28 Dis 2015

couch mode print story

Berakhir Sudah Ashadee.com

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya,  salah satu paltform affiliate yang agak popular di Malaysia bakal menamatkan operasi mereka tidak lama lagi. Platform yang dimaksudkan ialah Ashadee atau lebih dikenali sebagai JomNiaga suatu ketika dahulu.

Melalui satu notis khas di laman web mereka, pemilik Ashadee.com iaitu saudara Gobala Krishnan memaklumkan bahawa operasi Ashadee bakal berakhir tidak lama lagi selepas 5 tahun beroperasi.

Berakhir Sudah Ashadee.com


Seperti yang kita semua sedia maklum, Ashadee merupakan sebuah platform yang banyak menawarkan produk berbentuk digital lebih-lebih lagi ebook. Jadi, melihatkan kepada penutupan Ashadee.com ini, secara kasarnya aku boleh nampak permintaan produk digital berbentuk ebook ini sudah agak berkurang dari tahun ke tahun. Mungkin tidak kesemuanya, namun ini boleh dijadikan salah satu faktor penutupan Ashadee.com. 

Jadi, kepada anda yang sudah lama menyertai program Ashadee, tidak kira samada anda merupakan pihak pengiklan ataupun pihak affiliate, sudah tiba masanya anda mencari platform baru bagi meneruskan kesinambungan menjana pendapatan melalui produk digital.

Berakhir Sudah Ashadee.com

Program Klikjer.com antara salah satunya yang boleh anda sertai. Tim InfoKerjaya juga turut membuka peluang ini buat anda, jadi jangan risau sangat dengan penutupan Ashadee ini, masih ada lagi lubuk rezeki buat anda.

Oh ya, anda juga boleh mencuba cuba program-program affiliate hotel seperti Agoda dan Booking.com. Zaman sekarang ini, semua tempahan hotel dilakukan secara online sahaja, jadi mungkin program affiliate hotel ini lebih sesuai untuk anda promosi, permintaan juga sememangnya tinggi setiap tahun berbanding dengan produk digital seperti ebook yang ada kalanya nichenya mengikut permintaan semasa sahaja, bukan secara berterusan.

Akhir kata, semoga tahun 2016 yang akan datang mampu merealisasikan impian dan azam anda menjana pendapatan di internet yang semakin mencabar dari tahun ke tahun.


p/s:- contest seo bakal tamat tidak lama lagi, semoga berjaya pada semua yang turut serta.

2 Dis 2015

couch mode print story

Renew Domain Di GoDaddy Mahal!

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya dalam tempoh tiga bulan akan datang, ada beberapa domain yang aku perlu renew bagi meneruskan kelangsungan hidupnya blog-blog ini di bawah kendalian aku.

Melihatkan pada harga yang ditetapkan oleh pihak GoDaddy, agak mahal juga jumlah yang aku perlu aku bayar pada mereka, hampir RM70 untuk setiap satu domain.

MAHAL!!!

Ya, memang mahal! Bagi mereka yang sudah arif dengan permainan GoDaddy, anda hanya memerlukan kurang dari RM5 sahaja untuk mendapatkan domain baru di GoDaddy, tetapi apabila tiba waktu untuk renew domain tersebut, harga yang perlu anda bayar memang berlipat kali ganda jumlahnya.

Buat masa ini, kesemua domain yang aku miliki dihostkan oleh GoDaddy, semuanya aku beli pada harga kurang RM5 menggunakan kupon promosi yang mereka tawarkan. Jadi, bila tiba waktu renew itu memang agak sakit sikit. 

Renew Domain Di GoDaddy Mahal!

Tetapi mengeluh macam mana pun memang itulah jumlah yang perlu aku bayar. Dan buat masa ini, aku masih selesa lagi menggunakan servis dari pihak GoDaddy ini walaupun memerlukan modal yang lebih sikit setiap kali renew domain.

Satu perkara yang aku perasan pada GoDaddy ini ialah, mereka cukup rajin untuk menawarkan kupon promosi bagi pembelian setiap domain baru namun, bila bab untuk renew domain memang susah betul nak jumpa kupon promosi renewal domain.

Memang susah betul nak jumpa, dan kalau ada pun ianya lebih kepada kupon renewal hosting, SSL certificates dan lain-lain lagi.

Jadi, kesimpulannya janganlah tergoda sangat dengan promosi domain dari mereka..haha...

Tetapi boleh sahaja kalau anda hendak dapatkan domain dari GoDaddy, cuma bila sampai masa hendak expired nanti, anda tranferlah ke domain hosting yang lain, yang mana harga renewnya lebih murah dan berbaloi.

Oh ya, disini aku kongsikan sekali laman web yang menyediakan kupon promosi bagi kebanyakkan syarikat domain.


p/s:- pengajaran! jangan beli domain dalam tempoh waktu yang hampir antara satu sama lain, sebab bila renew memang terasa perit!!

23 Nov 2015

couch mode print story

SEO Friendly Blogger Template

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Masih lagi dalam mood berkenaan seo di dalam blog, untuk kali ini aku nak kongsikan pada anda semua template blogger yang mesra seo.

Pemilihan template merupakan antara salah satu faktor yang penting dalam menjadikan blog anda mesra carian enjin Google. Selain mesra seo, blog anda juga haruslah mobile friendly kerana pihak Google kini mementingkan blog yang lebih mobile friendly untuk disenaraikan di enjin carian mereka.

Baiklah, di sini aku senaraikan beberapa template blog yang mesra seo dan mobile friendly

1. News Pro Theme

News Pro Theme

- Di adaptasi dari themes Wordpress
- Revsponsive template
- Seo ready dan user friendly

< View Demo | Download >


2. Balance Theme

Balance Theme

- Grid style template
- Revsponsive dan fast loading template
- Seo friendly



3. Geeks Gadget Blogger Template

Geeks Gadget Blogger Template


- Revsponsive dan fast loading template
- Seo friendly dan user friendly
- floating header


4. Spike Responsive Blogger Template

Spike Responsive Blogger Template

- Di adaptasi dari themes Wordpress
- Seo friendly dan user friendly
- fast loading dan revsponsive template


5. Siril Responsive Template

Siril Responsive Template

- Revsponsive dan fast loading template
Seo friendly dan user friendly


6. Sang SEO Blogger Template

Sang SEO Blogger Template

- Seo friendly dan user friendly
- fast loading dan revsponsive template



Template-template yang aku senaraikan di atas ini merupakan antara template blog yang mesra seo dan juga revsponsive, kalau nak ikutan memang banyak lagi template-template yang mesra seo.

Anda boleh cuba search di google "seo friendly blogger template" untuk dapatkan lagi lebih banyak pilihan. Di sini aku kongsikan sekali laman web yang menyediakan  pelbagai jenis template yang boleh anda download secara percuma sahaja.



22 Nov 2015

couch mode print story

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015. Ya, bagi anda yang masih belum mengetahui lagi, pihak Lynk.my kini sedang menganjurkan contest buat blogger-blogger Malaysia yang mana contest ini menawarkan RM 4000 sebagai ganjaran kepada para pemenang.

Contest Review Lynk.my ini akan berlangsung selama dua bulan bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Agak lama juga masa yang diberikan oleh pihak Lynk.my untuk anda sertai, jadi jangan lepaskan peluang untuk anda sama-sama turut serta bagi memeriahkan contest ini.

Contest Review Lynk.my 2015

Baiklah, sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai contest yang sedang dijalankan ini, terlebih dahulu anda perlu faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Lynk.my ini dan bagaimana laman web ini berfungsi.

Apa Itu Lynk.my

Lynk.my merupakan sebuah laman web yang menawarkan perkhidmatan memendekkan URL blog anda agar kelihatan lebih kemas dan teratur dan yang paling penting sekali, ianya adalah percuma.

Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan para pemilik blog, internet marketer mahupun affiliater menjadikan link URL blog, produk, iklan dan sebagainya lebih singkat dan mudah untuk diingati serta boleh dikongsi dimana-mana laman sosial yang penggunaan patah perkataannya agak terhad.

Seperti contoh, :-

Link asal yang panjang :- http://www.bicarablogger.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

Link baru menggunakan Lynk.my :- http://lynk.my/ycHP

Dari sini anda boleh nampak bagaimana sistem lynk.my ini berfungsi. Bukan sahaja lebih mudah diingati malah lebih kemas dan teratur.

Siapa Mereka ( Lynk.my)

Contest Review Lynk.my 2015

Lynk.my ini diuruskan oleh pihak Hexa Cooperation Sdn Bhd bertujuan membantu pemilik-pemilik blog, internet marketer, affiliater dan juga pihak pengiklan.

Untuk pengetahuan anda, mereka juga menawarkan kepada pengguna-pengguna internet di Malaysia untuk sama-sama menjana pendapatan bersama mereka. Bagaimana caranya? saya akan kongsikan kepada anda dibawah nanti.

Bagaimana menjana Pendapatan Dengan Lynk.my

Anda boleh menjana pendapatan dengan Lynk.my dengan berkongsikan URL yang telah dipendekkan menggunakan Lynk.my ke media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Setiap klik yang terhasil di link tersebut, anda akan diberikan imbuhan berdasarkan jumlah klik yang terhasil. Mudah bukan?

Anda hanya perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Lynk.my dan boleh bermula menjana pendapatan dengan mereka menggunakan akaun Publisher yang disediakan oleh mereka.

Segala proses pembayaran menggunakan akaun bank tempatan, jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak memiliki akaun atas talian seperti Paypal, Payoneer mahupun yang lain-lain. Urusan pembayaran lebih mudah buat anda. 

Wang Tunai RM 4000 Untuk Dimenangi

Baiklah, berbalik semula pada contest ini, terdapat tiga jenis kategori yang dipertandingkan bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM 4000 ini. kategori-kategori berikut ialah :-

TOP lynkUNDI
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

TOP SEO
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

TOP CREATIVE
Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200

Melalui kategori-kategori yang dipertandingkan ini, peserta-peserta yang turut serta dalam pertandingan ini layak untuk bertanding dalam semua kategori di atas. dan yang paling menarik sekali seorang peserta dibolehkan untuk menang semua hadiah setiap kategori yang ditawarkan. Menarik bukan?

Pada anda yang berminat untuk turut serta dalam pertandingan ini, apa yang perlu anda lakukan adalah menulis sebuah artikel berbentuk review tentang Lynk.my. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan sebuah artikel review yang menarik tentang mereka.

Artikel penyertaan anda boleh dibuat dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Tiada had minimun dan maksimun panjang artikel anda yang ditetapkan oleh pihak Lynk.my.

50 penyertaan terawal layak mendapat hadiah mendapat hadiah khas yang disediakan oleh pihak iKedaiKami.com.

Untuk syarat-syarat lain yang berkaitan, anda boleh rujuk pautan link yang saya kongsikan dibawah ini. 

Contest Review Lynk.my 2015

Jadi, pada anda yang mempunyai kelapangan, apa kata jika anda turut serta sekali dalam contest review yang diadakan ini. 

Selain merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan, secara tidak langsung juga kita dapat belajar sedikit sebanyak teknik-teknik yang digunakan oleh blogger-blogger pakar dalam menghasilkan sesebuah artikel berbentuk review yang baik dan kreatif, mudah dijumpai di enjin carian Google serta secara tidak langsungnya membantu pihak Lynk.my memperkenalkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

Akhir kata dari saya, semoga berjaya buat semua peserta Contest Review Lynk.my 2015!!

Oh ya, sebelum terlupa, bagi kategori ToplynkUndi, sekiranya anda di antara anda yang sudi nak mengundi saya sebagai salah seorang pemenang dalam kategori ToplynkUndi, anda boleh klik pautan yang telah saya kongsikan dibawah ini. Segala jasa baik anda semua amat-amat saya hargai.

Terima Kasih.

Klik sini untuk mengundi saya :- http://lynk.my/ehC

19 Nov 2015

couch mode print story

Semak Broken Link Di Blog Untuk Tingkatkan SEO

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dalam menjadikan blog anda sebuah blog yang mesra seo, salah satu lagi perkara yang boleh anda lakukan ialah membuat semakan terhadap Broken Link di dalam blog anda.

Semak Broken Link Di Blog Untuk Tingkatkan SEO

Broken link atau dead link merupakan pautan yang sudah tidak aktif lagi di dalam blog yang mana ianya boleh terjadi pada setiap jenis pautan yang ada di dalam blog. Ianya boleh terjadi pada pautan artikel anda, pautan dari pihak ketiga iaitu pautan affiliate mahupun iklan, pautan pada komen pembaca dan lain-lain.

Broken link mampu memberikan kesan yang tidak baik pada blog anda di enjin carian Google, dan ini bukanlah sesuatu yang pemilik blog inginkan. 

Bagaimana mengesan broken link di blog

Anda boleh mengesan broken link di blog dengan menggunakan tool yang disediakan di BrokenLinkCheck.com. Tool ini akan membuat semakan keatas semua sumber pautan di blog anda, dan anda boleh lihat hasilnya selepas beberapa minit.

Semak Broken Link Di Blog Untuk Tingkatkan SEO

Ini merupakan antara broken link yang berjaya di semak di blog ini. Ya, agak banyak juga sebenarnya broken link yang ada. Mungkin aku kurang mengambil perhatian pada masalah ini sampaikan jumlah broken link yang berjaya dijumpai sebanyak 41!! Fuhh...bercinta nak buang satu-satu.

Melalui hasil semakan ini, anda boleh membuat proses pembersihan atau update semula pautan-pautan yang sudah tidak berfungsi lagi di blog. Dan bagi pengguna platform Blogger.com, pautan pada komen-komen pembaca merupakan antara penyumbang terbesar broken link di blog anda.

Ini kerana pautan-pautan yang disertakan sekali pada komen mereka mungkin sudah tidak aktif lagi. Bayangkan kalau anda menulis blog selama lima tahun, berapa banyak komen yang disertakan link yang anda dapat? 

Jadi, bagi mengelakkan kedudukan blog anda jauh di halaman utama enjin carian Google, pastikan anda membuat semakan berkala pada blog anda. Tidak perlu terlalu kerap, mungkin dalam lingkungan tiga bulan sekali sudah cukup memadai.

Okay, aku harap dengan perkongsian ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda mengatasi masalah broken link pada blog anda.

Sekian.....



p/s:- entah mengapa contest seo kali ini, bersungguh-sungguh pula aku setting blog sebaik-baik mungkin..haha...


16 Nov 2015

couch mode print story

Cara Meletakkan Iklan Adsense Di Tengah Artikel Blog

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Untuk kali ini, aku nak berkongsi dengan anda semua salah satu tutorial bagaimana meletakkan iklan Adsense di tengah-tengah artikel blog anda.

Lama betul rasanya tidak menulis artikel berbentuk tutorial ini, dan aku harap tutorial kali ini dapat membantu anda. Oh ya, tutorial ini hanya melibatkan pemilik blog yang menggunakan platform Blogger.com sahaja. 

Cara Meletakkan Iklan Adsense Di Tengah Artikel Blog

Baiklah, kebiasaannya iklan yang berada di tengah-tengah artikel ini merupakan iklan jenis blend, bermaksud iklan ini dijadikan seakan-akan sebahagian daripada isi kandungan artikel di blog.

Ditambah pula dengan option yang disediakan oleh pihak Adsense, anda boleh menetapkan sendiri penggunaan warna pada tajuk, link, serta latar belakang iklan anda. 

Bagi meletakkan iklan Adsense anda di tengah-tengah bahagian artikel anda, apa yang perlu anda buat ialah:-

1. Parse kod iklan Adsense anda terlebih dahulu menggunakan tool ini. HTML Encode

2. Buka halaman dashboard Blogger.com anda, pilih bahagian template dan klik edit html.

3. Cari kod html ini di bahagian html template blog anda. Cara yang lebih mudah ialah dengan menggunakan button Ctrl + F.

<data:post.body/>

4. Masukkan kod ini bagi menggantikan kod di atas tadi.

<div expr:id='&quot;post1&quot; + data:post.id'/>
<div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
<center>
Letak kod iklan Adsense anda disini
</center>
</div>
<div expr:id='&quot;post2&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>
var obj0=document.getElementById(&quot;post1<data:post.id/>&quot;);
var obj1=document.getElementById(&quot;post2<data:post.id/>&quot;);
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;);
if(r&gt;0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
</script>

5. Masukkan kod iklan Adsense anda yang telah di parse tadi di ruangan yang disediakan seperti diatas.

6. Klik save. Selesai!

Anda boleh lihat contoh di blog ini yang mana aku meletakkan iklan Adsense ditengah-tengah artikel. Untuk menampilkan iklan yang lebih baik, aku sarankan untuk anda semua menggunakan iklan Adsense berbentuk revsponsive, yang mana iklan berbentuk ini amat-amat sesuai dan kemas apabila muncul di peranti mudah alih seperti telefon bimbit dan juga tab.

Okay, itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini, pada anda yang masih lagi tercari-cari cara bagaimana meletakkan iklan Adsense di tengah-tengah artikel blog, diharapkan tutorial ini mampu membantu anda.

Oh ya, sebelum terlupa, selain Adsense, anda boleh menggunakan mana-mana program pengiklanan yang dirasakan sesuai buat anda untuk diletakkan di tengah-tengah artikel blog. Pastikan kod html iklan di parse terlebih dahulu.

Semoga berjaya!!



14 Nov 2015

couch mode print story

Ciri-Ciri Blog, Artikel Mesra SEO

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Untuk kesekian kalinya blog ini bertukat template lagi, entah kali ke berapa aku pun tidak pasti sebenarnya. Pantang betul kalau nampak template yang cantik sikit, memang gatal betul tangan ini nak menukar.

Kebetulan pula dengan contest seo yang sedang berlangsung sekarang ini, mungkin sedikit sebanyak template baru ini mampu memberikan kedudukan yang baik pada blog ini di enjin carian Google.

Ciri-Ciri Blog, Artikel Mesra SEO

Ya, untuk kali ini aku memilih tempate yang lebih mesra seo, mobile friendly, clean serta fast loading. Boleh dikatakan agak laju juga berbanding template yang aku gunakan sebelum ini. 

Jadi, bila dah tukar template ini, banyak juga benda yang perlu dibuat seperti setting meta tags, pemasangan breadcrumb yang disukai Google, susunan widget blog dan lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk menjadikan sesebuah blog itu mesra seo.

Bila sudah lama tak mengusik kod-kod html blog, aku mengambil masa yang agak lama juga nak siapkan template ini supaya semua ciri-ciri mesra seo dapat diterapkan dalam blog ini. Fuhhh..memang banyak lagi aku kena belajar bab-bab kod html ini. 

Tetapi, aku harap anda semua sudah sedia maklum bahawa, sebuah blog yang mesra seo tidak bergantung sepenuhnya pada template blog tersebut. Template blog hanyalah salah satu faktor daripada pelbagai lagi faktor dalam menjadikan sesebuah blog mesra blog.

Antara faktor lain yang perlu anda terapkan ialah:-

1. Artikel blog yang berkualiti, menarik dan juga asli

Bermaksud, artikel anda mestilah tidak kurang dari 350 patah perkataan serta artikel yang asli hasil tulisan anda sendiri, bukan di copy paste dari blog-blog lain. Artikel yang bagus kebiasaanya melebihi 600 patah perkataan.

2. Keyword yang tepat

Penggunaan keyword yang tepat juga memainkan peranan yang besar dalam menjadikan sesebuah artikel anda mesra seo. Pastikan anda menggunakan keyword yang tepat serta tidak terlalu mengulang keyword yang sama dengan terlalu kerap. ianya sedikit sebanyak mengganggu keaslian artikel tersebut.

3. Penggunaan perenggan pada artikel

Ianya juga merupakan antara salah satu faktor dalam menjadikan artikel atau blog anda mesra seo. pastikan artikel anda menggunakan perenggan dengan lebih kerap dan tidak terlalu panjang pada satu-satu perenggan. Pembaca juga akan lebih selesa bila membaca artikel anda. Selitkan juga keyword anda pada perenggan-perenggan tersebut.

4. Penggunaan Alternate @ Alt pada gambar

Pastikan setiap gambar yang anda gunakan di dalam artikel di blog dimasukkan alternate pada gambar tersebut. Ini kerana pihak Google juga menggunakan gambar anda untuk menghasilkan carian di blog.  Caranya seperti ini:-

klik gambar - pilih properties - masukkan keyword atau tajuk artikel anda di ruangan yang disediakan - selesai.

5. Tajuk artikel sama seperti keyword

Setiap artikel yang dibuat mestilah menggunakan tajuk yang sama seperti keyword yang anda fokuskan, seperti contoh:-

keyword - Contest Seo 2015
Tajuk Artikel - Contest Seo 2015 Kini Bermula

Disini anda boleh lihat penggunaan keyword relevan dengan tajuk artikel yang digunakan, salah satu faktor penting yang mampu menjadikan artikel atau blog anda mesra seo.

Dan, ada pelbagai faktor lagi yang boleh menjadikan blog atau artikel anda mesra seo. Apa yang aku kongsikan hanyalah sebahagian sahaja, namun anda boleh aplikasikan ciri-ciri ini di dalam blog anda. 

Sekiranya anda rajin,bolehlah jenguk-jenguk ke blog blogger HasrulHassan, Saimi Ramlan dan blogger-blogger lain yang lebih arif berkenaan SEO ini. Banyak artikel berkenaan seo yang mereka kongsikan di blog mereka.

Diharapkan dengan perkongsian ini, ianya sedikit sebanyak mampu membantu anda. 

17 Okt 2015

couch mode print story

Selepas TNX, Apa Nasib Program Jual Beli Link Yang Lain?

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini blogger Titan ada menulis mengenai salah satu program buat duit dari blog yang sudahpun menutup operasi mereka, program yang dimaksudkan ialah TNX.net.

Ya, bagi mereka yang kenal dengan program ini, ianya adalah salah satu program yang agak menguntungkan pemilik blog. Program ini lebih kurang sama juga konsepnya dengan Text Link Ads, LinkWorth, Backlinks, Intellilinks dan lain-lain lagi.

Kalau nak senaraikan satu persatu memang banyaklah program yang berkonsepkan jual beli link di blog nie, kalau rajin, anda boleh cuba search di Google.

Selepas TNX, Apa Nasib Program Jual Beli Link Yang Lain?

Melihatkan pada perkembangan ini, aku tertanya-tanya, apa yang akan berlaku seterusnya dengan program berkonsepkan jual beli link ini. Dengan perubahan pihak Google sekarang yang sudah tidak mengambil kira Page Rank semua blog yang tersenarai di Google, sedikit sebanyak ianya mungkin menganggu perjalanan program sebegini.

Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, kebanyakkan pengguna internet kini menjadikan telefon bimbit sebagai medium utama untuk melayari internet, jadi di situ aku nampak program pengiklanan seperti ini sukar untuk mendapatkan pihak advertiser.

Dengan kekuatan media sosial seperti Facebook pada masa kini, kebanyakkan advertiser kini memilih FB Ads sebagai medium pengiklanan utama perniagaan mereka, ditambah pula Instagram yang kini memperkenalkan Insta Ads, jadi mereka lebih mudah mendapatkan pembeli di serata dunia.

Walaubagimanapun, medium pengiklanan seperti Google Adsense, White Media, Innity, Unruly Media dan pelbagai lagi program yang berasaskan banner, video, masih lagi relevan pada masa sekarang.

Pihak mereka memang sudah sedia maklum dengan perkembangan semasa dunia internet ini, jadi kebanyakkan iklan dari program-program sebegini telah dinaik taraf supaya lebih mobile friendly, dan yang paling menguntungkan sudah semestinya pihak advertiser dan juga pemilik blog.

Jadi, berbalik pada program jual beli link di blog, aku pun tidak pasti sejauh mana program-program sebegini akan terus bertahan dalam industri pengiklanan ini. Apakah nasib yang sama akan terjadi pada program-program yang lain seperti mana terjadi pada TNX.net?

Sama-sama kita nantikan, andai apa yang berlaku pada TNX.net ini akan terus merebak ke program lain, yang rugi sudah semestinya pemilik-pemilik blog, tertutup sudah satu punca pendapatan di blog.

Sebagai seorang blogger, apa pandangan anda? 




p/s:- lagi ramai frust kalau program LinkWorth pun tutup juga macam TNX...huhu...

2 Okt 2015

couch mode print story

Contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah, Tahniah Pada Semua Pemenang

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang semua sedia maklum, pemenang-pemenang bagi contest Telekung Reehans Pilihan Muslimah telahpun diumumkan oleh blogger HasrulHassan yang mana kali ini blogger Hasrulhassan menjadi penganjur untuk contest ini.

Keputusan Contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Blog ini tak berkesempatan pula nak turut serta memeriahkan contest SEO kali ini, maklumlah..dah lama betul aku tak update entri-entri baru kat blog ini, kelaut betul mood nak menulis blog. InsyaAllah, aku cuba turut serta dalam contest yang akan datang.

Okey, berbalik pada kisah contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah tadi, aku ucapkan tahniah pada semua pemenang, dan seperti yang aku jangkakan, pemenangnya adalah bloggerlelaki. Menang dengan penuh bergaya nampaknya, haha... 

Memang semua sedia maklum rasanya, bila ada contest-contest SEO macam ini, blog bloggerlelaki tak pernah pulang dengan tangan kosong, mesti ada ada habuan tak kiranlah nombor satu ke, dua ke , ketiga ke, memang sentiasa ranking di search engine Google. SEO friendly betul blog dia, minta ilmu sikit bang.....huhu....

Tukar Layout Blog

Seperti yang anda semua perasan, blog ini telah pun bertukar layout yang baru. Ini memang merupakan cara dan gaya aku dari dulu lagi bila mood nak menulis blog hilang, jadi bila dah ada layout baru ini, agak berahi juga nak menulis balik. Harap-harap mood menulis ini kekal lebih lama sikit dari sebelum-sebelumnya..haha..

Banyak lagi setting dalam blog ini yang aku belum sempat tukar, jadi yang mana ada terkurang atau tak selesa bila membaca blog ini minta maaflah banyak-banyak ye, ada masa nanti aku try adjust yang mana perlu.

Apa-apapun aku ucapkan tahniah sekali lagi pada semua pemenang-pemenang contest anjuran blogger hasrulhassan kali ini. Ada masa kita jumpa dalam contest SEO yang akan datang, cita-cita aku nak beat blog bloggerlelaki, hasrulhassan dengan blog saimi ramlan...huhu....


29 Mei 2015

couch mode print story

Sakit Lutut

Sakit Lutut merupakan salah satu masalah yang biasa berlaku terutamanya pada mereka yang sudah berumur, tidak terkecuali juga pada golongan muda, bergantung pada akitiviti yang dilakukan oleh setiap individu.

Sakit Lutut

Lutut merupakan salah satu sendi terpenting dalam tubuh badan kita dalam melakukan aktiviti-aktiviti seharian. Berkerja, bersukan, berlari, berjalan, solat, semuanya menggunakan sendi lutut. Jadi, bila sendi penting ini mula sakit, agak sukar untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Sakit lutut berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya ialah:-
  1. Aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan lutut yang kerap, seperti contoh ahli sukan
  2. Mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti
  3. Individu yang sudah berusia
  4. Kerap kali terjatuh atau kesan kemalangan dan kecederaan pada lutut
  5. Masalah pada sendi lutut

Anatomi Bagi Lutut dan Kedudukan Sakit Lutut


Lutut terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk tulang, ligamen, otot dan juga saraf. Ligamen-ligamen yang terdapat pada lutut dikenali sebagai:-

  • Ligament Patellar (ligamen kepala lutut)
  • Anterior Cruciate Ligament (ligamen didalam sendi lutut)
  • Medial Collateral Ligament (ligamen di sebelah tepi dalam lutut)
  • Lateral Collateral Ligament (ligamen disebelah tepi luar lutut)
Sakit Lutut


Sakit pada bahagian atas lutut

Ini bermakna anda mengalami masalah quadriceps tendon sama ada bengkak atau koyak.

Sakit di bahagian tepi lutut samada luar ataupun dalam

Ianya menandakan lutut anda mengalami masalah pada meniscus atau ligamen collateral yang koyak atau pun arthritis.

Sakit pada kepala lutut

Anda mempunyai masalah chrondromalacia patella (sakit di bawah kepala lutut), patella tracking disorder, bursitis atau pun arthritis. Masalah di bahagian belakang lutut juga mempunyai tanda yang tertentu seperti Baker’s cyst atau arthritis. Penyakit Osgood-Schlatter merupakan bengkak di bahagian bawah lutut di atas lekuk permulaan shin bone.

Rawatan Bagi Sakit Lutut


Masalah sakit lutut seperti yang diterangkan di atas tadi masih boleh dirawat dengan beberapa kaedah rawatan seperti mengurut dan rawatan akupuntur dan sebagainya.

PRO Kas - Muscle Pain Relief

Sakit Lutut

Pro Kas - Muscle Pain Relief. Salah satu alternatif terbaru dalam menyembuhkan sakit lutut, sengal sendi, tulang serta memberikan kesegaran buat anda.

Menggunakan bahan-bahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti:-

  • Aloe Vera - Antioksidan, antibiotik yang bekerja sebagai stimulator pertumbuhan sel dan membaiki bekas luka dan sifat inhibitor nyeri.
  • Soya - Mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur!
  • Vitamin dan Mineral - Kaya vitamin dan mineral seperti kalsium, sodium, besi, kalium, mangan, seng, asam folat, pelbagai jenis vitamin, asam amino.
  • Delima - Mengandungi vitamin c sebagai penurun risiko arthiritis dan ianya baik untuk tulang.
  • DMSO - Pembawa bahan-bahan Pro KAS masuk ke dalam anggota badan dengan menggunakan teknologi nano dengan membetulkan DNA tanpa perlu melakukan pembedahan.
  • Menthol - Mempunyai anestetik tempatan dan kualiti counterirritant, dan ia digunakan secara meluas untuk melegakan sakit otot.


Kegunaan dan Manfaat PRO Kas

  • Sakit Lutut - Sekiranya anda Tidak dapat berdiri lama, susah untuk berjalan, solat dan jalankan apa jua aktiviti harian.
  • Sengal Sendi - Anggota badan yang kerap lenguh, kebas dan terasa sengal-sengal bahu, leher atau di mana-mana sendi.
  • Tulang - Pergerakan anda terbatas kerana masalah dalaman yang berkaitan dengan tulang dapat diselesaikan.
  • Kesegaran - Terasa lesu, lemah, tidak bermaya. Dapatkan kembali kesegaran badan! Anda akan rasa segar dan kembali rasa bertenaga

Pro Kas hanya untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan kenakan Pro Kas pada luka atau mana-mana rongga badan. Simpan Pro Kas jauh dari kanak-kanak dan baik disimpan pada suhu bilik.



12 Mei 2015

couch mode print story

Bisnes Biskut Penyet Sempena Musim Perayaan

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh kerahmatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Kebiasaannya pada bulan Ramadhan ini, pelbagai cabang rezeki yang wujud bagi menambah pendapatan seharian kita. Contoh paling dekat dan menjadi kebiasaan bagi kita ialah perniagaan bazaar ramadhan. Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang mengusahakan perniagaan menjahit baju kurung yang aku pasti memang tidak menang tangan melayan permintaan yang banyak dari para pelanggan.

Anda? sudah ada perancangan untuk menjalankan perniagaan sempena musim perayaan ini? Apa kata anda mencuba bisnes kuih raya yang sememangnya mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. 

Pernah makan biskut Famous Amos? berapa ramai di antara anda yang pernah mencubanya? lazat dan enak bukan? jadi apa kata anda cuba menyediakan tempahan kuih raya yang jenisnya sama seperti biskut Famous Amos ini.

Jadi, apa kata anda mencuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Shida ini sebagai model perniagaan kuih raya anda, resepi yang saya maksudkan ialah....

Resepi Biskut Penyet

Resepi Biskut Penyet


Ya, biskut penyet merupakan antara biskut yang sering mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan terutamanya di musim perayaan. Selain daripada itu, biskut penyet ini juga boleh dijadikan sebagai perniagaan utama anda walaupun selepas berakhirnya musim perayaan. Apa yang perlu anda tahu ialah cara bagaimana membuat biskut penyet.

Ada pelbagai jenis biskut penyet yang boleh anda hasilkan seperti :-


Famous Chocolate Chip
Resepi Biskut Penyet

Nestum Oat Coffee
Resepi Biskut Penyet

dan pelbagai lagi resepi biskut penyet yang dikongsikan oleh Puan Shida ini. Pada anda yang berminat menjalankan perniagaan biskut penyet ini, boleh lihat dapatkan Panduan Buat Biskut Penyet dari Puan Shida.


22 Apr 2015

couch mode print story

Sejauh Mana Penghargaan Pada Blogger Dalam Program MSMW 2015

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini blogger Hasrul Hassan dan Encik Titan ada menyentuh isu penganjuran Malaysia Social Media Week atau singkatanya MSMW di dalam blog mereka.

Isu yang mereka bawa ialah imbuhan yang patut blogger-blogger yang bertanding di MSMW ini dapat. Selain dari perjalanan program yang mungkin hanya mengeksploitasi para-para blogger di Malaysia tanpa adanya imbuhan yang setimpal membuatkan aku terpanggil untuk menulis entri ini.

Sejauh Mana Penghargaan Blogger Dalam Program MSMW 2015


Seperti yang kita tahu, ramai blogger yang menggunakan MSMW ini sebagai salah satu platform untuk menjenamakan lagi blog mereka supaya lebih dikenali terutamanya apabila berjaya memenangi anugerah yang ditawarkan pada program tersebut.

Ya, aku tak nafikan kelebihan program ini adalah penjenamaan blog kita yang akan lebih dikenali sekiranya berjaya meraih anugerah yang ditawarkan, tetapi kalau boleh berilah sedikit imbuhan pada pemenang-pemenang ini, bukan sekadar trofi dan sijil sahaja.

Ada blogger yang datang dari jauh, mungkin dengan adanya sedikit imbuhan berbentuk wang tunai, dapatlah cover sedikit kos perjalanan mereka. Aku ada terfikir beberapa cadangan mengenai imbuhan yang patut blogger-blogger yang menang anugerah ini dapat, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja. Apa kata pada penganjuran tahun akan datang, pihak penganjur tawarkan kepada pemenang......

  • Imbuhan berbentuk wang tunai, tak mintak banyak pun, RM300 dah ok kot?
  • Peluang menjadi penulis jemputan dalam majalah-majalah yang ada di Malaysia ini mengikut kategori pemenang. Contohnya kalau kategori sukan, blog Guli Roket Encik Titan menang, bagi dia kontrak jadi penulis jemputan dekat majalah sukan selama setahun ke, setengah tahun ke, tak perlulah mintak banyak pun sumbang artikel, sebulan satu artikel pun dah cukup memadai. Jadi, blogger yang menang nie akan dapat lebih banyak lagi peluang mereka kukuhkan jemana blog masing-masing.
  • Dapat kontrak pengiklanan mengikut kategori pemenang, letaklah berapa harga pun untuk satu-satu tempoh, mana tahu ada blogger yang berminat, tapi pastikan benda itu setimpalah.
  • Jemputan jadi speaker dalam mana-mana program bersama blogger, ini pun satu peluang baik untuk blogger lebih dikenali.

Sejujurnya, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja, mana tahu dengan adanya imbuhan berbentuk seperti ini akan lebih menarik lagi minat blogger-blogger kita untuk sama-sama meriahkan lagi program MSMW pada tahun-tahun akan datang, kalau dah namanya penganugerahan dan penghargaan buat blogger, apa salahnya masukkan ganjaran-ganjaran yang macam nie kan? 

Aku harap pihak penganjur akan lebih memikirkan pulangan yang setimpal buat blogger-blogger yang bertanding, bukan niat aku nak kondem mereka, cuma penambahbaikan bagi menaikkan lagi imej blogger-blogger kita dan secara tak langsungnya program MSMW ini akan lebih mendapat perhatian dari blogger dan pengamal media sosial di Malaysia ini.








21 Apr 2015

couch mode print story

Template Blog Yang Lebih Mobile Friendly

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, sejak dari malam tadi sibuk mencari template baru untuk blog, akhirnya jumpa juga template yang berkenan di hati.

Banyak benda lagi yang perlu aku setting pada template ini,tetapi buat masa ini hanya ini sahaja yang mampu aku siapkan dulu kerana sibuk dengan kerja hakiki aku. Tapi rasanya macam dah okay je kan? haha...

Template Blog Yang Lebih Mobile Friendly


Aku pun dah tak ingat berapa kali blog ini dah berubah wajah dan layout, tetapi yang pasti perubahan kali ini adalah kerana Google!

Ya, pihak Google sekarang nie akan memberi keutamaan di ranking search engine mereka pada blog yang mobile friendly. Template blog aku sebelum ini agak kurang mobile friendly, jadi kenalah tukar bagi mengelakkan blog aku hilang dari search engine mereka.

Jadi sekarang nie, tak boleh nak harapkan blog kita cantik saja, kena ambil kira juga benda-benda teknikal macam nie. Sebelum ini pun Google dah umumkan yang projek open source Google Code mereka bakal ditutup, jadi anda semua kena semak balik dalam template blog masing-masing, takut terkena effect pada blog nanti.

Bercerita pasal google nie, sekarang nie pihak Google Adsense dah mula menerima bahasa melayu kedalam program pengiklanan mereka, satu berita gembira buat semua blogger-blogger Malaysia. Aku dengar ramai yang dah berjaya dapatkan akaun Adsense, tahniah aku ucapkan pada anda semua.

Pada yang masih belum berjaya lagi, jangan putus asa, boleh cuba mohon lagi. Tetapi, sebelum memohon akaun Adsense itu, pastikan blog-blog kita "bersih" dari segala benda yang boleh melanggar T&C Adsense. Anda boleh rujuk disini cara mudah mendapatkan akaun Google Adsense.

Mungkin ada kita tak perasan, ada di antara artikel-artikel lama kita di blog melanggar T&C mereka, penggunaan keyword dan tajuk artikel juga kena jaga-jaga sebab pihak Adsense nie sensitif sikit bila jumpa keyword yang bukan-bukan. Blog informasi dan viral agak berisiko sebab anda sendiri tahu keyword-keyword yang mereka gunakan untuk menarik pembaca.

Jadi, pada yang dah dapat akaun Adsense itu, jagalah baik-baik sebab bila dah kena banned nanti memang susah nak dapat balik, jadi beringat sebelum kena.

Okaylah, cukup setakat ini dulu, ada masa free karang aku update lagi, biasalah bila tukar template baru ini, feel dia lain macam sikit, asyik nak menaip je, haha...


30 Mac 2015

couch mode print story

Keputusan Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 Semakin Hampir


Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya, saingan contest SEO Malaysia Best Blog 2015 hampir sampai ke penghujungnya.

Seperti yang anda semua boleh lihat, kedudukan blog bagi keyword 'Malaysia Best Blog 2015' sering berubah-ubah di ranking teratas halaman pertama Google Malaysia setiap hari.

Keputusan Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

Ini semua adalah sebab hadiah utamanya yang bagi aku cukup lumayan, RM1500. Siapa nak bagi mudah-mudah macam tu je ye tak?

Melihatkan pada situasi ini, anda semua perasan tak yang kita sebenarnya boleh belajar serba sedikit teknik-teknik SEO yang dipraktikan oleh blogger-blogger lain bagi mendapatkan kedudukan utama di halaman Google Malaysia.

Pelbagai teknik SEO yang boleh kita lihat bila adanya contest SEO seperti ini, salah satu peluang yang baik untuk kita belajar dengan orang yang lebih arif.

Kedudukan blog ini? entahlah, aku rasa dah makin jauh ke belakang dari halaman utama. Mungkin teknik dan cara yang aku gunakan kurang berkesan ke atas blog ini. Mungkin pemilihan template blog yang kurang mesra SEO juga memainkan peranan ke atas kedududukan blog.

Google juga sekarang nie dah mula memberikan kelebihan kepada blog-blog yang lebih mobile friendly, itu juga salah satu faktor kedudukan blog kita di halaman utama Google, jadi pelbagai aspek yang perlu kita lihat untuk meletakkan blog kita di halaman utama Google, tidak kiralah menggunakan keyword apa pun.

Apa-apa pun aku harap dengan adanya contest-contest SEO sebegini tuan blog akan lebih peka dengan keadaan blog masing-masing. Tak guna kalau blog kita cantik tapi tidak mesra SEO dan mobile friendly, kan.........




p/s:- lepas nie ingat nak tukar theme yang lebih mobile friendly pulaklah...

13 Mac 2015

couch mode print story

Buat Duit Dengan Propeller Ads

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya banyak perkara yang aku dah terlepas untuk update di blog ini, salah satunya ialah keputusan Contest Seo Jom Aktifkan MyKad.

Seperti yang semua sedia maklum, pemenang-pemenang contest tersebut telahpun diumumkan oleh penganjur awal bulan yang lalu, jadi belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Nampaknya memang ramai betul yang hebat-hebat, susah betul nak lawan dengan pakar-pakar seo yang ada dalam komuniti blogger kita ini, tetapi apa-apapun ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita mempelajari lebih lagi berkaitan seo ini.

Masih ada satu lagi contest seo yang sedang berlangsung sekarang ini iaitu Malaysia Best Blog 2015 yang bakal berakhir hujung bulan ini, jadi kita nantikan sahaja siapa yang berjaya meraih hadiah wang tunai RM1500.

Propellerads

Baiklah, lupakan seketika kisah contest seo, kali ini aku nak bawa anda semua mencuba satu platform pengiklanan terbaru yang boleh anda cuba untuk menjana pendapatan dari blog. Platform pengiklanan yang aku maksudkan ialah Propeller Ads.

Bagi anda yang masih belum berjaya masuk ke dalam program Komli dan Geniee, ataupun anda semua dah bosan dengan iklan dari kedua-dua platform ini, Propeller Ads mungkin dapat membantu anda. 

Masih lagi mengguna.kan konsep yang sama seperti pengiklanan lain, anda akan dibayar apabila berjaya mencapai jumlah minimum USD100 dalam akaun anda, sama juga seperti Komli dan Geniee.

Jenis-jenis iklan yang ditawarkan ialah seperti:-
  • Iklan Banners (728x90, 300x250, 160x600, 120x600 and others)
  • Onclick ads
  • In-banner video (Pre-rolls, mid-rolls, post-rolls, Pre-game)
  • Sliders, Sponsored Links and other ad formats
Untuk lebih maklumat berkaitan jenis iklan, anda boleh KLIK SINI.

Propeller Ads juga turut menyediakan iklan berbentuk Mobile Ads untuk diletakkan di blog anda.

Jadi, pada anda yang masih lagi tercari-cari sumber income melalui media pengiklanan, apa kata anda cuba Propeller Ads, mungkin ini platform pengiklanan yang sesuai buat anda.

DAFTAR DISINI

Okey, cukup dahulu perkongsian aku untuk hari ini, InsyaAllah selepas ini aku akan cuba buat tutorial bagaimana menukar kod javascript yang menggunakan Google Code yang ada di blog anda kerana pihak Google kini telah mengeluarkan kenyataan yang mereka akan menutup projek open source Google Code mereka, blog anda mungkin terkena tempiasnya sekiranya widget-widget di blog anda ada menggunakan javascript dari Google Code ini.

Okey, jumpa dalam entri yang akan datang.


4 Feb 2015

couch mode print story

Jom Aktifkan Mykad

Jom Aktifkan Mykad. Berapa ramai di antara kita yang sedar akan kelebihan kad pengenalan diri kita sebagai rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai Mykad ini?

Jom Aktifkan Mykad

Untuk pengetahuan anda, Mykad yang dimiliki oleh anda mempunyai 50 aplikasi di dalamnya seperti aplikasi Touch N' Go, kemudahan berurusan dengan JPJ, JPN, serta pelbagai lagi aplikasi yang mampu memudahkan urusan seharian anda, dan salah satu aplikasi yang dapat membantu anda berjimat ketika berbelanja  ialah aplikasi Program Mykad Smart Shopper.

Jom Aktifkan Mykad

Program yang dibangunkan oleh I Synergy Universal Sdn. Bhd. dengan kerjasama pihak Koperasi Pembangunan Multimedia (MDec) ini memberi peluang kepada seluruh pemegang Mykad yang sah di Malaysia untuk menikmati kadar diskaun serta mata ganjaran apabila membeli belah di kedai-kedai yang turut menyertai Program Mykad Smart Shopper ini.

Kelebihan Program Mykad Smart Shopper

  • Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah percuma seumur hidup
  • Tiada sebarang Annual Fee dikenakan
  • Tidak perlu membawa kad tambahan yang pastinya akan menyesakkan dompet anda. Semua orang membawa mykad ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan.
  • Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput.
  • Walaupun anda tidak dikenakan sebarang yuran untuk menyertai program ini dan tiada yuran tahunan dikenakan, tetapi anda berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja. Menarik bukan? 
  • Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini.

Untuk melayakkan anda menikmati diskaun ketika berbelanja, apa yang perlu anda lakukan ialah mengaktifkan Mykad anda sahaja.

Bagaimana Aktifkan Mykad Anda?

Pendaftaran adalah percuma sahaja, tiada yuran keahlian dan tahunan yang akan dikenakan kepada anda. 

Pendaftaran boleh dibuat secara online, mudah serta menjimatkan masa anda. Anda boleh semak disini untuk aktifkan Mykad anda. KLIK SINI

Jadi tunggu apa lagi....

Jom Aktifkan Mykad

Jom Aktifkan Mykad




"Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com" 

3 Feb 2015

couch mode print story

Nak Dapatkan Akaun Adsense? Ini Caranya...

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya permulaan tahun baru ini, dunia blogging di Malaysia meriah dengan pelbagai contest seo dan juga giveaway yang dianjurkan oleh pelbagai pihak mahupun individu. 

Setakat ini contest seo untuk Malaysia Best Blog 2015 telah pun aku sertai dan contest ini masih lagi berlangsung sehingga penghujung bulan Mac 2015 nanti. Selain itu contest seo Jom Aktifkan MyKad juga turut berlangsung dengan hadiah yang ditawarkan sungguh lumayan, insyaAllah kalau tiada halangan aku akan turut serta memeriahkan lagi contest seo ini, entri dah siap draft cuma tunggu masa yang sesuai sahaja untuk terbitkan entri penyertaan.

Okay, masa tengah mengemas surat-surat lama dalam fail aku tadi, tiba-tiba terjumpa pula satu surat yang bagi aku salah satu kenangan manis dalam dunia blogging aku. Surat yang aku maksudkan ini ialah :-

Nak Dapatkan Akaun Adsense? Ini Caranya...

Surat yang aku terima dari Google Adsense ini adalah surat pengesahan dan pengaktifan akaun Adsense aku yang telah melebihi $10 USD, jadi pihak mereka akan hantar nombor pin untuk aktifkan akaun Adsense. Seronok juga masa itu bila dapat surat dari google ini.

Baiklah, bila bercerita mengenai Adsense, nampaknya masih ramai lagi yang belum benar-benar berjaya mendapatkan akaun Adsense dari Google. 
<!-- adsense -->
Jadi disini, aku senaraikan beberapa panduan dan tips yang boleh anda praktikkan sebelum memohon akaun adsense.

  1. Bina sebuah blog berbahasa Inggeris yang berkisarkan tentang sesuatu niche, contohnya blog yang berkisarkan tentang topik kesihatan dan kecantikan wanita.
  2. Update blog sekurang-kurangnya lima kali seminggu dengan menulis satu entri setiap hari. Elakkan menulis terlalu banyak entri dalam sehari kerana ianya akan menjejaskan keaslian blog tersebut.
  3. Pastikan entri blog tidak di copy paste dari blog orang lain sepenuhnya. Olah sedikit isi entri tersebut agar tidak disenaraikan oleh enjin carian sebagai blog duplicate.
  4. Jangan masukkan sebarang iklan dari program lain dahulu ke dalam blog niche tersebut sebelum memohon akaun adsense.
  5. Pastikan entri yang ditulis tidak kurang daripada 20 entri dengan satu hari setiap entri. Kemaskan blog anda agar mudah di indek oleh enjin carian Google.
  6. Selepas itu, barulah anda memohon akaun adsense dari pihak Google.
Ini hanyalah sebahagian tip-tip yang boleh anda praktikkan untuk memohon akaun Adsense, untuk tip-tip selengkapnya, anda boleh baca di sini, Jana Wang Adsense 2.5

Jadi macam mana? boleh faham dengan apa yang aku cuba sampaikan ini? harap-harap dengan perkongsian ini, anda semua berjaya mendapatkan akaun Google Adsense.

Jika tidak berjaya untuk kali pertama, tidak mengapa, teruskan menulis entri ke blog tersebut dan kemudian cuba semula memohon akaun adsense. InyaAllah, setiap usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil. Jangan sesekali mudah berputus asa.



31 Jan 2015

couch mode print story

Jualan Tanpa Henti Di Facebook Tanpa FB Ads

Pada masa kini, ramai peniaga mula menjadikan Facebook sebagai medium utama untuk mempromosikan produk masing-masing. Situasi ini dapat dilihat hampir setiap masa di wall Facebook kita yang mana kebanyakkan status yang diupdate lebih kepada mepromosikan produk.

Kenapa ini berlaku? ini kerana konsep perniagaan di Facebook adalah berbentuk viral. Viral? ya, viral disini bermaksud status anda akan dapat dilihat oleh rakan kepada rakan anda sekiranya rakan anda memberi komen ataupun likes status anda. Cuba fahamkan dengan gambar dibawah:-

Jana Jualan Tanpa Henti Di Facebook Tanpa FB Ads

Kini anda sudah tahu apa itu viral, tetapi bagaimana untuk menjadikan status anda benar-benar menjadi viral di Facebook? Ya, anda boleh update setiap jam status anda, tetapi berapa ramai yang berminat untuk melihat atau memberi reaksi pada status anda? Ini merupakan perkara penting yang perlu anda ambil tahu.

Anda pilih FB Ads? ya, saya akui FB Ads antara tools yang mampu memberikan kesan viral pada perniagaan anda, tetapi berapa ramai yang mampu mengeluarkan kos iklan bagi perniagaan mereka secara konsisten? Anda perlu memahirkan diri dalam teknik FB Ads, sesuatu yang agak sukar bagi sesetengah orang.

Jadi, bagaimana caranya menjadikan perniagaan anda viral di Facebook tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar? Luangkan masa anda seketika menonton video dibawah ini:-


FB Viralism merupakan software yang mampu tingkatkan jualan produk dengan menggunakan kuasa pemasaran viral melalui Facebook. Ia mempunyai fungsi yang akan menyebabkan tawaran anda akan dapat dilihat oleh ribuan prospek dengan hanya buat kerja sekali.

" Tahukah anda syarikat-syarikat besar seperti Microsoft dan Coca-Cola menggunakan teknik ini bagi meningkatkan jualan syarikat mereka. "

Anda boleh lihat demo penggunaanya di ruangan ini. KLIK SINI

Sekarang, anda mempunyai pilihan yang lebih baik selain menggunakan FB Ads sebagai teknik promosi perniagaan anda, dengan kos iklan yang semakin meningkat, FB Viralism merupakan pilihan yang tepat buat anda.

30 Jan 2015

couch mode print story

advertorial.MY, Peluang Blogger Tambah Pendapatan

Dunia penulisan blog sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan pada mereka yang benar-benar bijak mengaplikasikanya. Dengan peningkatan pengguna internet dari seluruh dunia yang semakin bertambah dari semasa ke semasa, ianya membuka peluang yang ama-amat luas buat anda menjana pendapatan dengan blog.

advertorial.MY

Satu lagi platform pengiklanan yang membantu penulis-penulis blog menjana pendapatan dengan pengiklanan berbentuk advertorial. 

advertorial.MY, Peluang Blogger Tambah Pendapatan

Bagaimana advertorial.MY berfungsi?

Advertorial.MY menyediakan khidmat pengiklanan kepada blogger yang mahu menawarkan khidmat advertorial di laman-laman blog yang mereka miliki. Dengan menjadi ahli, anda sebagai pemilik blog dapat menyenaraikan satu atau semua blog di bawah kendalian anda.

Pihak mereka akan mengiklankan tawaran khidmat anda kepada pengiklan iaitu usahawan dan peniaga yang memerlukan khidmat advertorial bagi memperkenalkan sama ada produk, perkhidmatan, laman web, promosi atau apa sahaja kepada umum.

Pengiklan yang berminat untuk khidmat advertorial di blog, akan menghubungi anda bagi menempah, berbincang dan urusan lain berkenaan khidmat yang anda tawarkan.

Melihatkan pada fungsi platform advertorial.MY ini, ianya merupakan situasi menang-menang diantara blogger dan juga pengiklan. 

Pada anda yang masih lagi tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dengan blog, advertorial.MY adalah jawapannya. 

28 Jan 2015

couch mode print story

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015. Melihatkan pada tajuk entri kali ini, agak sukar juga sebenarnya untuk aku senaraikan blog-blog hebat yang ada di Malaysia ini.

Dunia blogging aku bermula penghujung tahun 2010, dan sepanjang aku di dalam dunia blogging ini, pelbagai blog yang telah aku lawati, macam-macam niche ada, baik buat duit online, personal blog, travel, dan lain-lain lagi.

Jadi, boleh dikatakan blog-blog yang aku lawati ini banyak membantu aku mengenali dunia blogging dengan lebih mendalam lagi. Setiap hari aku blogwalking  untuk menimba lebih banyak ilmu blogging, alhamdulillah banyak yang aku belajar dari situ.

Malaysia Best Blog 2015

Baiklah, bukan pengalaman blogging aku yang hendak aku ceritakan, tetapi senarai 10 Malaysia Best Blog 2015 mengikut pilihan aku. Antara faktor dan kriteria pemilihan aku adalah berdasarkan isi kandungan blog tersebut yang bermanfaat untuk dibaca, layout blog yang kemas dan menarik, serta kehebatan mereka menarik trafik yang banyak pada blog mereka.

Malaysia Best Blog 2015


Rasanya ramai yang kenal dengan pemilik blog Rohaizad.com ini. Minat aku menulis blog mula timbul bila singgah di blog beliau. Merupakan salah seorang mentor aku dalam dunia blogging. Banyak perkongsian yang mampu membantu blogger-blogger baru belajar selok belok dunia blogging. Sekarang ini, beliau sudah kembali berblogging setelah sekian lama menyepi.


Tak perlu nak kenalkan dengan lebih lanjut lagi rasanya. Peminat setia cendol Banting yang memang aku akui pengalamannya dalam dunia blogging dan juga affiliate. Aku mula follow beliau sejak dari awal permulaan aku dalam dunia blogging. Masa itu blog Earncent.com beliau memang banyak berkongsikan ilmu-ilmu blogging.


Seorang lagi blogger yang aku banyak belajar dari beliau ialah blogger Reezluv, kenal kan? kalau dulu blog Reezluv.com banyak berkongsi ilmu blogging, kini blog beliau MohdFairiz.com pula banyak berkisarkan ilmu affiliate dan diselitkan dengan kisah-kisah harian beliau. Masih lagi menjadi blog rujukan aku sehingga sekarang.


Awal permulaan dunia blogging aku, jujur aku cakap yang aku memang tidak mengenali blog beliau langsung. Tetapi sejak setahun yang lepas, aku mula tertarik dengan blog beliau, walaupun topik yang dibawakan di blog beliau ada kalanya agak berat, namun masih lagi sesuai dijadikan rujukan oleh blogger-blogger lain. Salah seorang blogger yang aku kagumi dengan misi dan visi beliau dalam memartabatkan lagi arena blogging Malaysia bersama team Denaihati Network beliau yang aktif menganjurkan seminar blogging. 


Sewaktu pertama kali aku singgah di blog beliau, aku begitu tertarik dengan cara penyampaian beliau yang bersahaja dan senang untuk difahami oleh pembaca. Seorang pakar SEO Blogspot yang sememangnya aku akui kehebatannya dalam platform Blogspot ini. Jika anda masih lagi tercari-cari blog panduan bagi pengguna Blogspot, aku cadangkan anda semua singgah di blog beliau, banyak info dan tip-tip berkenaan Blogspot dikongsikan di blog beliau.

6. TheVocket.com

"Viral Story and News in your pocket" merupakan tagline bagi blog yang diusahakan secara berkumpulan ini. Aku betul-betul tertarik dengan isi kandungan dan layout blog The Vocket ini yang menggunakan platform Wordpress. Setiap artikel yang dikongsikan agak santai dan berinformasi. Jika kebanyakkan blog informasi lebih kepada artikel copy paste, tetapi team The Vocket bijak mencari topik-topik baru yang diulas daripada video di Youtube, di Facebook dan sebagainya.

7. Shakiddo.com

Sebuah blog yang santai untuk dibaca, layout blog yang kemas dan banyak berkongsikan kisah-kisah seharian beliau. Blog Shakiddo ini memang boleh dikatakan antara blog yang berjaya buat duit dengan program iklan dari Nuffnang, aku rasa dah lebih 20 kali beliau dapat cek dari Nuffnang, entah apa rahsia dia aku pun tak pasti.

8. Amanz.my

Bagi aku, blog Amanz.my merupakan antara blog niche teknologi berbahasa melayu yang masih bertahan lagi sehingga ke hari ini. Kebanyakkan blog teknologi ini memang susah nak stay lama dalam dunia blogging sebab saingan yang cukup-cukup sengit untuk niche teknologi ini, tetapi Amanz.my berjaya membuktikan sebaliknya. Kalau tidak silap akulah, pernah dulu nampak dia dalam forum Wangcyber, dan sekarang dah jadi blogger berjaya pula. Satu yang aku kagum dengan usaha Amanz.my ini ialah blog beliau berjaya masuk dalam program iklan dari Pixels Asia, sama macam Rotikaya.com, bukan senang nak dapat offer macam itu.

9. HazmanFadzil.com

Tidak salah rasanya kalau aku masukkan food blogger ini dalam senarai Malaysia Best Blog 2015. Seorang penggemar makanan yang sering berkongsi tempat-tempat makan menarik yang ada di Malaysia. Jika anda singgah di blog beliau, anda akan perasan di dalam setiap entri yang diterbirkan semuanya diulas secara detail, bukan setakat nak cerita pasal makanan sahaja. Dari arah perjalanan ke restoran sehinggalah dekorasi yang terdapat di dalam restoran tersebut, semuanya diulas dengan baik, jadi bagi aku blog beliau layak disenaraikan dalam Malaysia Best Blog 2015.


10. OhDuit.com

Okay, blog yang ini adalah penyebab utama aku menulis entri berkenaan Malaysia Best Blog 2015 ini, mana tidaknya, pemilik blog OhDuit.com inilah yang sedang menganjurkan contest SEO dengan hadiah yang bagi aku amat lumayan sekali. Jadi, nak tak nak kena juga tulis pasal blog beliau, haha....Mengikut fakta yang di ambil dari blog beliau, beliau banyak berkongsikan tip-tip perniagaan, seo dan juga bisnes di Ebay.

Jadi, lengkaplah sudah....

Senarai 10 Malaysia Best Blog 2015

Pada blog-blog yang tidak tersenarai, bukan bermakna blog anda tidak hebat, blog anda tetap hebat di mata pembaca blog anda, tetapi bagi aku blog yang aku senaraikan ini lebih dekat dengan jiwa aku, hehe.....

"Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com."