Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

26 Jun 2013

couch mode print story

Isu Penghinaan Islam Semakin Berleluasa

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Kebebasan bersuara melalui media sosial nampaknya semakin menjadi-jadi dengan pelbagai kenyataan dikeluarkan tanpa memikir kesan buruk melalui kenyataan yang dibuat. Terbaru, Sally Yen secara terang-terangan mengutuk dan menghina agama Islam melalui akaun Facebook miliknya. Isu yang dikeluarkan bukan boleh dipandang remeh kerana ianya membabitkan agama.

Dibawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Sally Yen di akaun facebook miliknya. 


.

Aku kurang pasti apa tujuan sebenar disebalik kenyataan yang dikeluarkan oleh Sally Yen. Seharusnya dia lebih peka dengan isu yang bagi aku sangat sensitif kerana ini adalah Malaysia dan agama rasmi kita adalah Islam. kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti itu yang boleh dilihat oleh semua individu?

Sebelum ini pun, ada beberapa isu menghina agama yang dikeluarkan oleh individu-individu lain. Aku harap akan ada tindakan ke atas individu tersebut memandangkan ianya isu yang membabitkan agama Islam, jangan sesekali kita berlembut terhadap mereka kerana pasti akan ada lagi kenyataan sebegini yang keluar dari individu lain pula. 

24 Jan 2013

couch mode print story

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H / 2013M


Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Hari ini semua umat Islam di seluruh dunia menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Dengan tema " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" pada tahun ini, diharapkan kita semua akan cuba mencontohi keperibadian pemimpin agung kita Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita sama-sama meluangkan sedikit masa dengan menghayati kisah Nabi Muhammad S.A.W. Moga kita mendapat seribu satu kekuatan dariNya.


Kisah Nabi Muhammad  S.A.W Dengan Pengemis Buta

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.

“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.

“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.

“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah SWT.



18 Jan 2013

couch mode print story

Amalan Ayat Dan Surah Serta Kebaikannya

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan sehari lagi perjalanan hidup kita dibumi Allah SWT. Semoga di hari Jumaat ini, penghulu segala hari kita diberikan keredhaan olehNya dalam menempuh perjalanan hari ini. Disini aku ingin sama-sama berkongsi dengan anda semua amalan ayat dan surah serta kebaikannya. Moga ianya bermanfaat buat kita semua.


1 - BISMILLAH ( Dengan Nama Allah )

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

2 - SURAH AL-FATIHAH ( Pembukaan )

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

3 - AYAT AL-KURSI ( Kekuasaan Allah )

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut,, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

4 - SURAH AL-BAQARAH ( Sapi Betina )

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

5 - SURAH ALI-IMRAN ( Keluarga Imran )

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

6 - SURAH AN-NISSA' ( Perempuan )

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

7 - SURAH AL-MAIDAH ( Hidangan )

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

8 - SURAH AL-AN'AM ( Binatang Ternak )

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

9 - SURAH AL-A'RAAF ( Benteng Tinggi )

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

10 - SURAH AL- ANFAL ( Rampasan )

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

11 - SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) ( Pemutus perhubungan )

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

12 - SURAH YUNUS ( Yunus )

Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

13 - SURAH AL-HUD ( Hud )

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

14 - SURAH YUSUF ( Yusuf )

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

15 - SURAH AR-RA'D ( Petir )

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

16 - SURAH IBRAHIM ( Ibrahim )

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

17 - SURAH AL-IIIJ'R ( Batu Gunung )

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

18 - SURAH BANI ISRAIL ( Anak-anak Israil )

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

19 - SURAH AL-KAHF ( Gua )

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

20 - SURAH MARYAM ( Maryam )

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

21 - SURAH THAAHAA ( Hai Manusia )

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

22 - SURAH AL ANBIYA ( Nabi-Nabi )

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

23 - SURAH AL-HAJ ( Haji )

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

24 - SURAH AL-MU'MINUN ( Orang-orang Mukmin )

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

25 - SURAH AN-NUUR ( Cahaya )

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

26 - SURAH AL-FURQAN ( Pembaca )

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

27 - SURAH ASY-SYU A'RA ( Ahli-ahli Syair )

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

28 - SURAH AN-NAML ( Semut )

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

29 - SURAH AL-QA-SHASH ( Cerita )

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

30 - SURAH AL-ANKABUT ( Labah-labah )

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

31 - SURAH AR-RUM ( Rum )

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

32 - SURAH LUQMAN ( Luqman )

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

33 - SURAH AS-SAJ DAH ( Sujud )

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

34 - SURAH AL-AHZAB ( Golongan-golongan )

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

35 - SURAH SABA' ( Saba' )

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

36 - SURAH FAATHIR ( Pencipta )

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

37 - SURAH YAASIIN ( Hai Manusia )

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

38 - SURAH ASH-SHAAFFAAT ( Yang Berbaris )

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

39 - SURAH SHAAD ( Shaad )

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat berkat

Semoga apa yang dikongsikan ini membawa kita lebih dekat denganNya. Setiap amalan pasti akan dibalas dengan ganjaran yang amat hebat dariNya. InsyaAllah....

Sumber dari Koleksi Cerita Agama
-->

17 Jan 2013

couch mode print story

Patrick Teoh Akhirnya Mohon Maaf

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang aku jangkakan, selepas mendapat kecaman dan cacian  di semua laman sosial dan blog, akhirnya Patrick Teoh mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka mengenai isu menghina agama yang ditimbulkan oleh Patrick sendiri sebelum ini.

Susulan dari itu, Patrick telah pun memadam kenyataanya di Facebook milik beliau dan memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia. 

patrick teoh hina islam

patrick teoh hina islam

Semoga apa yang terjadi ini akan menjadi pengajaran buat individu lain supaya tidak sesekali mempersendakan agama bangsa lain. Di Malaysia kita hidup dalam pelbagai bangsa, budaya dan agama jadi berfikirlah dahulu  sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.



16 Jan 2013

couch mode print story

Kenyataan Biadap Patrick Teoh Terhadap Islam Dan Al-Quran

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sungguh, aku benar-benar tersinggung dengan kenyatan biadap yang keluar dari orang yang mempunyai pengaruhnya sendiri iaitu Patrick Teoh. Kenyataan yang terang-terang mengutuk umat Islam. Apa masalahnya sehingga perlu mengheret isu agama dalam hal yang remeh ini?? mana hilangnya rasa hormat dia terhadap sesebuah agama??

Aku yakin pasti ramai yang akan mendesak Patrick Teoh untuk menarik balik kenyataan yang dibuat di laman facebok milik beliau. Tetapi sampai bila?? adakah dengan meminta maaf sahaja akan memulihkan kembali keadaan?? mana hilangnya kesucian agama Islam?? bukan niat aku nak membangkitkan kemarahan pada yang lain, tetapi janganlah sesekali mempermainkan isu agama yang sememangnya amat sensitif bagi semua kaum. Setiap manusia perlu tahu akan batas untuk bersuara.

Gambar yang dikongsi melalui akaun twitter milik Dato' Ac Mizal ( @datoacmizal )


-->