23 Jan 2013

couch mode print story

Jana AS$8 Juta Menerusi Iklan Di Youtube

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. AS$8 juta!! Bayangkan berapa nilanya kalau ditukar dalam ringgit Malaysia, mahu demam kita dibuatnya sebab terkejut dapat duit sebanyak itu sekali, mengalahkan tauke balak punya income tiap-tiap bulan.


Ya, tajuk entri kali ini memang benar, bukan cubaan. Untuk pengetahuan anda semua lagu yang menjadi kegilaaan di Youtube tahun lalu, 'Gangnam Style' telah berjaya meraih AS$8 Juta menerusi pendapatan iklannya di Youtube. Sejak lagu ini dimuat naik di Youtube, video ini telah ditonton sebanyak 1.23 bilion kali oleh pengguna Youtube. Satu jumlah yang agak memeranjatkan oleh seluruh pengguna Youtube kerana ianya menjadi satu-satunya video yang berjaya mencecah satu bilion tontonan.

Aku sebenarnya tidak berapa minat sangat dengan lagu ini, tak masuk dalam jiwa aku pun. Seingat aku, aku pernah menonton klip video ini sekali sahaja. Itupun kerana Gangnam Style ini dah jadi trending pula kat wall facebook aku. Setiap hari ada sahaja yang share video PSY ini di facebook. Manusia..biasalah, ada sifat ingin tahu yang kuat terhadap sesuatu. Dari situ aku menonton video Gangnam Style ini. Bila dah tengok baru tahu yang lagu ini sebenarnya pun tiada makna sangat. Hanya hendak mengagung-agungkan tarian ciptaan mereka yang mempunyai maksud tersirat disebalik tarian itu sendiri. Hanya mereka sahaja yang tahu. Setuju??

Pada yang masih belum tengok lagi video ini, disini aku kongsikan sekali video asal lagu Gangnam Style ini. Perhatikan jumlah tontonan video itu, dah masuk angka yang ke-10.



-->