25 Jan 2013

couch mode print story

Cara Meletakkan Iklan Banner Secara Rotator

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Semasa awal kemunculan perniagaan internet, iklan yang berbentuk banner merupakan salah satu bentuk pengiklanan yang sangat terkenal di dunia internet. Namun sejak perkembangan pantas dalam dunia pengiklanan, bentuk iklan banner seperti ini sudah kurang efisyen dalam perniagaan internet, tetapi jika kita bijak mempelbagaikannya, ia masaih lagi mampu membawa pulangan buat kita.


Jadi disini, aku ingin berkongsi dengan anda semua cara meletakkan iklan banner secara rotator. Rotator disini bermaksud iklan banner anda akan berganti-ganti setiap kali pembaca blog anda membuka setiap halaman di blog anda. Mungkin langkah ini sedikit sebanyak mampu membantu anda sebagai pemilik blog menjana pendapatan.

Langkah pertama, copy dan paste kod ini kedalam widget HTML anda :-

<script language="JavaScript"> 
 images = new Array(3);
 images[0] = "<a href = 'Url iklan banner anda' rel='nofollow' ><img src='Url image iklan anda' border='0'height='180px' width='600px' ></a>";
 images[1] = "<a href = Url iklan banner anda' rel='nofollow' ><img src='Url image iklan anda' border='0'height='180px' width='600px' ></a>";
 images[2] = "<a href = 'Url iklan banner anda' rel='nofollow' ><img src='Url image iklan anda' border='0'height='180px' width='600px' ></a>";
 index = Math.floor(Math.random() * images.length); 
 document.write(images[index]); 
 </script>
Gantikan teks bewarna merah dengan link iklan banner dan juga link image banner anda. Anda juga boleh mengubah saiz banner mengikut kesesuaian di blog anda. Setelah selesai save kod tersebut. Selesai... 

Mudah bukan, cuma kod widget ini tidak berfungsi untuk jenis-jenis iklan yang menggunakan kod javascript seperti iklan nuffnang dan adsense. Aku cadangkan anda letakkan iklan produk-produk affiliate yang anda sertai. Terpulang kepada anda. Jika anda semua perasan, aku ada menggunakannya di blog ini. 

Aku harap ini sedikit sebanyak mampu membantu anda semua. Untuk entri yang akan datang pula, aku akan cuba kongsikan dengan anda semua cara-cara bagaimana untuk memaparkan widget pada halaman-halaman tertentu sahaja. 

-->