Memaparkan catatan dengan label Contest SEO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contest SEO. Papar semua catatan

22 Nov 2015

couch mode print story

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015. Ya, bagi anda yang masih belum mengetahui lagi, pihak Lynk.my kini sedang menganjurkan contest buat blogger-blogger Malaysia yang mana contest ini menawarkan RM 4000 sebagai ganjaran kepada para pemenang.

Contest Review Lynk.my ini akan berlangsung selama dua bulan bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Agak lama juga masa yang diberikan oleh pihak Lynk.my untuk anda sertai, jadi jangan lepaskan peluang untuk anda sama-sama turut serta bagi memeriahkan contest ini.

Contest Review Lynk.my 2015

Baiklah, sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai contest yang sedang dijalankan ini, terlebih dahulu anda perlu faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Lynk.my ini dan bagaimana laman web ini berfungsi.

Apa Itu Lynk.my

Lynk.my merupakan sebuah laman web yang menawarkan perkhidmatan memendekkan URL blog anda agar kelihatan lebih kemas dan teratur dan yang paling penting sekali, ianya adalah percuma.

Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan para pemilik blog, internet marketer mahupun affiliater menjadikan link URL blog, produk, iklan dan sebagainya lebih singkat dan mudah untuk diingati serta boleh dikongsi dimana-mana laman sosial yang penggunaan patah perkataannya agak terhad.

Seperti contoh, :-

Link asal yang panjang :- http://www.bicarablogger.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

Link baru menggunakan Lynk.my :- http://lynk.my/ycHP

Dari sini anda boleh nampak bagaimana sistem lynk.my ini berfungsi. Bukan sahaja lebih mudah diingati malah lebih kemas dan teratur.

Siapa Mereka ( Lynk.my)

Contest Review Lynk.my 2015

Lynk.my ini diuruskan oleh pihak Hexa Cooperation Sdn Bhd bertujuan membantu pemilik-pemilik blog, internet marketer, affiliater dan juga pihak pengiklan.

Untuk pengetahuan anda, mereka juga menawarkan kepada pengguna-pengguna internet di Malaysia untuk sama-sama menjana pendapatan bersama mereka. Bagaimana caranya? saya akan kongsikan kepada anda dibawah nanti.

Bagaimana menjana Pendapatan Dengan Lynk.my

Anda boleh menjana pendapatan dengan Lynk.my dengan berkongsikan URL yang telah dipendekkan menggunakan Lynk.my ke media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Setiap klik yang terhasil di link tersebut, anda akan diberikan imbuhan berdasarkan jumlah klik yang terhasil. Mudah bukan?

Anda hanya perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Lynk.my dan boleh bermula menjana pendapatan dengan mereka menggunakan akaun Publisher yang disediakan oleh mereka.

Segala proses pembayaran menggunakan akaun bank tempatan, jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak memiliki akaun atas talian seperti Paypal, Payoneer mahupun yang lain-lain. Urusan pembayaran lebih mudah buat anda. 

Wang Tunai RM 4000 Untuk Dimenangi

Baiklah, berbalik semula pada contest ini, terdapat tiga jenis kategori yang dipertandingkan bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM 4000 ini. kategori-kategori berikut ialah :-

TOP lynkUNDI
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

TOP SEO
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

TOP CREATIVE
Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200

Melalui kategori-kategori yang dipertandingkan ini, peserta-peserta yang turut serta dalam pertandingan ini layak untuk bertanding dalam semua kategori di atas. dan yang paling menarik sekali seorang peserta dibolehkan untuk menang semua hadiah setiap kategori yang ditawarkan. Menarik bukan?

Pada anda yang berminat untuk turut serta dalam pertandingan ini, apa yang perlu anda lakukan adalah menulis sebuah artikel berbentuk review tentang Lynk.my. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan sebuah artikel review yang menarik tentang mereka.

Artikel penyertaan anda boleh dibuat dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Tiada had minimun dan maksimun panjang artikel anda yang ditetapkan oleh pihak Lynk.my.

50 penyertaan terawal layak mendapat hadiah mendapat hadiah khas yang disediakan oleh pihak iKedaiKami.com.

Untuk syarat-syarat lain yang berkaitan, anda boleh rujuk pautan link yang saya kongsikan dibawah ini. 

Contest Review Lynk.my 2015

Jadi, pada anda yang mempunyai kelapangan, apa kata jika anda turut serta sekali dalam contest review yang diadakan ini. 

Selain merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan, secara tidak langsung juga kita dapat belajar sedikit sebanyak teknik-teknik yang digunakan oleh blogger-blogger pakar dalam menghasilkan sesebuah artikel berbentuk review yang baik dan kreatif, mudah dijumpai di enjin carian Google serta secara tidak langsungnya membantu pihak Lynk.my memperkenalkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

Akhir kata dari saya, semoga berjaya buat semua peserta Contest Review Lynk.my 2015!!

Oh ya, sebelum terlupa, bagi kategori ToplynkUndi, sekiranya anda di antara anda yang sudi nak mengundi saya sebagai salah seorang pemenang dalam kategori ToplynkUndi, anda boleh klik pautan yang telah saya kongsikan dibawah ini. Segala jasa baik anda semua amat-amat saya hargai.

Terima Kasih.

Klik sini untuk mengundi saya :- http://lynk.my/ehC

2 Okt 2015

couch mode print story

Contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah, Tahniah Pada Semua Pemenang

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang semua sedia maklum, pemenang-pemenang bagi contest Telekung Reehans Pilihan Muslimah telahpun diumumkan oleh blogger HasrulHassan yang mana kali ini blogger Hasrulhassan menjadi penganjur untuk contest ini.

Keputusan Contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Blog ini tak berkesempatan pula nak turut serta memeriahkan contest SEO kali ini, maklumlah..dah lama betul aku tak update entri-entri baru kat blog ini, kelaut betul mood nak menulis blog. InsyaAllah, aku cuba turut serta dalam contest yang akan datang.

Okey, berbalik pada kisah contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah tadi, aku ucapkan tahniah pada semua pemenang, dan seperti yang aku jangkakan, pemenangnya adalah bloggerlelaki. Menang dengan penuh bergaya nampaknya, haha... 

Memang semua sedia maklum rasanya, bila ada contest-contest SEO macam ini, blog bloggerlelaki tak pernah pulang dengan tangan kosong, mesti ada ada habuan tak kiranlah nombor satu ke, dua ke , ketiga ke, memang sentiasa ranking di search engine Google. SEO friendly betul blog dia, minta ilmu sikit bang.....huhu....

Tukar Layout Blog

Seperti yang anda semua perasan, blog ini telah pun bertukar layout yang baru. Ini memang merupakan cara dan gaya aku dari dulu lagi bila mood nak menulis blog hilang, jadi bila dah ada layout baru ini, agak berahi juga nak menulis balik. Harap-harap mood menulis ini kekal lebih lama sikit dari sebelum-sebelumnya..haha..

Banyak lagi setting dalam blog ini yang aku belum sempat tukar, jadi yang mana ada terkurang atau tak selesa bila membaca blog ini minta maaflah banyak-banyak ye, ada masa nanti aku try adjust yang mana perlu.

Apa-apapun aku ucapkan tahniah sekali lagi pada semua pemenang-pemenang contest anjuran blogger hasrulhassan kali ini. Ada masa kita jumpa dalam contest SEO yang akan datang, cita-cita aku nak beat blog bloggerlelaki, hasrulhassan dengan blog saimi ramlan...huhu....


30 Mac 2015

couch mode print story

Keputusan Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 Semakin Hampir


Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya, saingan contest SEO Malaysia Best Blog 2015 hampir sampai ke penghujungnya.

Seperti yang anda semua boleh lihat, kedudukan blog bagi keyword 'Malaysia Best Blog 2015' sering berubah-ubah di ranking teratas halaman pertama Google Malaysia setiap hari.

Keputusan Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

Ini semua adalah sebab hadiah utamanya yang bagi aku cukup lumayan, RM1500. Siapa nak bagi mudah-mudah macam tu je ye tak?

Melihatkan pada situasi ini, anda semua perasan tak yang kita sebenarnya boleh belajar serba sedikit teknik-teknik SEO yang dipraktikan oleh blogger-blogger lain bagi mendapatkan kedudukan utama di halaman Google Malaysia.

Pelbagai teknik SEO yang boleh kita lihat bila adanya contest SEO seperti ini, salah satu peluang yang baik untuk kita belajar dengan orang yang lebih arif.

Kedudukan blog ini? entahlah, aku rasa dah makin jauh ke belakang dari halaman utama. Mungkin teknik dan cara yang aku gunakan kurang berkesan ke atas blog ini. Mungkin pemilihan template blog yang kurang mesra SEO juga memainkan peranan ke atas kedududukan blog.

Google juga sekarang nie dah mula memberikan kelebihan kepada blog-blog yang lebih mobile friendly, itu juga salah satu faktor kedudukan blog kita di halaman utama Google, jadi pelbagai aspek yang perlu kita lihat untuk meletakkan blog kita di halaman utama Google, tidak kiralah menggunakan keyword apa pun.

Apa-apa pun aku harap dengan adanya contest-contest SEO sebegini tuan blog akan lebih peka dengan keadaan blog masing-masing. Tak guna kalau blog kita cantik tapi tidak mesra SEO dan mobile friendly, kan.........




p/s:- lepas nie ingat nak tukar theme yang lebih mobile friendly pulaklah...

15 Dis 2014

couch mode print story

Kisah Contest SEO iLancee

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, dalam kesibukkan kerja hakiki aku, dapat juga aku siapkan satu entri baru di blog ini. Lama betul tak berupdate blog ini.Baiklah, seperti yang semua sedia maklum, contest SEO iLancee yang telah diadakan sebelum ini telahpun tamat pada awal Disember yang lalu.


Blog ini juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam contest SEO yang diadakan oleh pihak iLancee.com. Tujuan utama penyertaan blog ini adalah untuk menguji sejauh mana kekuatan SEO blog ini selain memperkenalkan lagi blog ini kepada pembaca-pembaca baru secara tidak langsung.


Keputusanya, blog ini berjaya mendapat tempat ke-12 di ranking Google dari 53 orang pemilik blog yang turut serta memeriahkan lagi contest ini.

Alhamdulillah, sekalipun hanya berjaya mendapat saguhati untuk contest ini, secara tidak langsung ianya mampu menjenamakan lagi blog ini di kalangan blogger-blogger yang jauh lebih berpengalaman dan hebat dalam dunia blogger Malaysia.

Juara? siapa lagi kalau bukan pakar SEO Blogspot, blogger Hasrul Hassan menerusi blognya HasrulHassan.com.

Pernah singgah ke blog beliau? jika belum aku syorkan anda semua rajin-rajinlah singgah di blog beliau kerana banyak ilmu Blogspot yang sering dikongsikan di sana. Ianya sesuai bagi anda yang masih baru lagi dalam dunia penulisan blog ini terutamanya pada anda yang menggunakan platform Blogger.com.

Bagi anda yang menggunakan platform Wordpress, pihak Akademi Denaihati ada menganjurkan kelas Wordpress untuk anda, keterangan lanjut mengenai kelas Wordpress Akademi denaihati anda boleh rujuk di blog Denaihati.com.my.

Okey, berbalik pada kisah contest SEO tadi, sebelum ini blog ini pernah juga menyertai contest SEO Eridy tidak lama dahulu, tetapi keputusanya memang kurang memuaskan berbanding contest kali ini.

Kesimpulanya......

Ada beberapa faktor yang perlu aku perbaiki lagi dalam blog ini, khususnya penggunaan Meta tags, Keywords, template blog yang lebih mesra SEO dan lain-lain lagi bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik pada masa-masa akan datang.

Aku akan cuba pertingkatkan lagi kemahiran penggunaan Meta Tags serta keywords dalam blog.

Semoga dengan adanya contest-contest SEO sebegini, semua pemilik-pemilik blog akan lebih peka betapa pentingnya SEO dalam blog jika ingin berjaya Buat Duit Dengan Blog.

Oh ya, sebelum terlupa tahniah aku ucapkan kepada semua pemenang-pemenang Contest SEO Buat Duit Di iLancee.com, memang seronok bila tengok blog masing-masing berlumba-lumba mendapatkan ranking yang terbaik di ranking Google.

Jumpa lagi dalam contest SEO yang akan datang.... :-)







p/s:- wah, ayat last tu dah macam aku pula penganjur contest..haha...





11 Dis 2013

couch mode print story

Sertai Contest Untuk Menang Atau Menimba Ilmu?

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sekarang ini ramai blogger yang sedang sibuk mempraktikkan ilmu-ilmu SEO yang dimiliki sepanjang bergelar blogger yang mana tidak lain tidak bukan untuk merebut hadiah wang tunai melalui Contes SEO Eridy yang sedang berjalan sekarang ini. Pelbagai teknik dan taktik yang boleh anda lihat sekarang. ada yang menggunakan teknik whitehat dan tak kurang juga yang menggunakan teknik blackhat. Hehe... betul ke? terpulanglah pada diri anda sendiri, tak semestinya yang menggunakan teknik blackhat itu berjaya kan??


Aku juga turut serta dalam Contest SEO Eridy ini, jadi sama-samalah kita lihat keputusannya nanti sejauh mana kehebatan SEO blog ini. Bagi aku, ini merupakan peluang terbaik untuk aku dan yang lain untuk sama-sama belajar teknik SEO dari blogger-blogger lain. Jangan fikirkan sangat pasal hadiah yang ditawarkan itu, ambil peluang ini untuk belajar bagaimana blogger-blogger lain lakukan untuk mendapat ranking teratas Google melalui keyword Contest SEO Eridy ini. Dari situ anda semua boleh mengaplikasikannya di dalam blog anda. Kita masuk sesuatu contest sebenarnya untuk belajar, menimba ilmu, meningkatkan kemahiran, menguji kemampuan blog, menjenamakan blog, dan juga menyokong rakan-rakan blogger yang lain. kalau ada yang fikirkan hanya untuk menang semata-mata, itu aku tidak boleh nak kata apa, tepuk dada tanya selera. Mungkin mereka yang ada dalam kategori ini boleh dikatakan sudah cukup semua ilmu blogging atau dalam bahasa mudahnya OTAI!

Aku pun bukanlah seorang yang mahir dalam dunia blogging, masih banyak lagi yang perlu aku pelajari, ilmu bukan di ukur selama mana anda menulis blog, kadang kala orang yang baru menulis blog pun dah mampu mengatasi orang lama dalam dunia blogging ini. Jadi kita sebenarnya tidak akan pernah berhenti untuk menimba ilmu, setiap hari akan ada ilmu baru yang kita pelajari sepanjang menulis blog. 

Okey, satu soalan cepumas dari aku, anda semua tahu tak bagaimana nak letak efek salji dalam blog macam yang blogger Titan buat? hehehe...... ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu lagi bukan? Okey lagi satu, bagimana nak jadi blogger sekacak beliau? hehe..( mungkin ini bukan ilmu blogging, jadi abaikan...) So, bila anda baru tahu caranya hari ini, anda telahpun mempelajari satu lagi ilmu baru, setuju?

Pada rakan-rakan yang turut serta dalam Contest SEO Eridy ini, aku ucapkan selamat berjaya, semoga contest yang anda sertai ini memberikan anda satu pengetahuan baru dalam dunia blogging, dunia blogging ini luas, tidak lain dan tidak bukan semuanya untuk diri kita sendiri. Semoga berjaya







p/s:- still wondering bagaimana nak jadi blogger kacak, kena makan cendol tiap2 hari ke?...hermmm...hehehe......

4 Dis 2013

couch mode print story

Contest SEO Eridy

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Ini merupakan peluang terbaik bagi semua blogger di luar sana apabila pemilik blog Eridy dot com kini sedang menganjurkan Contest SEO Eridy yang mana anda semua boleh turut serta bagi menjenamakan lagi blog anda dan dalam masa yang sama menjana trafik ke blog anda. 


Ini merupakan contest SEO pertama yang aku sertai sepanjang menulis blog. Sebenarnya aku bukan yakin sangat bila masuk contest-contest macam nie, ilmu yang ada tak setinggi mana kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain diluar sana. SEO?? hermmm..... sikit-sikit aku tahulah, nak kata hebat, ramai lagi yang lebih hebat. Aku join Contest SEO Eridy ini pun sebenarnya lebih kepada menjenamakan blog Bicara Blogger ini sendiri di samping menjadikan blog ini salah satu blog pilihan yang sering dikunjungi oleh anda semua. Jadi menang kalah itu belakang cerita, kalau menang Alhamdulliah, rezeki aku, kalau kalah maknanya kena belajar lebih lagi. 

Baiklah, bercerita tentang Contest SEO Eridy ini, ini merupakan syarat-syarat Contest SEO Eridy:-


Tarikh pendaftaran ditutup : 11 Disember 2013

Contest SEO Eridy ini akan bermula pada 12 Disember 2013 – 30 Disember 2013

Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Jadi, pada yang berminat nak turut serta dalam Contest SEO Eridy ini, cepat-cepatlah buat satu artikel dengan keyword “Contest SEO Eridy”, ingat tarikh tutup ialah pada 11 Disember ini, jadi jangan lengah-lengah lagi, lagi cepat anda buat entri, lagi cepat entri anda berada di ranking google. Layari blog penganjur di sini untuk pemahaman yang lebih jelas.





p/s:- kalau dapat rank di page ke-2 pun dah cukup bagus untuk blog ini.