap dengan adanya contest-contest SEO sebegini tuan blog akan lebih peka dengan keadaan blog masing-masing. Tak guna kalau blog kita cantik tapi tidak mesra SEO dan mobile friendly, kan.........
p/s:- lepas nie ingat nak tukar theme yang lebih mobile friendly pulaklah...




